"Banyakkan bersabar dengan mereka, Knight. Ini adalah ujian untuk korang. Mereka masih lagi berada dalam keadaan penuh rasa bersalah pada arwah kak Airish dan trauma." Ada suara yang mereka kenali menegur mereka. Dan ya, tekaan mereka benar. Firdaus! Knight memandang insan-insan dihadapan mereka.
"Fir! Maksudnya? Yang lain ni siapa?" tanya Ryan terkejut.
"Hai abang Knight! Takkan bakal adik ipar sendiri tak kenal." tanya Edmund tersenyum. Terbuntang mata Knight akibat terkejut. Menyengih mereka berempat memandang Knight.
"Edmund, jangan buat lawak boleh tak. Macam mana nak kenal? Kalau diaorang buat background check pada kakak kita, diaorang takkan dapat maklumat sangat. Kau dah lupa ke? Aku hempuk juga karang." marah si kembar.
"Dah! Dah! Wyn, kau macam tak kenal kembar sendiri pula. Kan Edmund tak kena hempuk kau yang kena hempuk kang." marah Erfan.
"Dahla korang. Sorry abang-abang sekalian. Kenalkan, sebelah kiri Fir ni Erfan, adik kak Lia, sebelah kanan ni Edmund dan kembar dia Edwyn, adik kak Elly." kata Firdaus.
"Maksud kami tadi luka di hati diaorang masih berdarah. Susah untuk disembuhkan. Diaorang salahkan diri diaorang dengan apa yang terjadi. Terutama sekali kak Sha." terang Erfan.
"Kak El pun sama. Kami tanya adik kak puteri dan keluarga kak Aisha tentang mereka berdua, mereka bagitahu benda yang sama." sambung Edwyn serius.
"A'ah, melihat mereka macam tu terlalu menyakitkan hati kami. Tapi bila ibubapa kami dan abang bagi cadangan kepada untuk kahwinkan abang dengan diaorang, kami semua terkejut. Jujur kami tak tahu abang boleh bantu ke tak tapi dari apa kami lihat, susah untuk abang 'handle' diaorang buat masa sekarang." jujur Edmund bersuara.
"Yup. Kami tahu abang perlukan bantuan sebab tu tadi masa Fir nampak abang ikut kakak ke PR waktu nak hantar ubat dia, Fir dan Akma terus ke tempat Kak Erin. Hanya Kak Erin yang boleh masuk PR selain Princess. Nampaknya abang dah tahu apa yang berlaku tapi abang nampak sedih. Jadi kami datang temui abang." terang Firdaus.
"Mereka perlukan sokongan abang. Kami yang sentiasa ada dengan diaorang sejak kejadian tu berlaku ditambah dengan peristiwa semasa yang berlaku sepanjang mereka dekat sana, jadi kami tahu apa yang berlaku pada diaorang dari semasa ke semasa. Kami selalu temui mereka setiap kali cuti sekolah. Apa yang mereka buat dan rasa terlalu pahit." sambung Erfan.
"Jadi kami harap, abang banyakkan sabar especially Kak Dyan dan Kak Elly. Mereka nampak je kuat tapi mereka yang paling lemah. Abang Aiman jujur Edmund cakap, tak pernah sekali pun mereka tak rasa bersalah sebab pergi tanpa jumpa abang tapi mereka tak sanggup nak tengok abang sedih sebab mereka. Jadi tolong sangat-sangat, jangan marahkan diaorang." kata Edmund sayu.
"Be strong for them. But jangan push diaorang. Let them do who they want as long benda tu tak salah. Good luck dengan Princess. Kami harapkan abang-abang sekalian. Bring back our lovely Princesses. Assalamualaikum." kata Edwyn dan berlalu pergi dengan yang lain. Begitu juga Knight.
VILA KNIGHT
Setelah pulang, Knight berkumpul di ruang tamu. Apa yang dikatakan oleh 4 jejaka tadi bermain di fikiran mereka.
Knight POV
"Guys, aku... haih. Berat apa yang Princess dedahkan tadi." kata Qal.
YOU ARE READING
PRINCESS
Teen Fiction5 sekawan perempuan iaitu Dyan, Puteri, Aisha, Clara dan Elly dikenali sebagai Buddiez/Princess yang datang dari keluarga yang berada merupakan pelajar Berlian High School yang mana sekolah tersebut merupakan sekolah private khas untuk golongan bera...