Bab 6

338 14 4
                                    

"Ain,"

Ainnur yang sibuk menguyah kerepek sambil menonton drama menggunakan laptopnya berpaling. Kelibat seseorang yang berada di muka pintu bilik menyebabkan Ainnur mengecilkan matanya agar dapat melihat dengan jelas gerangan tersebut.

"Harridz ke tu?"

Gerangan itu bergerak ke arah Ainnur. Semakin lama muka gerangan itu semakin jelas kelihatan.

"Selain kita berdua, ada orang lain ke yang tinggal kat sini?" tanya Harridz lalu duduk di sebelah Ainnur.

"Hmm,... Ada. Malaikat kiri kanan tu," Ainnur berloyar buruk.

"Ada je jawapan dia. Tak padan dengan sakit,"

Harridz ikut Ainnur berbaring lalu tangannya mencapai balang kerepek yang dipegang Ainnur.

"Hish, sibuk je dia kat sini. Pergilah bawah tengok tv," rungut Ainnur lalu merampas kembali balang kerepeknya daripada tangan Harridz.

"Orang datang menyibuk kat sini sebab nak bagitahu sesuatu. Penting ni," balang kerepek kembali dirampas Harridz. Ainnur merungut tidak puas hati.

Kruk,

Krak,

Kruk,

Krak,

"Tadi nak beritahu benda penting. Tapi sekarang dia pergi makan kerepek orang," rungut Ainnur apabila melihat kerepek pisangnya kini tinggal suku balang.

"Okey. Fine. Nak beritahulah ni," balang diletakkan ditepi.

Bila dah makan kerepek nak berhenti tu susah. Kalau dah habis je baru berhenti. Macam orang yang ketagih dadah.

"Tadi mama telefon. Mama beritahu yang nenek ada kat sana dan suruh kita pergi sana. Esok kita pergi eh?"

"Ain okey je. Bila-bila pun boleh," ujar Ainnur senang.

Tak sabar nak jumpa nenek Harridz atau orang biasanya panggil dia Hajjah Maimunah. Mesti dia pun baik macam mama. Yalah, Hajjah Maimunah tukan ibu kepada mama. Mesti bagaimana acuan begitulah kuihnya.

"Nah," Harridz menghulurkan balang kosong kepada Ainnur yang seakan-akan termenung itu.

Balang yang kosong yang berada di tangan Harridz itu Ainnur amati.

'Eh, macam balang kerepek aku.' monolog Ainnur.

Dia melihat sekeliling. Serta-merta kemarahannya menjelma.

'Kerepek aku!' mindanya menjerit.

"Harridz,-" panggil Ainnur lembut.

Harridz yang mendengar panggilan lembut Ainnur kepadanya mula berasa tidak sedap hati. Air liur yang ditelan seakan-akan tersekat dikerongkong apabila dia melihat balang kosong di tangannya itu.

'Mati aku!'

"Ya- ya-" Harridz mula tergagap-gagap.

"Kenapa balang ni kosong? Mana kerepek pisang Ain?" Ainnur bertanya dengan lembut sambil mengacingkan giginya.

Kerepek Kak Timah yang dibelinya dah habis dimakan Harridz. Dahlah kalau nak beli kerepek tu kena tempah dulu dengan Kak Timah. Tambah pula dia MC sebab kaki dia yang berbalut. Lambat lagilah dia dapat bekalan kerepek pisang Kak Timah.

"Ermm- ermm- Harridz dah habiskan," sejurus selesai berkata, Harridz lintang-pukang berlari menyelamatkan dirinya daripada Ainnur.

"Kerepek aku!"

"Maaf, Ain!"

***

Harridz membukakan pintu kereta penumpang buat Ainnur lalu tangan dihulurkan. Ainnur menyambut huluran tangan Harridz lalu mengeluarkan dirinya daripada(?) kereta. Perlahan-lahan mereka berjalan ke arah pintu utama memandangkan kaki Ainnur masih lagi belum pulih.

"Assalamualaikum," Haridz memberi salam.

"Waalaikumussalam,"

Tidak lama kemudian, pintu utama dibuka. Muncul Puan Sukainah dengan sebuah senyuman yang lebar sebelum senyumannya perlahan-lahan hilang dan diganti dengan riak wajah yang risau.

"Ya Allah, Ain! Kenapa dengan kaki kamu tu?" Puan Sukainah menunduk untuk melihat kecederaan yang dialami oleh menantunya itu tetapi segera ditahan Ainnur. Bahu Puan Sukainah dipegang lalu badan Puan Sukainah didirikan semula.

"Ma, Ain tak apa-apa,"

"Kaki Ain terseliuh je tu, ma. Nothing serious," Harridz cuba meyakinkan mamanya.

Ainnur menganggukkan kepalanya, menyokong segala perkataan yang disampaikan oleh Harridz.

"Betul ni okey?" tanya Puan Sukainah inginkan kepastian.

Harridz dan Ainnur menganggukkan kepala perlahan.

"Betul, ma. Don't worry,"

"Jomlah kita masuk. Jalan baik-baik,"

Perlahan-lahan Ainnur berjalan masuk dibantu oleh Harridz. Puan Sukainah sudah hilang ke dapur. Harridz berjalan ke arah sofa apabila dia ternampak kelibat nenek kesayangannya, Hajjah Maimunah. Ainnur ditinggalkan di belakang.

"Nenek!" sergah Harridz.

Sergahan Harridz menyebabkan tangan Hajjah Maimunah terangkat lalu terpukul kepala Harridz.

"Aduh," kepala digosok perlahan bagi mengurangkan rasa kesakitan.

"Nenek! Kenapa pukul Harridz?" rengek Harridz.

"Siapa suruh kamu sergah nenek," Hajjah Maimunah tidak mempedulikan rengekan Harridz lalu menyambung kembali aktiviti menonton televisyen.

"Nek," Ainnur melutut di tepi sofa yang diduduki Hajjah Maimunah lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Hajjah Maimunah walaupun dia mengalami kesukaran untuk melutut kerana kecederaan pada pergelangan kaki kanannya.

Hajjah Maimunah menyambut huluran tangan Ainnur namun wajahnya tidak berpaling memandang Ainnur. Ainnur tunduk mencium tangan tua milik Hajjah Maimunah.

Setelah itu, dia kembali bangun dengan bantuan Harridz.

"Harridz, Ain pergi dapur dulu eh? Nak tolong mama," Ainnur meminta izin Harridz untuk ke dapur memandangkan Hajjah Maimunah seakan-akan tidak mahu melayannya.

Atau, itu hanya mainan perasaannya sahaja?

"Hati-hati," pesan Harridz.

Ainnur mengangguk lalu beredar ke dapur dengan langkah yang kecil dan perlahan. Mata Harridz memandang langkah Ainnur ke dapur sehingga kelibat Ainnur hilang dari pandangannya.

"Sampai hati Harridz pilih perempuan tu berbanding Aira," luah Hajjah Maimunah setelah Harridz mengambil tempat duduk di salah satu sofa di situ.

"Apa yang nenek cakap ni?"




















***

⚫Terima kasih sebab vote dan komen⚫
⚫Maaf atas kekurangan dan kelemahan dalam bab ni⚫

Sayonara,
↪Aisy

ISTERI DIAWhere stories live. Discover now