PIL 11

304 20 0
                                    

"Sayang!! Oh sayang!" laungku dari atas.

"Ada ni dekat dapur" balasnya.

Langkah kaki pantas diatur menuju ke arah suara isteri.

"Abang buat apa dekat sini ?" tanya Hanna Hura setelah aku berada di sisinya.

"Abang rindu" balasku bersahaja.

Aku hanya tertawa apabila melihatkan dia mengelengkan kepalanya. 'Awat hang comei sangat sayang'.

"Daripada abang kacau ketenteraman Hura nak masak , baik abang pergi tengok- tengokan appa" katanya tanpa berlengah.

Sebagai suami yang sayangkan isteri ((ceh)) aku hanya menurut. Langkah kaki diatur menuju ke kamar bapa mertuaku.

"Assalammualikum appa , Aryan ni" pintu biliknya aku ketuk berulang-ulang kali , namun masih tiada jawapan.

"Sayang , abang rasa appa takada dalam bilik dia lah" laungku.

"Ehh adalah , daripada tadi Hura taknampak appa keluar" ujarnya lagi.

Hatiku mula rasa tak sedap. Ahh! Redah masuk ? Itu sahaja yang terlints dibenak lelaki yang bernama Tengku Aryan.

"Aa..apaa" panggilku apabila terlihat susuk tubuh Abdullah Lee di atas sejadah.

Sesaat , Dua saat , Tiga saat tanpa sahutan.

"Aa..aa..aapaaa" panggilku lagi tapi kali ini lebih kuat daripada yang tadi. Masih tiada sahutan.

Tangan pantas memeriksa nadi. Tiada denyutan. Zapp! Aku terduduk.

"Huraaaa!!!! Huraaa!!" jeritku.

"Apa bang" langkahnya mati apabila terlihat susuk Abdullah Lee yang kaku.

Hanna Hura melakukan apa yang aku lakukan tadi. Aku pandang wajahnya. Dia mengelengkan kepalanya sambil menangis. Maknanya aku tidak silap tadi.

"Shhh sayang jangan nangis" pujukku. Tubuhnya aku dakap erat-erat bagaikan menyalurkan kekuatan.

"Abang appa. Appa ,bang. Appa dah takada" ulangnya berkali-kali bagaikan tidak percaya dengan semua ini. Makin erat dakapan yang ku lakukan.

-------

Selesai jenazah Abdullah Lee di semadikan , aku dan Hanna Hura serta adik beradiknya pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan kami hanya membisu. Memandangkan keadaan masing-masing yang masih terkejut , jadi aku yang memandu.

Tangan Hanna Hura aku capai. Sekali lagi bertujuan untuk menenangkan dan menyalurkan sedikit kekuatan biarpun ianya hanya harapan.

Wajahnya yang sayu ku tatap sekilas. Wajah abang dan adik ipar juga ku pandang sekilas melalui cermin pandang belakang. Masih muram.

Setibanya kami diperkarangan rumah , air mata yang sedari tadi mereka tahankan tumpah jua. Banyak kenangan yang terimbau kembali ke benak ketiga-tiga orang adik beradik tersebut baik bersama arwah mummynya mahupun arwah appanya.

"Hyung masuk dulu" mendatar sahaja suara Harith Lee.

"Harraz ikut."

Aku hanya mengangguk. Mereka mesti pulihkan diri mereka.

"Sayang"

Dia hanya mengangkat wajahnya untuk memandangku. Sayu hatiku melihatkan juraian air mata yang membasahi wajahnya. Tanganku pantas menyeka air mata yang makin galak tumpah.

"Sayang , kuat okay? Abang akan selalu ada dengan sayang" ujarku lembut. Belakang tanganya ku cium.

"Hura tak kuat" dia mula menghamburkan tangisan yang ditahan-tahan.

Tubuhnya ku dakap , belakang badanya ku usap.

"Nangis sepuas-puasnya hari ini sayang tapi esok abang taknak tengok sayang menangis macam ni. Lepaskan semuanya sayang"

Makin galak dia nangis.

"Hura dah takada siapa-siapa" ujarnya dalam sendu.

Aku mengelengkan kepala " Hura ada abang. Hura ada abang Harith. Hura ada Harraz dan yang paling utama Allah ada dengan kita sayang." pujukku lagi.

"Kenapa appa dengan mummy pergi dulu?" tanyanya bersama esakan.

"Okay , kalau sayanglah kan sayang pergi kedai bunga , bunga mana yang sayang akan petik?" soalku.

"Mestilah bunga yang cantik" balasnya.

"Haa , tulah jawapan kepada soalan sayang"

Hanna Hura hanya menayangkan muka blur face.

"Sebab itu lah Allah panggil mereka dahulu. Mereka cantik luar dan dalam. Jadi abang taknak tengok sayang nangis okay. Doakan yang baik-baik untuk mereka berdua. Kuatkan semangat. Bantu abang Harith dan Harraz. Mereka perlukan sayang"

Hanna Hura hanya mengangguk dan tersenyum hambar.

--------

"Abang, bangun solat subuh"

"Em, pukul berapa ni sayang?" kataku dengan suara yang serak dan mata yang masih terpejam.

"Dah lewat dah nii!" suaranya bercampur cemas .

Automatik mataku celik dan aku terus duduk. Mata aku lirih ke arah jam yang terletak di tepi katil. Terus rasa macam nak cekik jee makhluk dekat sebelah yang dah pun ketawa tak ingat dunia.

" sorryyy" ujarnya dalam sisa tawanya.

Aku turut tertawa. Ini kali pertama dia tertawa setelah kematian Abdullah Lee tempoh hari.

"Suka eh sayang kenakan abang pagi-pagi ni" kataku sambil pinggangnya ku peluk.

Dia hanya tersenyum sambil menyandarkan kepalanya di dadaku. Kami begini dalam keadaan yang agak lama sebelum dia menjerit.

"Ya Allah abang, tinggal hujung-hujung waktu dah ni"

--------

"Hyung" panggil Harraz.

Harith Lee hanya mampu memandang Harraz Lee tanpa menjawab panggilan adiknya itu.

"Hyung , Ha.. Harraz" Harraz Lee mati kata. Hatinya dirundung sebak.

Harith Lee mendakap erat tubuh Harraz Lee. "Sabar lah Raz, Allah sayangkan mereka" ujar Harith Lee memujuk. Lebih kepada memujuk hati sendiri.

"Emm" itu sahaja yang kedengaran dek pendengaran Harith Lee.

Serentak dengan itu , kedengaran suara Hanna Hura "Oppa , Harraz kuat please demi mummy dan appa.

Aku hanya memerhati mereka dari jarak jauh. Hancur luluh hati ni melihatkan perubahan sikap mereka. Daripada yang periang dan ceria menjadi semuram ini. Dahsyatnya dugaan mu.

Aku sendiri tidak tahu bagaimana penerimaan aku jika Allah mengambil nyawa bonda dan ayahanda.

"A..abang dah lama berdiri dekat situ?" lamunan ku tersentak dengan pertanyaan itu.

Kepala pantas aku geleng menandakan aku baru sahaja berada di situ.

Tubuhku didakap bagaikan mencari kekuatan. Harith Lee dan Harraz Lee turut melakukan benda yang sama seperti Hanna Hura lakukan.

"Shhhh" bagai menenangkan bayi aku lakukan. Sejujurnya aku pun buntu.

"Janganlah macam ni. Mesti appa dengan mummy tak suka bila tengok korang menangis macam ni. Uljima ! Jebal" ujarku dalam nada sayu.

Sebak di dada bertandang meskipun belum lama aku mengenali Abdullah Lee dan Puan Naira. Tapi jujur aku kata aku rasa kehilangan. Jika aku yang baru sahaja berada dalam keluarga ini sudahpun merasakan kehilangan inikan pula mereka yang daripada kecil sehingga sekarang bersama appa dan mummynya.



















Hai korang sorry ehh PIL akan ter'on hold' sebab sya dapat masuk asrama . sya akan update bila sya balik in sha allah . don't forget about PIL okayy . i'll see you guys back in this CNY ❤. Keep smiling guys .

love, Sya

Psychiatrist in Love ((On Hold))Where stories live. Discover now