Aisy terjaga dari tidur apabila jam locengnya berbunyi nyaring . Dia segera mematikan penggera jam loceng . Selimut di singkap ke tepi . Dia bingkas bangun mencapai tuala lalu masuk ke bilik air . Cuaca sejuk diluar tidak mematikan niat Aisy untuk segera mandi dan menunaikan solat Subuh . Seusai solat Subuh Aisy turun ke dapur untuk menyediakan sarapan .
Beberapa hari lagi cuti musim panas akan bermula . Aisy sudah merancang untuk bekerja di sebuah cafe milik rakannya Mary . Minggu ini Aisy sibuk dengan peperiksaan akhir semesternya yang masih berbaki dua subjek .
Aisy bersiap ala kadar sahaja untuk ke perpustakaan universitinya. Dia sudah berjanji dengan Mary untuk mengulangkaji bersama-sama . Mary satu-satunya sahabat baiknya di bumi Melbourne ini. Rumah sewanya sekarang milik pakcik Mary yang juga merupakan rakan baik Pak Usunya.
Tiba-tiba handphone Aisy berdering memaikan lagu Winter Sonata .
"Hello ", jawab Aisy .
"Hey princess ,where are you " sapa pemanggil dihujung talian .
" I'm on my way darl", balas Aisy .
" Soryy dear to bother you , I'm just to remind you about our discussion this morning " , jelas Mary .
" Urm.... ok see you soon ", Aisy lantas menamatkan perbualan .
Aisy melihat jam di tangan . Masih awal lagi .Dia mencapai basikal yang sedia tersadai di halaman rumah . Jarak ke universitinya dalam 3KM sahaja . Aisy menyumbat telinganya dengan earphone dan memainkan lagu dari mp3nya . Sudah menjadi rutin harian Aisy sejak di sekolah menengah lagi .
YOU ARE READING
DHIA AISHAH
Mystery / ThrillerAisy bukanlah seorang anak gadis yang lemah - lembut . Dirinya teruji saat kehilangan keluarga tercinta dalam satu tragedi . Dia kemudian tinggal bersama keluarga Pak Usunya . Dalam usia 9tahun dia belajar hidup tanpa ibu dan ayah . 10 tahun kemudi...