"zal, tolong startkan enjin kereta aku. aku nak bersiap kejap." kataku lalu dengan penuh harapan menghulurkan kunci keretaku kepada zal yang kebetulan lalu bilik aku.
namun harapanku punah bila dia jalan je terus tanpa ambil pun kunci aku. kuang ajaq betullah.
"sya, tolong aku startkan kereta aku. maseh." kataku lalu membuka genggaman tangan sya dan meletakkan kunci tersebut di dalam tangan dia.
hah yang ni cuba kau reject pula.
"ish, bersiap kalah-kalah puteri. pikir dia lawa lah tu bersiap lama-lama."
sempat lagi dia perli aku yang masih memakai tudung aku. susah ada housemate yang sentiasa dambakan kaki aku ni. tapi disebabkan aku nak cepat, aku tolak dia pergi jauh sikit.
selesai aku bersiap, aku keluar dari bilik dan bergerak ke meja dapur. nak makan masakan zal ni. walaupun perit untukku telan, namun ku gagahkan diriku waiseh. sebenarnya dia masak sedap, tapi tulah pikir pasal kerja terus makanan jadi tak sedap haha.
"aku pergi kerja dulu. jangan lupa tutup pintu belakang tu." pesanku sebelum duduk di depan pintu.
"hai kak! awal akak bangun harini."
"wah, lawanya akak kreatif kita ni!"
aduh buat spoil mood je diorang berdua ni. nasib takde joker sorang tu lagi.
"hey kak! how are you?"
bak kata omputeh, speaking of the devil. hah devil dah keluar dah.
aku abaikan trio joker sebelah rumah ni. ya Allah baru aku nak elakkan monday blues ni tapi dah ada penggalak monday blues aku. menyampah den. aku teruskan proses menyarungkan kasut ke kakiku.
aku buka pintu kereta dan campakkan beg aku dalam kereta.
"kak kreatif!" jerit joker pertama. aku pandang dia. apa jebon ni nak hah.
"saya rasa kucing saya ni suka orang kreatiflah. tu hah boleh tolong hantarkan kucing tu kat saya?" katanya. sempat lagi nak bangkitkan isu kreatif ni hurm.
aku tengok kucing tu. hurm boleh tak aku sembelih kucing ni?
warna hitam bertompok-tompok coklat dan kekuningan. aku ambil kucing tu dan serahkan pada dia. joker kedua tu pegang satu lagi kucing warna jingga kekuningan.
"makaseh hakak!" jeritnya kecil. aku angguk je. nanti ada pula dilabel sombong.
"nak ke kerja ke kak?" soal jebon yang kedua.
"taklah, nak korek kubur." jawabku. sudah terang lagi bersuluh jawapan ditadahkan, lagi nak tanya.
tiga-tiga jebon tersebut gelak macam nak harom, dengan pose yang sama iaitu ; pegang bahu antara satu sama lain.
"akak kreatif mana boleh marah pagi-pagi ni."
"ha'ah kak, nanti rezeki lari."
"nanti akak tak lawa dah. berkerut seribu."
ya Allah. tak boleh sorang je buka mulut, mesti dua mulut lagi akan menyampuk. aku dengan geramnya masuk ke dalam kereta dan memandu ke tempat kerjaku.
"PENAT gila aku!" jeritku dalam kereta. dalam beberapa minit lagi aku nak sampai rumah. kenapa terasa rumah ni jauh amat?
setelah sampai di rumah, plastik-plastik yang berisi barang dapur aku bawa sehingga penuh tanganku.
aih, macam mana nak tutup pintu ni?
aku dengan sepenuh tenaga mengangkat siku aku dan tutup pintu menggunakannya. ya Allah ada guna juga siku aku ni. aku tersenyum bangga, yelah dapat tutup pintu tanpa menggunakan tangan kot. patut aku rekod dalam kalendar aku ni.
"woah ganas gila aka kreatif kita ni!"
"boleh tutup pintu guna siku woah."
senyuman bangga aku terus pudar. kuang ajaq punya mood spoiler. diorang buat muka acah terkejut + kagum sikit. jangan nak berlakon sangatlah.
"memanglah ganas. nak tutup mulut orang guna siku ni pun boleh. nak jadi yang pertama?" kataku.
diorang berdua ketawa dalam pose yang sama hurm paham-pahamlah ; pegang bahu sambil gelak.
kalau aku siku betul-betul kang, memang ada yang koma lima tahun ni aish.
YOU ARE READING
JIRAN
Aléatoire"kak, kalau nak marah pun tak payahlah buat fesyen baru." aku keluar dengan memakai baju tidur lengan pendek hello kitty aku yang bertompok-tompok warna biru muda dengan pink, seluar paras lutut, tudung terbalik, dan selipar jepun berbiji-biji timb...