Bab 1

2.9K 45 0
                                    

Prolog

"MAK! Tolong!"

"Ya Allah! Anak aku!"

"Mak!"

"Zahir! Fahmi!"

"Mak!"

"Zahir!"

"Mak! Tolong mak!"

"Pegang kayu ni, Fahmi! Pegang kuat-kuat!"

"Mak! Mak!"

"Zahir! Selamatkan anak aku, ya Allah! Zahir anak mak... Maafkan mak, nak... Maafkan mak..."

"MAIL, aku minta maaf. Aku... Aku dah kehilangan semuanya. Ini sahaja yang aku dapat pulangkan pada kau."

"Masya-Allah... Apa dah jadi pada perniagaan kau, Azran?"

"Aku kena tipu, Mail. Aku kena tipu!"

"Kena tipu?"

"Perniagaan aku hancur. Ini semua silap aku. Akibat terlalu percayakan kawan, aku kehilangan segalanya. Aku datang ni untuk pulangkan semula duit kau setakat yang termampu dan sekali gus, nak ambil semula anak aku dari jagaan kau suami isteri."

"Apa? Tolonglah jangan ambil Fahmi dari kami dulu, Azran. Biarlah dia di sini buat sementara waktu."

"Tak boleh, Mail... Aku dah bagi masalah pada kau sekeluarga. Lagipun sekarang isteri aku tengah sakit, dia terlalu rindukan anaknya."

"Biarlah Fahmi di sini untuk beberapa hari lagi, keluarga aku belum bersedia untuk kehilangan dia. Lagipun, isteri aku Si Surinah tu, Fahmi tu dah jadi sebahagian daripada jiwa dia."

"Tapi Fahmi anak aku, Mail. Dia sepatutnya tahu siapa emak dan ayah kandung dia!"

"Memang itulah yang sepatutnya. Tapi kau pergi terlalu lama. Aku tak sanggup nak bagi tahu dia hal yang sebenar. Dia masih kecil, aku tak sanggup nak biar hati dan perasaan dia terseksa menanggung rindu menantikan kepulangan mak dan ayah kandung dia yang entah bila."

"Mak, siapa pak cik tu? Dia nak bawa Fahmi pergi mana?"

"Ini papa, sayang. Papa kandung Fahmi. Kita balik rumah kita ya, sayang? Mama rindu Fahmi."

"Fahmi tak nak pak cik! Fahmi nak duduk dengan mak, dengan ayah!"

"Tak boleh! Fahmi anak papa! Anak mama!"

"Bukan! Bukan! Fahmi anak mak! Anak ayah!"

"Fahmi! Fahmi anak papa! Mereka hanya keluarga angkat Fahmi!"

"Biarlah dulu Azran, jangan dipaksa budak ni. Bagi dia masa untuk kenal dengan kamu suami isteri perlahan-lahan, untuk terima kamu berdua dalam hidup dia. Bukan senang dia nak terima semua kenyataan ni. Dah hampir sepuluh tahun dia di sini. Selama ini dalam hidup dia hanya ada kami anak-beranak."

"Tak boleh, Mail. Aku dah banyak menyusahkan kamu sekeluarga. Pasal urusan sekolah dia, nanti aku akan uruskan kemudian."

"Mak... Fahmi tak nak ikut pak cik ni..."

"Fahmi, dengar cakap mak baik-baik ya, nak? Ini ayah kandung Fahmi, dia nak bawa Fahmi balik. Fahmi kena ikut. Nanti bila ada masa lapang, Fahmi boleh datang jenguk mak, ayah, adik, ya nak? Mak akan sentiasa tunggu Fahmi."

"Tak nak... Fahmi tak nak ikut... Mak dah tak sayang Fahmi..."

"Mak sayang Fahmi, sampai bila-bila pun mak tetap akan sayang Fahmi. Bila cuti sekolah nanti, Fahmi datang jenguk mak dengan ayah di sini ya, sayang? Adik pun mesti akan rindukan Fahmi."

SERI DI LAMAN HATIWhere stories live. Discover now