Sunhi berjalan di sekitar koridor sekolah sambil membawa sebuah beg kertas yang di dalamnya mempunyai bekal makanan.
"Haish,mana pulak galah tu?! Hilang pula waktu rehat ni!" Gumam Sunhi sambil meliarkan matanya. Sunhi juga perasan yang beberapa orang pelajar perempuan sedang cari YiFan.
*******************************
Sunhi tiba di sebuah taman yang terletak agak jauh dari bangunan sekolah. Inilah satu-satunya tempat yang dia belum teroka. Dia menolak pagar yang agak berkarat itu dengan perlahan.Dia tidak sangka ada taman yang sebesar ini di perkarangan sekolah. Ketika dia berjalan lebih dalam, dia terdengar bunyi bola dilantun. Sunhi mempercepatkan langkahnya dan dia berada dia gelanggang bola keranjang yang terbiar. Sunhi ternampak YiFan sedang memandang ke langit.
Baju YiFan yang dibasahi peluh membolehkan Sunhi nampak samar-samar tubuh YiFan. Dia cepat-cepat mengalihkan pandangan. Sunhi melihat YiFan dari hujung matanya.
Matanya yang ralit memandang langit kelihatan....Menakutkan. Seperti dia sedang menahan suatu perasaan yang mendalam serta tidak dapat digambarkan. Sunhi tidak mahu mengganggu YiFan. Dia meletakkan beg tersebut di atas tanah lalu perlahan-lahan pergi. Tiba-tiba,...
"Eeeeekkkkk!!!!!"Sunhi terkejut kerana satu bola dibaling ke dinding di sebelahnya.Perlahan-lahan, dia memandang YiFan yang memandangnya dengan pandangan yang tajam. "Apa yang kau buat dekat sini?!" YiFan meninggikan suaranya.
Sunhi sedikit takut. "S....Saya cuma...Saya...Nak bagi bekal makanan tu dekat awak... Sebab... Tolong saya.... Semalam." Kata Sunhi dengan tergagap. Dia tertunduk,tidak berani berlawan mata dengan YiFan. YiFan menaikkan muka Sunhi lalu memandang Sunhi. Sunhi sudah tidak keruan.
YiFan menurunkan tangannya lalu mengambil beg tersebut dan duduk di atas tanah.Dia mengeluarkan bekal itu dan memandang makanan yang ada didalamnya.
"Sorilah kalau makanan yang saya buat tak sedap. Saya tak pandai lagi." Sunhi bermain dengan jari-jemarinya. YiFan hanya diam sambil makan. Sunhi berdiri sambil meliarkan pandangannya melihat taman tersebut.
"Kau tak takut dengan aku ke?"
"Hah?" Sunhi memandang YiFan yang sedang memerhatinya juga.Sunhi tersenyum manis. "Kenapa saya nak takut? Awak kan baik."
"Baik...Haah. Aku memang baik..." Gumam YiFan sambil menghiasi mukanya dengan sebuah senyuman yang tidak dapat ditafsir.
"Saya perkenalkan diri dulu! Sunhi. Han Sunhi. Budak baru juga. Tapi,sudah 3 bulan dekat sini." Terang Sunhi.
"Wu YiFan. Nama aku."Jawab YiFan dengan dingin serta ringkas. Sunhi menganggukkan kepalanya. Akhirnya, ada juga orang yang berani memperkenalkan diri mereka kepada dia. Kebanyakkan pelajar mahupun teman sekelas dengannya tidak berani dengan Sunhi disebabkan reputasi keluarga Sunhi.
"Kita...Ada kisah dekat sini."
Sunhi memandang YiFan. Dia seperti terdengar yiFan berkata sesuatu, tetapi telinganya tidak dapat tangkap.
"Hmm? Apa yang awak cakap tadi? Tak dengar." Sunhi menundukkan badannya sedikit.
YiFan hanya mendiamkan diri. Di bibirnya,senyuman terukir.
YOU ARE READING
Gone
Mystery / ThrillerDendam. Perasaan itulah yang menakluki hati tersebut. Dia tak akan pernah lupakan peristiwa pahit yang berlaku pada keluarganya. Hanya disebabkan cemburu, kehidupannya musnah. Selepas 13 tahun berlalu, dia dapat menjejak semula keluarga itu,keluarga...