tiga

385 7 19
                                    

"weh kau taknak pergi mana-mana ke? awal betul kau balik harini. tak sempat aku nak masak." kata zal lalu mengambil tempat di sebelahku.

"tak naklah. aku dah makan kat butik tadi dengan aidah." jawabku.

"halah, aku nak bawa kau beli barang ni. kau penat ke?" katanya lagi. oh nak bawa aku keluar rupanya.

"sya bila balik? nak bawa dia sekali." kataku lagi. yalah, nanti sya balik tengok rumah kosong. sian dia *ketawa jahat sambil buat muka minta kaki*

"hoi, kau mabuk ke apa ni?" soalnya tiba-tiba. eh orang tanya pasal sya pun dikata mabuk.

"kau dah nampak aku kat rumahkan. takkanlah sya masih kat pejabat kot." katanya. oh yakan, diorang satu kereta kot. waha apa kebangangan aku petang-petang ni.

"mehlah keluar. malaslah terperap kat rumah. cepat kita keluar, balik lambat pun takpe. besokkan cuti." kataku lalu masuk ke dalam bilik, nak bersiap.

"ZAL TOLONGLAH ANGKAT BARANG KAU HANAT! dahlah barang kau paling banyak ish." jeritku kepada zal yang lengkang kangkung dia berjalan tanpa bawa apa-apa kecuali beg dan kunci rumah.

"ish kejaplah. kau nak tembus pintu ni ke hah? aku buka pintu dululah." jawabnya. ye tak ye juga kan.

"eh akak semua dari mana?"

"akak baru balik ke?"

dah keluar dah dua joker ni. eh macam kurang pula forum diorang ni.

"eh mana lagi sorang? korang berdua je ke?" soal sya yang memang dikenali dengan sikap dia yang mesra alam lagi mesra pengguna.

"eh akak kreatif! baru balik dari beli barang ke?"

panjang umurnya, pendek jub- tet harap dicensored. aku yang tengah penat angkat barang hanya mampu buka langkah, tak mampu nak buka mulut. penat sangat dah ni.

"yelah, kitorang pergi makan lepastu singgah beli barang sikit." jawab zal bagi pihakku.

susahlah ada kawan cenggini. peramah betul.

ketiga-tiga joker terus membuat mulut O. kononnya pahamlah tu. padahal sebenarnya nak dengar suara aku je kan ni ehe. perasan jap.

akhirnya, zal berjaya pun buka pintu ni. aku taktaulah dia buka ke dia pecahkan pintu ish lama betul nak menghadap jokerss ni.

selangkah sebelum aku melangkah ke dalam rumahku syurgaku, seorang joker panggil aku.

"KAK KREATIF!"

aku toleh.

tiga-tiga joker tu buat heart guna tangan diorang 🙆🏻‍♀️. aish janganlah comel sangat. lalu diorang pun buat mini heart lagi. aduh nanti aku terpaut macam mana tu sis. susah nak buat pilihan ni.

malaslah nak layan. kaki yang ringan seperti bulu ayam dipotong separuh ku langkah ke dalam rumah. ya Allah nikmatnya.

nikmat dia macam kena urut selepas berjalan 5 jam tanpa henti. hah kena kau.

semua barang aku letak kat meja dapur dan mula menyusun satu-satu.

"phew akhirnya maggilah penyelamat segalanya. dari perut sampailah susun barang ni." kataku sendiri.

maggi kari sedap meletup kebaboom ku capai dan kabinet sebelah tingkap singki ku buka.

eh kenapa macam ada kena spy aku ni? aku pandang kanan dan-

"ARGH MAK LIMAH BELUM BALIK KAMPUNG LAGI! BAPAK ARH PUTIH GILA MUKA KAU!"

lalu ku lari masuk ke bilik.

JIRANWhere stories live. Discover now