Hari Majlis
Ahli keluarga Knight, Princess, ahli keluarga Princess, Dyan dan seluruh keluarga dia telah berkumpul di Monica Hotel bagi melaksanakan majlis pelancaran hotel yang baru dibuka di cawangan Malaysia. Majlis bermula di padang dan semua berkumpul di sana. Bermula dengan ucapan Nenda Dyan sebagai Presiden dan Penaung Monica Hotel dan seterusnya ke acara horse riding pedang. Semua memberikan tepukan gemuruh. Setelah acara selesai, kesemua ahli horse riding menaiki pentas yang disediakan di padang dan membuka helmet dan topeng mereka. Ternganga semua yang ada disitu termasuk Knight dan adik-adiknya. Firdaus adalah ketua bagi horse riding kerana hanya dia seorang lelaki. Knight masih lagi kaku sebab terkejut dan mereka kemudiannya berarak ke dewan. Ahli horse riding ke bilik persalinan bagi menukar pakaian.
Acara seterusnya adalah balet dan acara itu juga selesai dengan gemilangnya. Majlis pelancaran tersebut telah berjalan dengan lancar dan tamat di sebelah petangnya. Semua yang ada disitu memberikan ucapan tahniah dan mengucapkan syukur kerana majlis itu sangat meriah dan lancar. Semua telah pulang kecuali Knight dan keluarganya serta Princess dan keluarganya. Mereka semua diminta berkumpul di sebuah bilik khas yang muat untuk menempatkan semua orang. Semua telah berkumpul dan mereka hanya menunggu Princess, Cutetiger dan Blacklion kerana mereka perlu menyelesaikan tugas mereka. Tak lama selepas itu ketiga-tiga kumpulan itu masuk.
"Maaf semua kerana kami terlambat. Ada perkara yang kami perlu selesaikan. Nenda, ini laporan untuk majlis ini dari persiapan sehingga majlis ini selesai seperti yang Nenda minta." ucap Dyan dengan sopan.
Knight terkejut dengan kata-kata Dyan.
"Tahniah cucunda-cucunda sekalian. Tahniah juga kepada Princess. Terima kasih untuk semuanya. Nenda akan semak laporan ini nanti. Ada perkara yang lebih penting daripada ni yang IbuBapa kamu ingin beritahu." kata Ku Lisa dengan senyuman manis dibibirnya.
"Terima kasih Nenda dan sama-sama. Perkara penting? Boleh Dyan tahu apa bendanya?" tanya Dyan lembut.
Dyan dan Princess memandang ibu bapa masing-masing. Pelik dengan raut wajah ibubapa mereka. Tanpa disedari Knight ternampak sesuatu di jari manis milik Princess dan Princess ternampak cincin di jari manis milik Knight yang sama dengan pasangan masing-masing. Ye, cincin yang sama dengan ada di jari mereka. Masing-masing memandang satu sama lain.
"Please Kings and Queens, Nenda ada apa ni? Kenapa kena kumpul dekat sini? Ada apa-apa yang all of you sembunyikan dari kami ke?" tanya Clara tanpa nada.
"Behave Clara Aulia!" kata Dyan tegas meskipun dia sendiri menahan rasa.
"A'ah. Ada apa-apa nak beritahu kami ke?" tanya Puteri pula menghiraukan amaran Dyan.
"Papa Is dan semua yang ada dekat sini ada something nak bagitahu terutama Knight dan Princess. Papa harap kamu semua dapat terima tak kira setuju atau tidak. Bantahan tidak diterima." Iskandar memulakan bicara.
"Daddy Am setuju dengan kata-kata Papa Is tadi." sampuk Arqam.
"Apa maksud daddy?" tanya Ryan bersahaja.
"Kami semua nak satukan Knight dan Princess waktu cuti pertengahan nanti. Mummy Maya dah bincang dengan yang lain. Untuk pengetahuan semua, kamu semua sebenarnya dah bertunang sejak dahulu lagi sebulan setelah Princess berangkat ke Los Angeles." kata Maya lembut.
"What? Bertunang? Kami semua masih lagi budak sekolah. Baru tingkatan 5 King and Queen." bantah Elly.
"Betul tu. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba kami dah bertunang. Macam mana benda ni boleh berlaku?" keluh Dyan lemah.
YOU ARE READING
PRINCESS
Teen Fiction5 sekawan perempuan iaitu Dyan, Puteri, Aisha, Clara dan Elly dikenali sebagai Buddiez/Princess yang datang dari keluarga yang berada merupakan pelajar Berlian High School yang mana sekolah tersebut merupakan sekolah private khas untuk golongan bera...