Part 9

12.2K 491 11
                                    

Tengku adzmir menepuk bahu sahabatnya yang leka melayan GRO di kelab malam itu. Leka sungguh sahabatnya itu sampai kehadirannya pun tak disedari

"Hei bro.. macam mana tadi? "

Soal zaril sepatah sambil kembali melayan perempuan seksi yang hanya memakai singlet nipis dan seluar jeans pendek separas peha.

"Kau boleh tak suruh perempuan ni blah , aku ada benda nak bagitau ni"beritahu tengku adzmir yang agak rimas melihat tingkah sahabatnya dengan GRO seksi itu. Bergesel sana-sini mahu termuntah dia melihatnya.

Bagi Tengku adzmir dia sangat2 pantang jika perempuan murah menyentuh dirinya, dia tidak seperti zaril yang hanya melayan apabila perempuan2 kelab malam datang bertengek dan bergesel kepadanya.

Tengku adzmir datang ke club pun hanya lah untuk lepak sahaja bukan untuk dilayani perempuan2 murah seperti itu.

"Benda apa kau nak bagitau aku ni?"tanya zaril sambil melihat sahabatnya itu memesan minuman coke

"Aku rasa kan betina tu tak kenal la bapak aku"beritahu tengku adzmir dengan wajah serious. Zaril yang mendengar sudah mengerutkan dahinya. Pelik.

"Aku ada mention nama arwah papa aku but... dia langsung tak kenal weh ! Hebat lakonan betina tu ". Ujarnya geram kelihatan rahangnya bergerak tanda gigi berlaga . Tangan sudah dikepalnya.

"Habistu kau nak tunggu apa lagi? Lancarkan lah plan B ." Cucuk zaril menambah lagi bara dihati sahabatnya itu .

Tengku Adzmir azim mengangkat keningnya sebelum senyuman sinis terukir dibibirnya . Teringat plan B yang sudah dirancang mereka .

"Kau tunggu betina !! Dendam aku belum terbalas!! Kalau harta bapak aku yang kau gilakan . Kau tunggu apa yang aku akan buat nanti ." bisiknya perlahan sambil melenggang2 gelas kaca berisi coke ditangan.

**************************

Tengku Adzmir tiba dirumah tepat jam 1.30pg. Tubuhnya sangat letih saat ini . Kalau ikutkan hati ingin sahaja dia terbongkang terus . Jadualnya sungguh pack harini sehinggakan tiada masa untuk berehat .

Ketika ingin menaiki anak tangga . Tengku Adzmir terdengar tangisan halus diruang tamu rumahnya . Seram sejuk juga dirasakan saat ini .

Dengan keadaan gelap dia teraba2 ingin mencari suiz lampu . Saat cahaya menerangi ruangan itu . Agak terkejut dia , rupanya tangisan itu datang dari mamanya . Dia berjalan kearah wanita yang sudag basah dengan airmata .

"Mama anything wrong? Kenapa menangis ni ?"ujarnya risau . Puan maria terus memeluk tubuh anaknya itu sambil menangis teresak2 . Meminjam kekuatan dari anaknya itu. Sungguh dia sedih saat ini.

"Mama sedih adz..mama rindu arwah papa..Mama tak tenang ! Mama tak boleh tidur . Sampai sekarang mama tak dapat terima yang papa pernah ada perempuan lain belakang mama, apa kurang mama selama ni? "

Tangis Tengku maria teresak2 . Ya suaminya pergi meninggalkan tanda tanya yang sungguh sarat untuk difikirkan ! Sampai hati abang ...

Tengku adzmir azim yang melihat kesedihan wanita kesayangannya itu terus memeluk erat tubuh itu bagi menyalurkan kekuatan . Tubuh tua itu diusap perlahan. Dia faham apa yang dirasakan mamanya .

"Ni semua sebab betina tu!!"desisnya. Kembang kempis hidungnya menahan amarah yang tersimpan .

"Adz janji mama.. adz akan buat perempuan tu merana walau macam mana sekalipun . Dia yang harus merana bukan mama!!" Bisiknya perlahan namun tegas penuh dengan api kebencian. Tubuh itu dipeluknya semakin erat .

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now