《Jungkook's House》3 orang namja itu menembak kaki Hoseok dan Hoseok rebah
"Hoseok!!"
"Aku ok Jungkook" Jungkook memegang kaki Hoseok yang ditembak kemudian dia berdiri menghadap Seokjin.. Seokjin menarik picu pistolnya dan peluru pistol itu tepat kena bahu kanan Jungkook.. Jungkook rebah melutut dan menahan sakit di bahunya
"Shitt miss.. Korang angkut dia" 3 orang namja itu mengangkat Jungkook dan mengheret Jungkook ke dalam van
Seokjin mendekati Hoseok yang sedang terbaring menahan sakit kakinya
"Ni akibatnya masuk campur dalam urusan aku" Seokjin melepaskan dua tembakan tepat ke arah jantung Hoseok dan Hoseok menahan sakit dadanya..
Di dalam van Jungkook melihat kawannya terbaring di tembak dan air matanya mengalir.. Dia tidak mampu melakukan apa2.. Tangannya menahan darah yang keluar di bahu kanannya dan menyandar.. Dia memejamkan matanya dan cuba untuk tidak mengeluarkan bunyi tangisan..
Hoseok menghembuskan nafas terkahirnya betul2 di tempat dia terbaring.. Darahnya berlumuran membasahi badannya.. Seokjin tersenyum dan menaiki van dan mereka menuju ke gudang
《Gudang》
Jungkook ditolak ke sebelah Herin yang sedang duduk.. Air mata Herin mengalir apabila dia lihat bahu Jungkook yang darah dan Jungkook yang semakin lemah
"Kau nak aku kan? Kau amik aku.. Lepaskan dia" Herin menjerit ke arah Seokjin
"Ya memang.. Memang kau nak ikut aku.. Aku tahu.. Tapi mamat bangsat ni selagi dia hidup selagi tu kau takkan jadi milik aku.. Kau faham" Herin menahan amarahnya
Seokjin mendekati Jungkook.. Dia menendang bahu Jungkook yang ditembak dan Jungkook menjerit kesakitan.. Herin dipegang oleh konco2 Seokjin
Seokjin mencucuk bahu kanan Jungkook menggunakan bucu pistol dan Jungkook menjerit dan meraung menahan sakit
"Seokjin!!"
Seokjin mengendahkan panggilan Herin.. Seokjin acukan pistol ke arah Jungkook dan sengaja dia tembak ke arah kaki kanan Jungkook.. Jungkook menjerit kesakitan
"Miss again"
"Jungkook!!" Herin menangis.. Dia meronta ronta.. Tetapi kekuatan lelaki tidak dapat dia lawan
"Aku dah cakap banyak kali Jungkook.. Lepaskan dia.. Dia hak aku.. Kau tak pernah nak dengar apa aku cakap.. Now kau takkan dapat dia, sebab dia milik aku"
"No!!" Herin menjerit
Seokjin menembak dada Jungkook dan Jungkook batuk mulutnya berdarah.. Darah keluar dari mulutnya.. Dia cuba menahan kesakitan di dadanya, bahunya dan kakinya.. Air matanya mengalir apabila dia teringat kejadian Hoseok ditembak di depan matanya.. Dia sempat melihat Herin yang meronta ronta dan menangis sebelum matanya terpejam
"Jungkook!!!" Herin menjerit dan meronta ronta.. Dia menolak lelaki yang memegangnya dan dia merangkak menuju ke arah Jungkook
Siren polis memenuhi kawasan gudang itu.. Seokjin dan konco2nya cuba untuk lari tetapi polis berjaya mengejar dan menangkap mereka
Herin memangku kepala Jungkook.. Dia menangis dan meronta ronta apabila kesemua yang dipegang adalah darah.. Ibarat Jungkook seperti direndam di dalam darah
"Jungkook jangan tinggalkan Herin.. Herin belum sempat untuk ingat siapa Jungkook.. Awak dah janji tak nak tinggalkan saya.. Kenapa awak tak bangun.. Bangun lah Jungkook.. Sekarang belum waktu untuk awak tidur.. Awak bangun!!" Herin terkaku apabila kepala Jungkook yang dipangku tiba2 rebah ke bawah
《Cheongdamdong Hospital》
Jungkook dimasukkan ke dalam wad icu.. Herin yang berlumuran darah itu rebah di hadapan wad icu.. Dia dihantar ke bilik rawatan
Ambulans yang membawa mayat Hoseok juga sampai.. Hoseok selisih dengan Herin yang dihantar ke bilik rawatan
Hoseok disahkan mati akibat peluru yang terkena jantungnya.. Dia pergi waktu Jungkook melihatnya di hadapan rumah Jungkook
《Alam Mimpi》
Jungkook membuka matanya.. Dia melihat keadaan sekelilingnya putih.. Pakaiannya juga putih.. Tiba2 dia ternampak kelibat Hoseok di hujung
"Hoseok!" Jungkook mendekatkan dirinya dengan Hoseok tetapi Hoseok meminta Jungkook berhenti
"Belum waktunya Jungkook.. Kau tak boleh ikut aku" Jungkook yang berada di dalam wad icu air matanya mengalir.. Nurse perasa dan dia mengelap air mata Jungkook
"Hoseok.. Aku nak ikut kau.. Kenapa kau tinggalkan aku? Kau kawan baik aku Hoseok" Hoseok hanya melenturkan senyuman
"Aku tahu Jungkook.. Aku minta maaf sebab terpaksa tinggalkan kau.. Aku kena pergi.. Aku tak boleh lama2.. Ada orang dah panggil" Hoseok melambai tangannya ke arah Hoseok
"Tunggu aku Hoseok.. Aku akan ikut kau.. Tunggu aku" Jungkook berlari mengikuti Hoseok di alam mimpinya
《Alam Nyata》
Mesin degupan jantung Jungkook berhenti.. Doktor dan nurse cemas.. Mereka mencuba untuk bangunkan Jungkook tetapi mesin jantung Jungkook tetapi tidak menunjukkan apa2 tindak balas
《TBC》
YOU ARE READING
[C] ʟᴏᴠᴇ ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ɴᴇʀᴅ & ᴀʀʀᴏɢᴀɴᴛ 2
FanficKehidupan yang diimpikan Jungkook apabila bersama gadis yang dicintai hanya lah kebahagiaan dan ketenangan...Tetapi dia tidak pernah lupa bahawa setiap kehidupan akan ada cabaran Setiap kali dia inginkan perkara tersebut untuk menjauh, itu lah cabar...