Part 1

155 6 0
                                    

Atif melangkah dengan senyum lebar di bibir. Mata tak lepas pandang perempuan yang dicintai. Hanya beberapa langkah saja lagi dia akan tiba. Macam biasa bila nak jumpa kekasih hati mood gembira nya lain macam. Macam dah lama tak jumpa lagaknya.

"Ini surat cinta untuk awak, Adra." Hulur Atif sebaik tiba di hadapan Adra. Memang tak sabar dah nak bagi surat tersebut.

"Untuk saya?" Adra pelik. Nak terketawa pun ada. Apa mimpi ni?

"Ya. Tak sudi nak terima ke?"

"Sekejap! Kenapa tiba-tiba?"

"Nak bagi surat cinta kena minta izin?"

Adra tergelak. "Cuma peliklah. Selama ni awak mana pernah bagi surat cinta dekat saya. Main whatsapp aje. Saya nak tanya. Mimpi apa semalam sampai nak bagi surat cinta ni?"

Atif tahan sengih di bibir. Tahu-tahu aje dia ada mimpi semalam. Mulalah dia nak buat pertimbangan. Nak beritahu atau tidak? Kalau tak beritahu, nanti mogok.

"Awak..."

"Ya. Ya. Saya dengar."

"Ada mimpi ke? Kalau ada beritahulah saya. Nak tahu juga." Adra cuba memujuk dengan kerdipan matanya beberapa kali.

Atif garu belakang kepala beberapa kali. Nanti kalau dia cakap mahu kena gelak nanti. Dia dapat bayangkan dah gelak Adra macam mana. Bila ada modal nak membahan orang, Adra akan ingat sampai bila-bila. Mungkin lima tahun akan datang akan membahan dengan modal yang sama. Cukuplah dulu dia pernah kena.

"Okaylah. Saya beritahu. Saya mimpi awak dapat surat cinta daripada lelaki lain. Sebab awak dapat surat cinta tu awak teringin nak dapat surat cinta. Yalah... saya mana pernah bagi awak surat cinta. Saya tak naklah awak dapat surat cinta daripada lelaki lain. Hanya saya aje yang boleh bagi dekat awak."

Adra sambung gelak.

"Agak dah kena gelak. Stop lah gelak." Muka Atif sedikit kelat.

"Kelakarlah mimpi tu. Ni kes tidur tak basuh kaki lah ni."

Langkah Atif bergerak ke kanan Adra. Dia menyilang tangan di dada. Rasa macam nak tekup mulut Adra supaya berhenti dari ketawa.

"Awak tak ada lelaki lain kan?"

"Nak ke?"

"Kalau lelaki tu nak makan kaki saya, silalah buat. Free of charge!"

Adra lihat Atif. Saluran mata Adra menikam lembut ke anak mata Atif. Atif pula statik dalam kedudukannya. Tak ada tanda-tanda dia hendak buka mulut. Tanda-tanda hendak menggerakkan tangan atau pun kaki tiada.

"Sesungguhnya saya Adra Hafiya akan mencintai Atif Hail sehingga akhir hayatnya. Walaupun dah banyak kali saya cakap macam ni, saya akan tetap cakap juga supaya awak ingat selalu." Senyum Adra mula melebar di bibir.

"Sesungguhnya lelaki yang bernama Atif Hail akan menjaga cinta Adra Hafiya dengan sebaik mungkin supaya cinta itu takkan tersasar ke tempat lain." Atif memegang tangan Adra dengan lembut. Genggam sedikit erat. "I love you so much, Adra Hafiya. Jangan pergi dari hidup saya."

Pup!

"Oittt." Sergah Yazir dari kanan dengan kuat.

"Abang!!!" dada diurut perlahan sambil merenung geram abang bertuahnya itu. Pantang nampak dia berkhayal sikit ada aje nak mengusiknya. Tak boleh nampak dia senang sikit.

Yazir tergelak lantas duduk di birai katil. Adiknya yang sedang duduk di kerusi meja belajar tak habis dilihat lagi. "Sudah-sudahlah tenung surat tu. Atif bukannya boleh keluar dari surat tu pun. Lainlah kalau dia boleh keluar."

Surat di tangan Adra lepaskan. Rasa macam nak cekik-cekik saja abangnya itu. Suka hatilah dia nak buat apa pun. Suka sangat nak menyibuk. Belum sempat dia nak buka mulut, si abang menyambung kata lagi.

"Kalau dah rindu sangat, pergilah jumpa dia. Tak salahkan kalau adik mulakan langkah dulu? Kalau nak harapkan Atif mulakan dulu, tunggulah Adudu makhluk hijau tu datang Malaysia." Yazir baring atas katil. Kedua-dua tapak tangan diletakkan di bawah kepala. Terdengar deruan nafas kuatnya.

Adra mencebik. Nafas kuat tu mesti menandakan dah penat dengan dia. Nasihat macam-macam pun bukannya dia nak dengar. Tetap juga mengharapkan Atif datang berjumpanya.

Tapi...

Memang ada betul kata-kata abangnya itu. Tak salah kalau dia memulakan langkah dulu. Kalau tak cuba tak tahu hasilnya macam mana.

Atif Hail!

Bersiap sedia lah!

Surat Cinta Untuk AdraWhere stories live. Discover now