Alisa berselimut. Wajahya pucat, bibirnya kering dan pecah-pecah.
Alisa demam panas.
Daddy and Mummynya terkejut dengan keadaan Alisa. Anak manja kesayangan mereka jatuh sakit. Semuanya gara-gara Neal...-jejaka pujaan hati puteri mereka ini.
Alisa sakit rindu.
Dah seminggu Neal gagal dihubungi. Tiada sesiapa yang tahu ke mana Neal menghilang.Malah, sahabat baik Neal –Kenny juga tak dapat dihubungi.
Lokasi terakhir mereka adalah seminggu lepas, di pejabat mereka sebelum mereka bertolak untuk menyiapkan projek terakhir itu.
Dato' Adzhar mengeleng resah melihat Alisa yang sedang tidur setelah dirawat oleh Dr Teoh . Datin Amanda pula mengusap-ngusap pipi Alisa yang tak bermaya seperti selalu.Hatinya pilu melihat keadaan ini. Apa yang Neal dah buat nie?
Dato Adzhar keluar dari kamar puteri kesayangannya ini.
Dia perlu cari Neal secepat mungkin.
Anak muda itu perlu bertanggungjawab atas semua ini. Ke mana dia menghilang!
.
.
.
.
Hachoo! Alisya mengosok-gosok hidungnya yang gatal tu sambil menolak basikal yang terputus rantainya tadi.
Nie suma salah Neal lah nie. Adaker jalan satu kampung nie dengan naik basikal tahap nazak nie. Tak ke semput jadinya??
" Jangan nak salahkan saya. Awak juga yang rosakkan motor saya hari tu." tegur Neal.
Neal seakan tahu yang Alisya sedang mengutuk lelaki ini di dalam hati. Ada kuasa psikik ker?
Ceh, Alisya memuncungkan bibirnya.
Menyampah dengan Neal yang selalu menyakitkan hatinya.
Alisya berhenti sekejap sambil membetulkan kasutnya yang hampir tertanggal tapaknya dek berjalan jauh seperti ini. Seperti biasa, Neal tidak menunggunya. Malah, langkah Neal semakin laju la pula. Tak berhati perut langsung!
Usai mengikat tali kasut yang tertanggal, Alisya berlari mengejar langkah Neal yang semakin jauh. Takut terhilang macam hari-hari sebelum ini.
" Awak...." tiba-tiba Neal memecah kesunyian antara mereka.
Langkah mereka berdua terhenti.
Neal yang masih membelakangi Alisya kelihatan teragak- agak meneruskan percakapannya.
"Awak .. tak banyak merungut hari ni." kata Neal.
Dia berpaling menghadap Alisya. Mata mereka bertentang.
" Awak jugak yang tak suka layan saya hari tu kan?" kasar Alisya menjelaskannya. Mamat ni sekejap kata dia annoying kemudian sekarang nak suruh dia bersikap riang ria kanak-kanak rebina pula ke?
Alisya perasan Neal melirik senyum. Apa yang kelakar?
Tiba-tiba, Neal menghampirinya. Tanpa berkata apa-apa, jemari Neal menyentuh kepalanya, mengusapnya lembut. Alisya terkedu...pipinya terasa panas. Nafasnya terasa tersekat-sekat dek degupan laju yang cuba dikawalnya.
Kemudian, Alisya terasa sesuatu jatuh dari kepalanya.
Daun kering.
Rupanya Neal cuma membuang daun kering yang jatuh di kepalanya.
"Awak ni sangat selekeh. " kata Neal masih senyum pada dirinya.
Alisya termalu sendiri.
Tetapi.. kenapa sweet pula Neal ni?
Tak faham betul lah..
Baru sahaja Alisya nak komen, seorang lelaki tiba-tiba mendekati mereka.
"Neal kan? Ha! Betullah, kau Neal kan? "
Perhatian mereka kini beralih pada lelaki berbaju tshirt kuning di depannya ini. Neal merenungi lelaki ini lama, cuba mengingati siapa lelaki ini.
" Aku lah, Boy! Yang suka lepak dusun Pak Abu dulu tu!"
Oh, Boy! Kau ke? La.. apa khabar kau sekarang? " balas Neal menjabat tangan dengannya.
Neal baru dapat cam lelaki ini. Lain benar wajah ketika kecil dan dewasa kini. Salah Neal juga. Mungkin sebab dirinya sudah terlalu lama meninggalkan kampung halaman, hinggakan kenalannya ketika kecil pun, tidak di cam nya..
Boy memandang Alisya kemudian beralih kembali pada Neal.
Boy senyum.
" Korang ni masih macam dulu..." katanya.
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomanceApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...