CHAPTER 44 : THE RETURN OF CALAMITY

903 81 1
                                    


AURA HITAM jelas kelihatan dari istana dan Reezal menelan air liur,kerana daya kuasa gelap yang begitu menakutkan amat jelas sekali dapat dirasai. Hikari menggigil dan Aminudden segera memapahnya,Aila menelan air liur dan dia tidak terelak dari menggigil.

"Daya kuasa apa ni...? Menakutkan..." ujar Alia yang ketika itu berada di hospital.

Raffie merasai daya kuasa yang begitu itu,dia terkejut memerhatikan tangannya sedang menggigil. Yusri yang sedang menaip mengenai system komputer turut terhenti dari terus melakukan kerja,Reena menenangkan Iris dan Intan.

Alisa mengepalkan penumbuknya kemudian Ikhwan menyentuh tangannya,menenangkan isterinya dari terus merasai tekanan dari kuasa gelap milik Marvus itu.

"Nampaknya apa yang kita takut terjadi...." Ujar Solleh.

"Harap anak-anak kita dapat menghadapi cabaran ini...." Rumina pula mencelah dan Tuzeman yang sedang duduk berehat di beranda rumah menghela nafas pendek.

"He's back...how you gonna deal with that Farhan?" soal Tuzeman sendirian.

"Ayah...daya kuasa apa ni? Amat kuat..." soal Farahani,25 tahun bersama Zaqeah 21 tahun.

Tuzeman tidak menjawab dan menghela nafas pendek,Farhan memanjat sehingga atas istana dan melihat ke arah kabus hitam yang tebal. Nafasnya berwap kerana sudah masuk musim sejuk,Ikhwan juga berada di situ memerhatikan kabus hitam tersebut.

"Ayah! This energy!..." ujar Zafrey berlari ke arah ruang menghadap raja.

Zafrey terdiam sebaik melihat ayahnya iaitu Aswandy,sedang memerhatikan kabus hitam yang tebal jelas kelihatan dari istana negara Rembulan.

"Ikhwan.....this presence.." ujar Farhan meneka dan Ikhwan mengangguk.

"Tidak salah lagi,Marvus dah bebas dari kurungan dia...." Jawab Ikhwan.

Farhan menoleh ke arah kabus itu semula yang jauh dari negara Mentari,Ikhwan mengetap gigi menahan geram pada masa yang sama dia mula risau akan apa yang bakal berlaku nanti. Marvus yang sedang berdiri memerhatikan kedua tangannya,aura merah kehitaman jelas kelihatan keluar dari tubuhnya.

"At last...begitu lama aku menunggu..detik ini..." ujar Marvus sambil diperhatikan oleh Irfit.

"My lord..." ujar Irfit menunduk hormat.

"Kau memang setia,maaf kerana membiarkan kau menunggu lama..." Marvus berkata dengan tersenyum seribu makna.

"Apa tindakan tuan selepas ini?...." soal Irfit.

"Buat masa sekarang aku nak bermeditasi,aku perlukan masa untuk pulih sekian lama terkurung...kuasa aku banyak berkurangan kerana kurungan tak guna tu...." Ujar Marvus.

"Tuan tidak risau jika diserang oleh Raja Naga?" soal Irfit lagi.

"Jika dia cukup bijak untuk bertindak,tapi dia tidak akan bertindak selagi aku masih belum keluar dari pulau ni..." jawab Marvus lagi kemudian duduk pada tanah.

"Jangan biarkan sesiapa mara ke pulau ni,faham Irfit?" arah Marvus dan Irfit menunduk hormat.

"As you wish my lord...."

Irfit mencacakkan batang sabitnya ke tanah dan bulatan magis gergasi terhasil,sedikit demi sedikit aura gelap menutupi pulau tersebut dan hilang dari pandangan mata kasar.

"Pulau tu HILANG?" Soal Farhan.

"Tak...Irfit cuma teleport pulau ke tempat lain..." jelas Fara yang muncul di tingkat bumbung atas istana,Alisa menyusul bersama Reena.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now