[ 3 ]

2 0 0
                                    

Hampir 5 bulan YiFan berada di sekolah elit itu. Dan sepanjang itu juga tempoh persahabatan YiFan Dan Sunhi. Walaupun YiFan selalu bersikap dingin terhadap Sunhi, dia hanya mengendahkannya kerana YiFan sahajalah kawannya di situ serta tidak mempunyai sebaang muslihat terhadapnya.
*****************************
"Yifan! Free tak petang ni? Aku nak ajak kau pergi satu tempat ni!"

Sunhi meluru ke meja YiFan sambil tersengih. YiFan hanya menjeling Sunhi lalu meneruskan bacaannya.

"Kalau tak nak tak apa.Aku boleh pergi sendiri..." Kata Sunhi dengan perlahan. YiFan menutup bukunya lalu menongkat dagu. "Lepas sekolah tunggu depan pagar sekolah."

Sunhi menunjukkan riak muka yang amat gembira. Dia mengangguk lalu berjalan keluar ke kelasnya. Dia amat tak sabar nak bawa YiFan ke suatu tempat yang istimewa baginya!

Sementara itu, YiFan hanya memandang Sunhi dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan.
**************************
Mereka berdua berdiri di hadapan sebuah Rumah. YiFan memandang Sunhi; meminta penjelasan. Sunhi hanya tersengih lalu menarik YiFan masuk.

" Kakak Sunhi dah datanglah! Yeay!!!"

Suara kanak-kanak bersorak riang kedengaran. Sesetengah mereka menyerbu ke arah Sunhi. YiFan terinjak ke belakang disebabkan tolakan budak-budak di situ.

"Semua sihat ke? Sorilah kakak lama tak datang. Oh ya,kakak bawa kawan ni. Nama dia YiFan ! Layan dia elok-elok ye!"

Pertanyaan Sunhi dijawab nyaring oleh mereka. Beberapa budak lelaki menarik YiFan keluar.
************************
"Mak cik,macam mana dengan budak-budak ni? diorang buat perangai tak? Semua bekalan banyak lagi ke?" Sunhi menanya kepada pemilik rumah tersebut,Puan Joon.

"Semua elok sahaja. Biasalah beberapa orang buat perangai. Stok masih banyak lagi. Ini semua jasa baik cik Sunhi." Kata Puan Joon dengan sopan.

"Saya tak bantu apa-apa sangat pun..." Sunhi berkata perlahan, tidak mahu didengari oleh Puan Joon.
*************************
YiFan duduk di sebuah buaian yang tersedia. Dia menarik tali lehernya yang sudah senget itu lalu disimpan. Tiba-tiba,secawan susu panas berada di hadapannya. YiFan mengambilnya.

"Penat ke? Hihi, sorrykalau budak-budak tu menyusahkan awak." Kata Sunhi sambil menghirup perlahan air itu. "Memang menyusahkan." YiFan berkata dengan sinis. Sunhi hanya tersenyum tawar.

"Mereka ni...Anak-anak yatim. Parents mereka mati dalam keadaan yang amat tragis. Masih Ada lagi yang trauma." Sunhi memandang hadapan sahaja. Matanya menunjukkan perasaannya sekarang,sedih.

YiFan memerhati Sunhi yang sedang ralit melayani perasaan. Dia memegang bahu Sunhi.

"Ada tak keluarganya dibunuh? Di hadapan matanya sendiri?"

"Huh? Ada. Kenapa?" Tanya Sunhi. Dia agak gerun dengan pandangan YiFan seperti pemangsa menjumpai mangsanya. YiFan memegang kejap bahunya.

"Yang dibunuh, di hadapannya? Oleh sahabat karib parents dia sendiri?" YiFan memandang terus ke dalam mata Sunhi.

"Saya..Tak tahu! Sakit..." Sunhi mengerang kesakitan disebabkan cengkaman YiFan yang kuat itu.

YiFan melepaskan Sunhi lalu bangun. "Aku balik dulu."

Sunhi menelan air liur. Kenapa YiFan jadi begitu?!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 08, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GoneWhere stories live. Discover now