Aku, Khaleeda. Semua ni bermula ketika aku teruja dengan seterika antik, barang kepunyaan arwah mak tok aku.
Suatu pagi yang hening, aku terpisat-pisat bangun dari tidur. Memakai kembali cermin mataku. Bingung. Tersalah pandang atau aku yang masih bermimpi. Aku bangun perlahan-lahan. Mengamati keadaan sekeliling. Terasa kelam dunia seketika. Hati terasa berdebar-debar.
Aku keluar dari pintu bilikku. Ya. Ternyata memang masih rumahku. Cuma rumahku sunyi sepi. Tiada langsung kelibat ahli keluargaku. Aku ke dapur untuk ke tandas dan mengisi perut yang terasa lapar. Atas meja makan ada kuih karipap. Ketika duduk di meja makan, aku termenung seketika. Seolah-olah aku sendirian di rumah dan aku terasa berada di alam lain.
Aku mengingati kembali saat-saat sebelum tidur. Tapi hampa. Fikiranku kosong. Telingaku seolah-olah menangkap bunyi seseorang menuju ke dapur. Aku terpandang seorang perempuan berbaju kurung warna ungu. Caranya berjalan sungguh ayu dan lemah gemalai. Seketika perempuan itu berdiri di depanku. Aku meneliti setiap inci wajah nya. Rambutnya bersanggul. Matanya bening dan tampak yakin. Hidungnya terletak elok. Bibirnya mulus dan comel. Boleh aku katakan perempuan ini cukup sempurna.
Aku tersentak. Siapa perempuan ni. Dari mana muncul. Pintu rumahku bukankah berkunci. Dan penampilan perempuan ni, sekilas pandang, tampak aneh pada mataku. Macam mana ahli keluargaku tak sedar kehadiran perempuan asing di dalam rumah. Rumahku tetap sunyi. Kenapa aku seolah-olah berada di alam lain. Aku menjerit memanggil mak dan babah. Tapi tiada sahutan. Aku jerit sekali lagi memanggil Khalis, adikku. Tetap sunyi. Aku merasa sendirian dan hampir menangis.
Perempuan tu tengok aku dengan pandangan yang tajam. Tapi perempuan tu senyum. Aku hairan. Jantungku memang berdegup kencang. Aku tak rasa takut cuma cuak waktu ni. Aku tanya siapa dia. Perempuan tu menjawab pertanyaanku dengan lembut. Dia datang sebab aku. Aku hairan. Kenal pun tak, macam mana perempuan ni boleh kenal aku pulak. Aku tanya lagi, dari mana asal usul perempuan tu dan siapa dia sebenarnya. Perempuan tu menjawab dia tinggal di dalam seterika antik. Aku rasa nak tergelak. Mustahil seorang perempuan dewasa boleh hidup di dalam seterika antik. Bukannya seterika antik tu besar sangat.
Tiba-tiba aku teringat jin suka dengan barang-barang antik. Otakku menangkap maksud sebenar perempuan itu. Ya, seterika antik, barang peningglan arwah mak tok. Bulan lepas, aku mengikut keluargaku balik kampung. Jumpa atok, ayah kepada mak aku. Sewaktu di kampung, aku tertarik dengan seterika antik, kepunyaan arwah mak tok. Disebabkan aku ni lahir pada generasi seterika canggih, jadi aku fikir seterika antik ni unik. Simpan lama-lama mesti unik sebab tak semua orang ada seterika ni. Sebelum pulang ke bandar, aku minta izin atok nak ambil seterika antik arwah mak tok. Atok izinkan, aku happy sangat. Mak dan babah pun tak cakap apa-apa. Tetapi, sekarang aku baru nak belajar mengeja perkataan menyesal.
Perempuan tu tetap berdiri kat depan aku. Aku tanya lagi, apa yang patut aku buat sekarang dan macam mana aku nak hantar dia balik. Perempuan tu pulak jawab aku, hantarlah ke tempat asal seterika antik sebab dia lebih suka tempat lama berbanding sekarang. Aku cakap aku tak tahu nak buat apa sekarang. Aku macam di alam lain. Perempuan tu pun cuma senyum dan berjalan dengan penuh gemalai ke ruang tamu. Aku macam terpaku. Entah apasal otakku aku memang lembab waktu ni. Aku bangun perlahan-lahan. Aku nak cari mak dan babah. Pandangku mula kelam. Kaki aku rasa lemah je. Aku terus rebah dan tak tahu apa yang berlaku.
Terasa badanku digoncang kuat. Aku buka mata perlahan-lahan. Aku nampak mak, babah dan Khalis. Aku tanya kenapa semua dalam bilik tidur aku. Aku tanya buat apa dalam bilik tidurku. Mak cakap aku ni mengigau masa tidur. Mak cakap masa tidur tu, aku ni macam berkomunikasi dengan seseorang. Jantung aku bedegup kuat. Otak aku memang ligat berfikir. Aku tanya mak. Pagi tadi pergi mana. Aku panggil tak ada sorang pun sahut. Aku tanya lagi, mana pergi perempuan berbaju kurung ungu tu. Semua hairan.
Mak cakap aku ni bermimpi. Aku pun macam tak percaya yang aku hanya bermimpi dan syukur kepada Allah sebab aku tak sendirian di rumah. Mulalah bebelan mak yang tak sanggup aku nak dengar. Aku ambil tuala dan pergi mandi. Dalam tandas, aku teringat balik kat perempuan baju kurung ungu tu. Memang aku ada ambil seterika antik arwah mak tok. Aku rasa memang aku patut hantar balik ke kampung atok. Betulkah kot jin memang berkenan dengan barang-barang antik. Tanpa berlengah, aku segerakan apa yang patut. Tapi apesal atok tak ada cerita apa-apa pasal seterika antik tu. Mungkin perempuan baju kurung ungu tu memang tak ganggu atok sebab tu memang tempat dia.
Aku panggil mak dan babah. Aku cakap nak balik kampung dengan alasan nak jenguk atok. Mak boleh pulak cakap aku demam ke sebab tak pernah aku beria nak balik kampung melainkan nak sambut hari raya je. Tapi, aku langsung tak cerita pasal mimpi aku tu. Babah cakap, hari sabtu balik kampung. Aku lega sebab tunggu 2 hari lagi aku hantar balik seterika antik tu. Sepanjang tempoh 2 hari tu aku tak sentuh langsung seterika antik tu dan aku pun tak diganggu perempuan baju kurung ungu tu. Aku pun tak ada mimpi apa-apa yang pelik dah.
Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Mak dan babah pun hairan tengok aku bawa sekali seterika antik tu. Mak tanya apesal nak hantar balik seterika antik tu padahal aku yang beria sangat nak seterika antik sebelum ni. Aku senyum je. Sampai kampung, aku cepat-cepat simpan seterika antik tu kat almari asal. Aku lega dan berharap semua ni berakhir dengan baik.
Malam tu, aku mimpi perempuan baju kurung ungu tu. Dia cakap terima kasih sebab ikut nasihat dia. Dia senyum dan ucap selamat tinggal. Aku tersedar pagi tu, rasa mamai tapi lega sebab teringat mimpi tu. Aku rasa semangat nak balik bandar sebab aku tak nak hidup dibelengu misteri seterika antik dah.
Sekian, kisah seterika antik. Pengajaran untuk aku, kadang-kadang dalam tak sedar, sikap teruja tu membawa padah. Aku tertarik dengan seterika antik sebab aku rasa unik, dalam tak sedar aku alami mimpi yang macam nyata berlaku. Maaf sekiranya pembaca rasa bosan dengan kisah ini
YOU ARE READING
Cerita Seram★
Horrorcopy dri google ★ kalau Bi di tukar kpd bahasa melayu★hope enjoy and loved★ Start:12/12/2017 End: i d n surinyati pemotong daging; ada yg cuba memotong kaki; jangan baca sesorang; kalau tak ada yg memerhati. so jomm enjoy