Mr. STONE COLD
Chapter 12
Bodyguards“Never assume that loud is strong and quiet is weak.” – All Great Quotes of The Day
Berkali- kali Zara mengingatkan diri, hidup ini adalah ujian dari Ilahi. Kemelut di jiwa perlu dihadapi dengan kekuatan iman di dada. Kekadang dia alpa, berkeluh kesah menangisi ketentuan takdir Ilahi. Betapa lemah imannya. Sekali lagi penyesalan menyentak hebat ruang hatinya. Dia mencapai iPhone dan membuka aplikasi IslamPro. Surah Ar-Rahman dibaca perlahan. Setiap maksud ayat dicerakin lama. Betapa dia insan yang lupa untuk mensyukuri nikmat Tuhan. Segala-galanya mudah untuknya. Nikmat apa lagi yang dia ingin dustakan?. Kehilangan Ammar adalah cubaan terbesar di dalam hidupnya. Sering kali dia mempersoalkan takdir Tuhan, sedangkan dia tahu rezeki, jodoh dan maut ditangan Tuhan. Siapa dia untuk menidakkan. Menangis air mata darah sekalipun, tetap Ammar tidak akan kembali lagi dalam hidupnya. Dia perlu tabah menempuh dugaan kehidupan. Ingin benar dia meminjam diri Zarul di dalam ilusi, membayangkan kehadiran pemuda itu untuk menghalau kerinduan terhadap arwah Ammar. Biar sesaat cuma, dia mendambakan kehadiran seseorang untuk menghalau kesepian yang bermukim lama di hatinya. Berlapang dada, itu yang perlu Zara lakukan. Selesai membaca surah Ar-Rahman, dia akhirnya berkeputusan untuk pulang ke rumah.
Dia sesekali membalas senyuman mesra beberapa pekerja TN Holdings. Sampai di ruangan parking, dia memerhati suasana sekeliling. Kelihatan kelibat seorang lelaki bertubuh tegap berpakaian suit lengkap dan berkaca mata hitam berdiri sedikit jauh, memerhati Zara. Dia agak terperanjat. Hatinya mula rasa tidak sedap. Segera dia melangkah masuk ke dalam perut CX-5 miliknya. Dia cuba menenangkan perasaan takut. Apa yang perlu dibuat? Dia cuba menyedapkan hati. Barangkali itu hanya perasaan takutnya sahaja. Kesan cubaan culik yang masih menghantui setiap gerak langkahnya. Dia memecut kereta keluar dari kawasan parking. Tujuan asal untuk pulang ke rumah dibatalkan. Sebaliknya dia menukar destinasi, memandu ke arah balai polis terdekat. Kelihatan keretanya masih diekori oleh dua orang lelaki yang bersuit hitam itu. Dia semakin takut dan bimbang. Zara menekan iPhone, cuba menghubungi Papa namun gagal dihubungi. Berkali-kali mencuba, dia mengeluh kecewa.
Zarul! Tanpa berfikir panjang, dia mendail nombor telefon Zarul. Tidak perlu menunggu lama, panggilannya bersahut di hujung sana.
“Hello Zarul! Help me!!” Cemas suara Zara meminta pertolongan. Sambil matanya tidak lepas memerhati kereta hitam yang masih lagi mengekorinya sejak tadi.
“Help me! Tolong saya... ada orang....” Zara semakin panik. Dia menelan air liur kelat berkali-kali. Terasa kering mulut. Dadanya hampir pecah diasak ketakutan. Nafasnya pendek. Singkat. Kalut.
“Calm down, Zara! Tell me what happen?” Zarul bersuara tenang, cuba menenangkan Zara yang jelas panik dan cemas itu. Mendengar suara tenang milik Zarul membuatkan Zara sedar, dia terlalu kalut dan panik sekarang.
“Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan. Then tell me what happen?” Zarul memberi arahan, cuba membantu Zara. Dia tidak tahu apa yang terjadi sekarang. Dia perlukan lebih info untuk menghulur bantuan. Sementara Zara mengikut arahan Zarul. Dia menarik nafas panjang dan menghembus nafas berkali-kali. Cuba menenangkan diri sendiri. Namun matanya masih tidak lepas memerhati kereta hitam yang masih mengekori CX-5 miliknya melalui cermin pandang belakang.
“Zara?! Are you still there?” Kini suara Zarul pula yang kedengaran sedikit cemas. Maklumlah tiada reaksi daripada Zara.
“Yes! I’m here. I need you. Ada orang tengah follow kereta I sekarang. I takut.” Cepat Zara memberitahu situasi sebenar. Dia takut kejadian culik minggu lepas akan berlaku lagi.
“What?? Where are you, now?” Jelas panik suara Zarul di hujung talian.
“I’m on my way to the nearest police station. I takut nak balik rumah.” Zara memberitahu rancangannya. Hanya itu tindakan pantas yang terlintas di benak fikirannya. Setelah gagal menghubungi Papa, hanya nama Zarul yang muncul di minda.
“Great! You go straight to police station. I’ll see you there!” Pantas Zarul memberi arahan.
“O.k” Zara sedikit lega mendengar kesanggupan Zarul untuk datang menemuinya di balai polis. Dia perlukan seseorang untuk memberi sokongan.
“Wait! Balai polis mana?” Zarul bertanya, sambil tangannya ligat memutar stereng SUV miliknya. Dadanya bergetar hebat mendengar suara panik Zara. Hanya satu yang ingin dia lakukan, iaitu berada hampir dengan Zara. Dia perlu memastikan Zara selamat. Baru dia boleh menarik nafas lega.
“Balai polis Dang Wangi” Zara memberitahu destinasinya.
“O.k. See you there. I’m on my way!” Zarul memecut kereta ke destinasi. Di sepanjang pemanduannya, dia memanjat doa agar tiada kejadian buruk menimpa Zara. Masa dirasakan bergerak perlahan. Trafik yang sesak kerana banyak kereta hendak pulang ke rumah masing- masing semakin membuatkan Zarul hilang sabar. Dia resah. Gelisah.
Hampir 30 minit terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas, barulah Zarul sampai ke balai polis Dang Wangi. Laju dia melangkah mencari kelibat Zara. Melihat susuk tubuh tinggi lampai milik Zara sedang bercakap dengan seorang anggota polis dan dua orang lelaki bersuit hitam lengkap membuatkan Zarul menarik nafas lega. Dia berjalan merapati mereka yang sedang rancak bercakap. Matanya tidak lepas memandang wajah putih mulus milik Zara. Tiada riak takut atau panik yang terpancar diwajah Zara. Ketika langkahnya hampir tiba di tempat Zara berdiri, mata gadis itu dapat mengesan kehadirannya. Segera Zara mengukir senyuman ceria. Cantik!
“Oh Zarul. I’m so sorry terpaksa menyusahkan you.” Zara bergerak mendapatkan Zarul. Kedua lelaki bersuit hitam serta pegawai polis yang sedang bercakap tadi turut mengalih pandangan ke arah Zara dan Zarul. Zarul memerhati wajah Zara tanpa berkata apa-apa. Matanya kemudian kalih pandang ke arah kedua lelaki bersuit hitam itu.
“Are you okay, Zara?” Zarul kembali memusatkan seluruh perhatiannya terhadap Zara yang sedang mematahkan jemarinya. Barangkali serba salah.
“Saya okay. Ini semua salah faham. They’re my bodyguards. I don’t know about them. Papa tak beritahu saya...” Dengan penuh rasa serba salah, Zara menerangkan hal sebenar. Zarul mengangguk faham. Lega kerana Zara selamat. Hatinya tenang dapat menatap sendiri Zara di depan mata.
“Oh.... I see.” Hanya itu yang keluar dari mulut Zarul. Dua pengawal peribadi Zara mula menghampiri mereka berdua. Salah seorang pengawal peribadi Zara menghulurkan tangan. Segera Zarul menyambut sambil tersenyum nipis.“Saya J dan ini Lan. Kami pengawal peribadi cik Zara.” Lelaki tinggi berkulit sawo matang itu memperkenalkan diri.
“You shouldn’t scare her!” Tegas suara Zarul menegur kesilapan mereka berdua. Kelihatan J dan Lan mengangguk faham. Mengerti kesalahan mereka yang membuatkan salah faham ini terjadi.
“It’s okay, Zarul. I yang tak tahu pasal ni..” Zara mencelah. Tidak mahu perkara ini berpanjangan pula nanti.
“Kenapa Papa you tak beritahu pasal your bodyguards, Zara? What happen?” Zarul mencari jawapan daripada Zara. Kelihatan Zara sedikit tidak selesa disoal oleh Zarul di depan dua pengawal peribadinya.
“Zarul, I’m sorry again. I’ll let you know, later ya.” Jelas Zara tidak selesa untuk berterus terang. Zarul mengeluh hampa. Dia tidak suka dibiarkan tertanya-tanya. Namun dia sedar, mungkin ada cerita di sebalik keengganan Zara untuk berterus terang sekarang. Dia sekali lagi mengeluh kasar.
“O.k. Let’s go! I hantarkan you balik.” Tegas Zarul memberitahu Zara.
“Tapi, kereta saya...?” Suara Zara menghentikan langkah Zarul yang sudah bergerak beberapa tapak ke depan. Zarul memusingkan badan sambil bercekak pinggang. Sedikit kurang sabar.
“Give it to your bodyguards. Let one of them drive your car home. We need to talk!” Tanpa berlengah, Zara menghulurkan kunci keretanya kepada J dan mempercepatkan langkah mengekori Zarul yang sudah menunggu di depan SUVnya itu. Zara menelan air liur kelat berkali-kali. Tidak dapat mengagak perasaan jejaka di depannya itu. Marahkah Zarul kerana Zara menelefonnya tadi? Adakah Zarul tidak suka menolong Zara? Adakah tindakan Zara menyusahkan Zarul?
😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶
Hello girls!!! Hope you all like this new chapter! What do u think will happen after this? Dont forget to vote ya.😙😚😚😚😗😗😗😘
YOU ARE READING
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)
RomanceGenre: Action, Romance (Highest rank: #9) Zara terperangkap dalam kenangan silam. Zarul bersumpah tidak akan mencintai sesiapa setelah cintanya berkecai ditengah jalan. Tan Sri Hakim perlukan pewaris untuk memacu empayar perniagaan. Dia merancang un...