Prolog

129 14 0
                                    

Di Colour World, terdapat pelbagai negeri yang indah dan aman. Colour World juga terdiri daripada pelbagai jenis Kingdoms. Antaranya ialah Cerulean Kingdom, Violet Kingdom, Marmalade Kingdom, Ruby Kingdom, Walnut Kingdom, Jade Kingdom , Rogue Kingdom, Olive Kingdom. Setiap Kingdom ditadbir oleh seorang raja. Setiap Kingdom ada keistimewaan yang tersendiri. Dan makna Kingdom itu sendiri mewakili gambaran sesebuah Kingdom. Cerulean Kingdom merupakan Kingdom utama di Kingdom World.

Cerulean Kingdom ditadbir oleh golongan kerabat diraja. Negara ini juga merupakan negara yang paling berkuasa kerana pengaruhnya yang kuat, sistem pentadbiran yang sistematik dan  keadilan seorang raja dalam memerintah sesebuah negara.

Allah sebagai tuhan, Rasulullah sebagai rasul, Al Quran dan As sunnah sebagai sumber rujukan, Islam sebagai agama rasmi  merupakan asas Cerulean Kingdom. Cerulean Kingdom mengamalkan sistem perundangan islam dalam pemerintahan negaranya.


Apabila seseorang itu diberi amanah untuk memimpin bermakna dia akan dipertanggungjawabkan ke atas apa yang dipimpinnya pada hari pengadilan kelak.

Tatkala itu pemimpin Cerulean Kingdom ialah Tengku Muhammad Al Razi B. Raja Muhammad Al Farabi.

Baginda memerintah Cerulean Kingdom setelah kemangkatan ayahandanya, Raja Muhammad Al Farabi. Di sisinya pula, seorang isteri yang hanya rakyat biasa namun peribadinya yang mulia menarik hatinya untuk dijadikan isteri, tulang rusuk kaum Adam.

Wanita itu merupakan anak kepada seorang imam di masjid besar Cerulean. Namanya sangat indah seperti nama isteri Rasulullah yang pertama. Wanita itu ialah Nur Khadijah As Suffiyah . Nama itu secantik nama tuannya. Iris matanya berwarna campuran, violet Cerulean kerana bapanya merupakan rakyat Cerulean dan ibunya rakyat Violet.

Perkahwinan antara mereka berdua direstui oleh ibu bapa masing masing. Cinta yang terbit dari suatu ikatan yang suci. Dari situ juga lahirnya zuriat pertama mereka, Puteri Nur Nayli Ellyana.
Membesar sebagai seorang puteri yang ceria namun sedikit kasar. Wajahnya sama seperti bondanya kecuali iris sahaja yang ikut Ayahandanya.

Pada ketika itu , lengkaplah keturunan diraja Cerulean Kingdom yang ditadbir oleh Tengku Muhammad Al Razi. Tapi ...cukupkah hanya seorang puteri untuk kerajaan Cerulean ?

Kerajaan Cerulean memerlukan seorang putera sebagai pewaris takhta. Pewaris takhta untuk dijadikan seorang pemimpin. Raja kepada Kerajaan Cerulean kelak.

Dedicated to:
khaaadjh
zombae-
tira1202

KING behind the shadow Where stories live. Discover now