《Jungkook's House》
Jungkook memasuki rumahnya setelah berjumpa dengan Hyoyin dan menerangkan segalanya.. Dia nampak Herin tertidur di atas sofa.. Dia mendukung Herin brydal style dan membawanya ke biliknya bukan bilik Herin
Dia membaringkan Herin dan menyelimutkan dirinya.. Dia membelai rambut Herin sambil melihat Herin tidur dengan lena
"Kenapa? Kenapa U tak bagitahu, dia simbah air bukannya air tertumpah dekat U.. Kenapa mesti tipu? Apa salah saya sampai awak sanggup tipu saya? Saya sakitkan hati awak ke sampai awak perlu tipu saya.. Saya nak tanya pada awak, tapi hati saya tak benarkan.. Saya tak nak awak terluka.. Tapi kenapa awak buat saya lebih dari tu? Saya tak mintak lebih.. Tapi kenapa," Jungkook mengelap air matanya dan berjalan keluar.. Air mata Herin mengalir jatuh ke tepi
《Seokjin's House》
Seokjin memasuki rumahnya.. Dia menuju ke dapur dan mengambil gelas.. Botol wain dicapai dan dituang wain ke dalam gelas yang dipegang.. Seokjin meminum semua wain yang dituang kemudian dia membaling gelas itu ke lantai..
"Argh!!! Tak guna Jungkook.. 10 tahun aku tunggu dia jadi milik aku.. 10 tahun aku biarkan dia capai cita2 dia tapi kau, kau perampas!! Dia milik aku tapi kau rampas.. Kau kena ingat Jungkook.. Kalau aku pernah cuba bunuh kau, tak mustahil aku akan bunuh kau sekali lagi.. Aku akan tunjuk pada kau apa akibat ambik hak aku" Seokjin menahan geramnya terhadap Jungkook
《Night At Jungkook's House》
Jungkook menyiapkan kerjanya di meja di ruang tamu.. Herin menuruni tangga dan nampak Jungkook yang fokus menyiapkan kerjanya.. Herin tidak mahu menganggu
"Awak dah makan?" Jungkook hanya diam.. Dia fokus terhadap kerjanya
"Jungkook"
"Apa?" Jungkook membalas dengan suara garau
"Awak dah makan ke belum?" Herin menanyakan sekali lagi
"Belum" Jungkook menjawab pendek
Herin berjalan menuju ke dapur.. Dia tahu Jungkook masih marah kepadanya.. Dia tidak berniat, dia cuma takut jika Jungkook meng-apa apakan orang yang tidak bersalah
Selama 1 jam Herin memasak beberapa hidangan untuk Jungkook yang masih belum makan.. Sesudah siap Herin memanggil Jungkook makan tapi
"Saya dah kenyang.. Awak makan lah" Jungkook terus menutup laptopnya dan berjalan menuju ke tangga tetapi Herin memeluknya dari belakang dan langkah Jungkook terhenti
"Saya tahu awak marah saya.. Saya akui saya salah.. Saya tipu awak.. Awak nak tahu kan kenapa.. Awak tak ada salah pada saya.. Sebaliknya saya yang banyak salah dengan awak.. Awak pun tak pernah sakitkan hati saya.. Saya yang banyak sakitkan hati awak.. Masa tu saya takut sebab saya tahu awak mesti akan marah kalau tahu dia buat macam tu sedangkan dia takde salah.. Saya yang salah.. Tolong Jungkook jangan buat saya macam tak ada dalam hidup awak" Herin menangis di badan belakang Jungkook.. Setiap kali Jungkook melepaskan pelukannya setiap itu dia eratkan pelukan
"Awak pernah tak dengar kata2 orang yang dah give up.. Dan awak tahu kenapa saya dah give up.. Sebab bila saya ada depan mata awak, awak endahkan saya.. Bila saya terhegeh hegeh dekat awak, awak buat saya macam tak ada harga diri.. Tapi saya sabar, sebab saya sayang awak.. Tapi perasaan manusia boleh berubah.. Saya tahu awak sakit, ingatan awak belum pulih.. Tapi kenapa awak buat saya macam mainan.. Bila awak perlukan awak cari saya.. Bila awak tak perlu, awak buang saya" Air mata mereka mengalir pada masa yang sama
"Saya tak akan buang awak.. Saya menyesal"
"Dah terlambat Herin.. Hati saya untuk gadis bernama Gong Herin dah tertutup.. Tertutup" Jungkook melepaskan pelukan Herin dengan kuat dan berjalan menaiki tangga.. Herin jatuh melutut.. Dia cuba menahan air matanya tetapi tidak berjaya
《TBC》
YOU ARE READING
[C] ʟᴏᴠᴇ ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ɴᴇʀᴅ & ᴀʀʀᴏɢᴀɴᴛ 2
Hayran KurguKehidupan yang diimpikan Jungkook apabila bersama gadis yang dicintai hanya lah kebahagiaan dan ketenangan...Tetapi dia tidak pernah lupa bahawa setiap kehidupan akan ada cabaran Setiap kali dia inginkan perkara tersebut untuk menjauh, itu lah cabar...