part 27

559 15 1
                                    

Boy tersentak dari kenangan lama itu. Kenangan yang memperkenalkan dia, akan kewujudan Alisya dan Neal.

Dia memandang Alisya yang sedang melukut di tepi meja sementara Neal asyik membetulkan rantai basikal yang terlonggar.

Alisya menguap.. Lamanye mamat nie betulkan rantai basikal. Macam tak reti ajer..(-__-")

Boy mendekati Neal.

" Macam ni hah.." kata Boy.  Dia mengambil alih tugas Neal.

Alisya senyum sinis.. Betullah Neal tak reti ~~

Hanya dalam masa 10 minit, basikal itu siap untuk digunakan semula, lalu Alisya menghulurkan tuala smiley yang tersadai di atas meja kepada Boy.

" Masih ronda-ronda kampung dengan basikal lagi? " kata Boy sambil mengelap tangannya yang kotor kesan gris dari rantai basikal.

" Huh?" tiba-tiba sahaja Boy bertanya begitu. 

" Yang bezanya sekarang 2 basikal, dulu korang satu basikal ajer. Neal bawa basikal , kau bonceng belakang. Dah lama sangat tak nampak macam tu.." kata Boy lagi, kali ini dengan sengihan yang panjang.

Bayangan Alisya yang memeluk teddy bear dan Neal yang mengayuh basikal jelas terbayang di memorinya. Gelak tawa mereka dan muka cebik Alisya apabila Neal berhenti mengayuh, juga mengetuk ingatannya.  Waktu itu tak salahnya,  Neal di usia 10 tahun dan Alisya di usia 8 tahun. Huh, dah lama sangat tu...

Boy rasa pelik saat menyedari Alisya terus merenungnya, lama. 

" Awak kenal saya ke?" tanya Alisya. 

 Soalan apakah ini? Kenal? Tentulah kenal. Aneh betul soalan Alisya ini. 

Boy menoleh pada Neal yang langsung tidak ambil peduli hal mereka berdua. Dia sibuk membersihkan tangannya di sinki. Sedikitpun tidak kisah akan mereka. 

"  Awak tak kenal saya ke?"giliran Boy pula bertanya. 

Wajah Alisya berubah ceria. Lelaki ini mengenalinya la macam ni. Haha, at least, ada orang selain Neal yang kenal dirinya, fikirnya. 

Tanpa lengah  Alisyamenjelaskan keadaannya dan situasinya yang hilang ingatan ini,  pada Boy yang hanya terlopong tidak percaya. Ambil masa jugalah Boy untuk menerima perkara ini, tetapi apabila dia mulai memahami situasi ini, dia mengangguk mengerti.

"Ceritakanlah  hal ronda-ronda basikal tu.." kata Alisya. 

Boy ketawa kecil.

 Permintaan itu begitu kebudak-budakan. Apa yang dia nak ceritakan? Dahulu, dia cuma memerhatikan mereka dari jauh sahaja.. 

Ya, cuma memerhatikan sahaja.

"Suruh saje Neal cerita, kan dia tengah bawak kau berbasikal skrang? Dia takde ceritakan apa-apa ke?"

Alisya mencebik.. Nak ke neal ceritakan? Dia tak mention apa-apa pun pasal benda ni.. Takkan hal mcm tu pun ...

Neal tiba-tiba mendekati mereka, berdiri betul-betul di depan Alisya. Kemudian, perlahan-lahan dia mengusap pipi Alisya. Sentuhan tangan Neal yang dingin itu mengejutkan Alisya.. 

Seolah-olah..

"tercalit gris tadi..:"  Boy menjelaskan tindakan Neal  itu. 

" Hal tu dah 10 tahun, rasanya tak apa kalau nak diceritakan..." kata Neal pada Boy, sebelum melangkah keluar dari garaj milik Boy ini. Rupanya dia mendengar perbualan mereka. 

Boy mengangguk seolah sudah menerima kebenaran dari Neal. Memang, tidak salah untuk diceritakan, betul tak Neal?  fikirnya. 

Boy terus menceritakan segala perihal yang dia tahu tentang Alisya dan Neal. Tetapi, sukar bagi Alisya untuk menumpukan perhatiannya kerana...

Alisya menyentuh pipinya. 

Sentuhan itu...

Ia begitu selesa...bisik hati Alisya.

Perlahan-lahan dia mendengar bisikan lembut.

"Jangan menangis .. saya ada di sisi awak.. sentiasa"     

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now