Tahukah anda, bunga dandelion diiktiraf secara tidak sah bunga yang paling romantik selepas ros?Bunga dandelion sangat istimewa kerana ciri nya yang putih di atas padang hijau menimbulkan suatu elemen ketenangan.
Bunga dandelion biasanya tersemadi di memori seseorang, kebiasaannya mereka disemasa kecil.
Ini termasuklah aku. Ingatan ku masih segar akan satu kenangan silam cinta monyet berlari di padang dandelion.
Masih ku ingat janji janji manis yang ditabur bersama dandelion sebagai cincin nya.
Janji manis yang akhirnya tinggal janji yang sukar untuk ditunaikan.
Bersama dengan kenangan itu, dandelion juga menjadi suatu memori pahit untuk ku telan.
Kelihatan dua kanak - kanak bermain dihadapan ku. Secara tidak sedar kenangan pahit itu mengimbau kembali.
Mereka bermain dan berlari keriangan di hadapan ku.
Ah, indahnya menjadi anak kecil yang tidak mengenal erti dunia yang kejam.
Tidak lama kemudian anak kecil itu sudah menyeringai dihadapan ku.
"Kakak cantik!" Ditundingnya jari ke arahku sambil mata nya memandang si abang yang juga berjalan ke arah ku.
"Kakak selalu ada mana? Mia tak pernah nampak kakak pun sebelum ni?"
Aku cuma tersenyum. "Mia datang dengan siapa dekat sini?" Tanya ku.
"Dengan abang dan abah."
"Abah ada dekat sana tu." Tambah si abang.
Mataku memandang ke arah yang ditunding. Tak nampak apa yang ditunjukkan nya, aku memandang semula anak kecil dihadapan ku.
"Oh, mak tak ikut sekali?"
Mereka seakan terpanar dengan soalan ku. Tahu lah aku bahawa soalan itu tidak patut ditanya.
"Kakak, jom lah main sekali dengan kami. Jomlah!" Mia menarik tangan ku.
"Okay, okay!" Menyerah. Aku mengikut kehendak kedua - dua anak kecil ini.
Kami berlari dan berkejaran. Untuk seketika aku lupa akan segala masalah ku.
--------
Setelah beberapa ketika kami berhenti untuk berehat.
"Kakak. Nah, air. Kongsi dengan Mia." Hulurnya.
Aku menghilangkan dahagaku. Lalu tersenyum memandang dua anak suci ini.
Kemudian seorang lelaki berjalan ke ke arah kami. Mungkin ini lah abah mereka yang kehilangan isterinya.
"Mia, Adam. Main dengan siapa ni?"
"Main dengan kakak cantik ni. Mia dah bagi kakak minum."
Mereka bertiga tersenyum penuh makna. Ah, bahagianya mempunyai keluarga.
"Baiklah Mia, Adam. Kakak balik dulu ya? Dah nak senja." Aku ingin mengundurkan diri.
Aku cuba mencari telefon untuk menelefon mama untuk mengambil ku semula.
Ah, mana pula telefon ni. Rasanya aku simpan di poket seluar.
"Kakak cari ni?" Tiba tiba suara Adam kedengaran.
Aku lega. "Eh, Adam jumpa henset kakak. Terima kasih Adam." Kataku cuba mengambil henset itu dari tangan nya.
Adam mengalihkan telefon itu dari tangan ku dapat mencapainya. Senyum dari bibirnya masih tidak hilang. Aku lihat Mia di tepi nya yang melambai ku.
Tiba tiba satu hentakan kena pada kepalaku. Kepala ku berdengung kesakitan.
"AHHHH!" Jeritku.
Tangan lelaki yang bergelar abah itu menekup mulutku.
"Mia, Adam! Tolong aku cepat!"
Sebelum mata ku terkatup, sekuntum bunga dandelion dihembus angin dan menyapa muka ku.
Lalu duniaku gelap dan sepi.
------
Sebenarnya nak buat cerita cinta. Jangan tanya lah kenapa cerita takde depth tak detail. Buat time rehat. Okay sambung kerja!