Neal membiarkan wajahnya dipancari sinar matahari petang. Matanya erat dipejam dan nafasnya teratur tenang menyedut udara yang segar ni. Dia mulai rasa ngantuk dan hatinya mula mengodanya untuk tidur.
"Awak takkan nak baring saja satu hari kat sini? " tegur Alisya mengejutkan lamunannya.
Dia memandang Alisya yang sedang mencuka wajahnya.Wajah itu ditatapnya lama dan perlahan-lahan matanya kembali berat .
Dia memejam matanya, melayan khayalan yang menuju ke alam mimpi.
Alisya mengetap bibir, rasa geram berbulu-bulu dalam hati. Lelaki ini memperlekehkannya, seolah-olah kehadirannya tidak wujud di sini, tidak diperlukan di sini!.
Jadi apa sebenarnya niat Neal ?
Apa niat Neal bila muncul di rumahnya tiba-tiba dan terus mengajaknya keluar??
" Ikut saya keluar."
Mana janji Neal bila dia cakap...
"Saya cakap sekali sahaja. Saya akan bawa awak ke tempat-tempat masa kita kecik dulu. Mungkin awak akan dapat ingat sesuatu.. "
Alisya mengalihkan pandangannya pada langit yang membiru kemudian matanya beralih pada Neal yang sedang lena di hamparan rumput padang ini.
Wajah lelaki ini begitu tenang, begitu tulus bila dia tidur.
Kenapalah lelaki yang sesempurna ini tidak menyukai dirinya? Apa salahnya?
Sekali lagi perbualannya dengan Neal berulang di fikiran.
.
.
"Kenapa awak tetiba berubah nie? Peliknya." ujar Alisya.
"Awak tak suka ke?"
Melihat Alisya senyap, Neal mendekati gadis itu.
"Walaupun awak tak suka, saya tak peduli, seperti mana saya tak pernah peduli pasal diri awak, selama ini pun. Understand? Awak mahu saya bantu awak dengan memori lost awak tu, saya bantu, saya pergi. Tamat. Itu sahaja. "
.
.
"Kalau nak tidur baik awak balik umah je ler." tegur Alisya setelah mengumpul seribu keberaniannya untuk bersuara.
Namun, ia tidak memberi apa-apa impak pada lelaki bernama Neal ini. Neal masih berbaring, masih memejam mata, relaks.. betul-betul tidur ke?
Dalam fikiran Alisya, bertalu-talu dia memarahi diri sendiri.
Kenapalah dia terima pertolongan Neal yang terang-terang membencinya? Kenapa? Why? lelaki ini cuma ingin menderanya. Matilah kebosanan dia di sini.
Tiba-tiba Neal membuka matanya. Terus pandangan mata mereka bertemu dan Alisya terasa sedikit getar dihatinya.
"Kenapa?" tanya Neal bila melihat Alisya terpaku sebegitu.
Alisya geleng kepala, laju.
Neal yang baring kini duduk. Dia mengosok-gosok rambutnya yang terselit dedaun rumput. Kemudian mengalihkan pandangannya pada Alisya.
Renungannya yang begitu lembut itu membuatkan jantung Alisya rasa berdebar-debar.
"Kalau awak nak cakap apa-apa baik awak cakap." tegur Neal bila menyedari Alisya masih terpaku, merenungnya.
Sekali lagi Alisya geleng kepala, laju.
Sebenarnya banyak benda yang dia nak komen pasal hari yang membosan kan ni. Hakikatnya Neal tak membantu apa-apa langsung.
Ya, memang betul Neal bawa dia pergi sekolah lama, taman permainan, sekolah tadikanya, tempat makan, kedai mainan. Tapi yang dia bengangnya, Neal macam tak ikhlas ajer...
'Nah, nie lah sekolah awak time kecik-kecik dulu..."
" Awak sekolah sini sampai darjah 6. Lepas tu awak sek.asrama..ni kelas awak.."
" Awak tak ingat apa-apa kat sini kan? Jom pergi tempat lain pula."
Begitulah dari satu tempat ke satu tempat.
Dan Alisya perasan setiap kali dia bertanya tentang kisah lampau Neal, pantas Neal mengubah topik, seolah-olah mengelak dari memberi jawapan.
Neal seolah-olah tidak mahu mengingati apa-apa tentang masa lalunya.
Seakan ada dinding yang tidak membenarkan Alisya mengenali Neal yang dulu, dan juga yang ada di depannya sekarang ni.
" Dahlah , jom pergi" ajak Neal.
Dia menepuk jatuh rumput-rumput yang melekat di baju dan seluarnya, lalu beredar. Tidak peduli samada Alisya mengekorinya atau tidak.
Neal lah tourist guide yang paling menjengkilkan!
Alisya bergegas mengekori Neal..
Nak taknak, Alisya cuma mampu akur.
Dia takde mood nak bertekak dengan Neal.
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomanceApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...