Jimin tersenyum kecil apabila terpandangkan Mirae yang sedang tidur di seat penumpang dibelakang. Katanya nak tidur baring. Tak sedar diri nak baring tempat sempit macam tu. Terlipat habis kakinya nak memuatkan diri di situ. Jimin menggelengkan kepalanya.
Dia tahu Mirae letih. Bukan susah nak meneka. Dari matanya yang dah ber-eyebag tu pun Jimin boleh tahu. Mirae bukan jenis burung hantu. Kalau boleh, pukul 8 lagi dia nak tidur . Jadi eyebag dekat mata Mirae memang jelas menunjukkan yang dia tidak cukup tidur.
Senyuman Jimin perlahan-lahan mati. Satu keluhan berat dia lepaskan. Dia betul-betul sayangkan Mirae. Kenapa perkahwinannya dengan Hyemi tiada halangan langsung? Dia tak harap Hyemi mati tapi cukuplah ada sesuatu yang membuatkan Hyemi bertukar fikiran.
Tiba-tiba telefon Jimin berbunyi. Telefonnya yang dicampak ke seat sebelah diambil. Melihat nama yang tertera, Jimin keliru sama ada perlu tersenyum atau mengeluh.
"Ye omma"
"Pergi jenguk Mirae jap. Kenapa?"
"Oh...serius?"
"Ish dia ni. Dah tahu nak kahwin tu hati-hatilah."
"Hah ok ok nanti orang pergi rumah dia"
"Emm. Ok bye"
Jimin berdecit kuat sebaik panggilan dimatikan. "Eh minah ni sajelah! Tau-tau je aku jumpa Mirae. Ish!" bentaknya marah. Kelibat Mirae dibelakang dijeling sepintas lalu. Hatinya mula dipagut sayu apabila mengenangkan yang dia bakal berpisah dengan gadis itu. Dia sedih. Walaupun sepanjang perhubungan mereka Jimin hanya membantu Mirae, tapi Jimin bahagia. Dia suka melihat Mirae tersenyum dan ketawa. Ianya bagaikan ubat untuk lukanya sendiri.
Ya dia juga terluka. Kecil hati dengan si ibu yang tidak memahami tapi tak nak dilabel anak derhaka pula. Lagipun Hyemi juga memang pandai memanipulasi.
Dia menarik nafas dalam sebelum menghembusnya kuat. Mianhae chagiya, oppa tak boleh panjangkan hubungan kita.
♟♟
"Mmph" Mirae menggeliat kecil. Kedengaran suara orang ketawa tapi matanya tetap dipejam.
"Bangunlah sayang, oppa ada hal ni. Takleh nak dukung-dukung."
Mendengar perkataan dukung, laju sahaja tangannya dibuka. "Dukuuuung..." katanya masih mamai.
Jimin tergelak kecil. "Oppa dah cakap kan oppa ada hal. Dah, bangun jalan sendiri" katanya agak tegas. Mirae yang masih memejam matanya memuncung.
"Alaaaaaah. Nak dukuuuuuuung" rengek Mirae lagi. Barulah mata dia terbuka. Dia duduk di atas seat kereta dan mendepakan tangannya dihadapan Jimin. "Nak dukung jugaaaaaak"
Jimin tergelak kecil. Lalu lengannya merangkul badan Mirae. "Ni bukan free tau? Kena bagi upah"
"Mmph. Ok" hanya itu balasan Mirae. Cepat sahaja matanya kembali terpejam apabila dahinya diletakkan diatas bahu Jimin."Kunci rumah letak mana?" soal Jimin sebaik kedudukan Mirae stabil diatasnya.
"....Handbag...." jawabnya ,masih mamai. Jimin mengerutkan keningnya sedikit. Macam mana dia nak ambil handbag Mirae? Sudahlah dekat tengah-tengah seat penumpang tu. Dengan Mirae lagi dia dukung.
"Sayang" lembut Jimin memanggil. "Mm?" sekali lagi hanya itu balasan Mirae. Jimin tergelak kecil melihat kemamaian Mirae.
"Masuk kereta kejap boleh? Ambil handbag" pintanya lembut. Mirae lambat-lambat mengangguk. Disebabkan mengantuk, lambat benar dia dapat memproses kata-kata Jimin. Sebaik punggungnya mencecah kerusi, matanya dibuka sedikit sambil tangan meraba-raba seat kereta. Apabila tali beg tangannya disentuh, laju sahaja dia menarik beg itu. Lalu tanganya kembali didepakan, kalini dengan beg tangan tergantung dia tangan kanan.
YOU ARE READING
Without You ◆pjm◆ ||Completed||
FanficTanpa awak, mustahil saya boleh tersenyum. Tanpa awak, mana mungkin saya dapat mengharungi masalah keluarga saya . Tanpa awak, mungkin saya dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat tekanan melampau. Tanpa awak, mungkin tiada lagi Kim Mirae di dunia...