Chapter 11:
'Talent sets the floor, character sets the ceiling.' – All Great Quotes of The Day.
Zarul membetulkan ikatan tali leher untuk entah kali ke berapa. Dia menarik nafas dalam. Dia sekali lagi menilik wajah di cermin. Menyimpul keyakinan kemas di dada. Dia perlu memastikan pertemuan ini membuahkan hasil.
Derap langkah penuh keyakinan dipanjangkan ke ruang khas pertemuan perniagaan terpenting di dalam sejarah hidupnya. Peluang keemasan ini tidak mungkin datang untuk kali kedua. Dia perlu meraih kepercayaan Tan Sri Hakim. Dia perlukan kerjasama daripada syarikat TN Holdings untuk melebar sayap di Vietnam.
Dia mengambil tempat di meja bulat sambil tersenyum nipis ke arah pekerja restoren yang cekap menghulur menu kepadanya. Dia mengisyaratkan agar menunggu bakal rakan niaganya hadir sebelum memesan menu tengah hari mereka. Selang sepuluh minit kemudian, kelihatan Tan Sri Hakim bersama orang kanannya, Khalid menapak ke ruang bilik eksklusif yang ditempah khas untuk perbincangan dua mata mereka itu. Segera Zarul bangun menyambut ketibaan Tan Sri Hakim.
Tan Sri Hakim mengukir senyum lembut melihat Zarul secara berdepan.
"Hi Tan Sri! It's nice to see you." Zarul menghulur tangan untuk berjabat tangan. Huluran tangannya bersambut erat. Tan Sri Hakim mengangguk-angguk kepala sambil menepuk bahu Zarul beberapa kali. Mata tuanya tidak lepas memerhati wajah Zarul sambil tersenyum penuh makna. Zarul turut membalas senyuman walau terasa sedikit agak pelik dengan layanan mesra Tan Sri Hakim.
"Ha Zarul! Jom duduk!" Tan Sri Hakim melepaskan tangan Zarul dan mula mengambil tempat berdepan dengan Zarul. Sementara Khalid berdiri di belakangnya. Tan Sri Hakim memberi isyarat agar Khalid memberi privasi kepada mereka berdua. Zarul semakin pelik dengan tindakan pemilik TN Holdings. Sangkanya perbincangan ini akan turut disertai CFO, Jeffrey Yap atau En Borhan. Namun, kemunculan Tan Sri Hakim tanpa Jeffrey atau En. Borhan membuatkan dia sedikit tidak senang duduk. Adakah ini bermakna dia perlu bermula dari awal, memberi pembentangan khas kepada Tan Sri Hakim? Dia menarik nafas panjang. Dia sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Menyesal pula tidak menarik sekali Ian dalam pertemuan empat mata ini. Sekurang-kurangnya Ian dapat memberi butiran terperinci jika dia diasak dengan soalan-soalan teknikal tentang projek sulung loji kuasa hidro itu. Bukan dia tidak tahu, namun Ian lebih pakar dalam menerangkan butiran terperinci projek itu. That's his forte.
Selesai memesan menu makan tengah hari, suasana sunyi seketika. Zarul sudah bersedia untuk memulakan bicara. Namun belum sempat berbicara, Tan Sri Hakim sudah melontar soalan.
"Berapa lama awak kenal dengan Ian?" Itu soalan pertama Tan Sri Hakim.
"Oh, kami kawan sejak universiti, Tan Sri! Best buddy since day 1 kami jumpa. Dia bidang engineering. Kami roommate. So, idea nak setup business sama-sama since Uni time. Alhamdulillah. Kami dapat realisasikan cita-cita kami." Tanpa berselindung, Zarul senang bercerita tentang rakan niaga merangkap teman baiknya itu. Selain Izwan Fadli, Ian adalah kawan baiknya yang selalu bersama ketika susah dan senang.
"Dan bagaimana dengan Datuk Zaki? Dia terlibat dalam syarikat kamu?" Soalan tidak terduga itu membuatkan Zarul sedikit terkedu. Terperanjat. Dia tidak terfikir langsung Tan Sri Hakim menyangka bahawa syarikat IZ Inc didokong oleh Datuk Zaki. Zarul membetulkan duduk sebelum menjawab tenang soalan cepu emas itu.
"No Tan Sri. My dad is not involve in my company. We're totally independent from Teraju Holdings." Tan Sri Hakim kelihatan mengangguk-angguk kepala tanda faham. Sementara Zarul menarik nafas lega.
"Good! Bukan senang nak berjaya dalam perniagaan. Tambah lagi, kamu masih muda. Good job, young man!" Pujian ikhlas yang keluar dari mulut Tan Sri Hakim membuatkan Zarul mengukir senyum. Sedikit bangga kerana pencapaiannya memacu perniagaan bersama Ian turut diakui tokoh perniagaan terkenal sehebat Tan Sri Hakim.
"Terima kasih, Tan Sri! Masih banyak yang saya perlu belajar. Terutama daripada orang berpengalaman seperti Tan Sri!." Mendengar tutur merendah diri daripada Zarul membuatkan Tan Sri Hakim tersenyum senang. Mata tuanya tidak akan silap menilai. Anak muda di depannya ini berkarisma dan berprinsip.
"So, dah berapa lama kamu kenal Zara?" Tanpa berselindung, Tan Sri Hakim melontar soalan. Zarul kelihatan terkejut besar. Mulutnya sedikit terlopong mendengar soalan Tan Sri Hakim sehingga membuatkan Tan Sri Hakim mengulang soalan untuk kali kedua.
Terasa kelat air liur di dalam mulut Zarul. Dia meneguk air kosong beberapa teguk. Cuba menenangkan diri. Zara? As if Zara Aleeya? The girl that he saved? Ligat otak Zarul cuba mencerakin kaitan Zara dengan Tan Sri Hakim. Dia keliru. Dia tidak pasti apa yang ingin diketahui oleh lelaki separuh abad di depannya itu.
"Excuse me, Tan Sri. Kenapa dengan Zara? Are you asking about Zara...? Zara Aleeya? Perempuan yang saya selamatkan tempoh hari?" Zarul tidak suka meneka. Dia perlu mencari kepastian.
Tan Sri Hakim mengelap mulut dan meletakkan napkin ke atas meja. Dia sekali lagi mengukir senyum penuh makna.
"Ya. Zara Aleeya." Pendek jawapannya.
Raut wajah Zarul berubah serta merta. Bagai dapat mencerakin maksud bicara Tan Sri Hakim.
"Zara Aleeya Hakim..." Sebaris ayat itu meniti perlahan di bibir Zarul. Sementara Tan Sri Hakim masih tersenyum sinis menatap reaksi Zarul. Sinar mata Zarul naik memerhati raut wajah Tan Sri Hakim. Ya! Ada iras wajah Tan Sri Hakim yang diwarisi gadis bernama Zara. Zarul semakin pasti dengan telahan fikirannya.
"Zara anak Tan Sri?" Dia tidak ingin terperangkap dalam kegelapan. Ini bukan caranya berurusan dengan orang sepenting Tan Sri Hakim.
Tan Sri Hakim mengangguk kepala mengiakan telahan Zarul. Dia ketawa lepas melihat reaksi Zarul. Jelas pemuda di depannya ini tidak menyangka bahawa gadis yang diselamatkannya tempoh hari adalah puteri kesayangan bakal rakan niaganya.
"Terima kasih kerana kamu selamatkan Zara tempoh hari Zarul! I really appreciate it!" Tan Sri Hakim akhirnya meluahkan perasaan terhutang budinya. Dia tidak suka terhutang budi. Namun, benda sudah terjadi. Tiada apa yang dapat dilakukan olehnya lagi melainkan mengucapkan terima kasih dan menghargai pertolongan yang ditabur.
"Oh! It's really nothing, Tan Sri. I was so happen to be there. Nasib baik Zara selamat." Zarul akhirnya faham maksud pertemuan mereka berdua. Bukannya akan menjurus ke arah perbincangan kerjasama dua hala syarikat mereka. Segaris rasa kecewa menjalar di dalam dirinya. Tidak sangka dunia ini begitu kecil. Ini silap dirinya kerana tidak menyiasat lebih dalam tentang Zara. Sungguh dia tidak sangka Tan Sri Hakim adalah bapa Zara Aleeya. Dia rasa sangat bodoh secara tiba-tiba. Pasti Tan Sri Hakim curiga akan tindakannya kerana menyelamatkan Zara dan pada masa yang sama syarikatnya sedang cuba memeterai kerjasama. Dia rasa tidak senang duduk. Terasa pandangan penuh makna Tan Sri Hakim sewaktu di awal pertemuan tadi terselit rasa curiga. Zarul mula terfikir peluang untuk mereka bekerjasama semakin tipis. Dia tidak suka di salah anggap.
"We should get together more often! Zara would love to see you again, Zarul!" Suara Tan Sri Hakim membawa Zarul ke alam realiti. Zarul sudah berkira pertemuan mereka kali ini tidak akan berhasil. Dia tidak suka mencampur adukkan urusan kerja dengan hal peribadi. Sesuatu melibatkan Zara Aleeya membuatkannya terasa cukup peribadi untuk dirinya. Namun berdepan dengan peluang untuk berurus niaga dengan bapa kepada si gadis yang berjaya mengusik hati lelakinya membuatkan dia sedikit tidak selesa.
"Huh! Okay, Tan Sri." Dengan berat hati, Zarul terpaksa memaniskan wajah untuk menyembunyikan kocakan di hatinya.
Sekali lagi Tan Sri Hakim tersenyum penuh makna. Dia semakin pasti dengan rancangan yang berlegar dibenaknya itu.
*****************************************************************
Hello dear! Hope you all like this new chapter!
YOU ARE READING
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)
RomanceGenre: Action, Romance (Highest rank: #9) Zara terperangkap dalam kenangan silam. Zarul bersumpah tidak akan mencintai sesiapa setelah cintanya berkecai ditengah jalan. Tan Sri Hakim perlukan pewaris untuk memacu empayar perniagaan. Dia merancang un...