TAKDIR ATAU JODOH

219 19 0
                                    

"Kita putus, Bae.."


Bae tergamam. Dirinya bagaikan dipanah petir. Gadis muda berusia 22 tahun itu terduduk di atas katil bilik tidurnya. Pandangannya bergenang, hatinya begitu sakit, remuk dan hancur. Mesej ringkas yang diterima daripada Eddie yang dikasihinya itu benar-benar membuatkan dirinya lemah. Hasratnya untuk menyampaikan berita tentang tamatnya hubungan di antara kekasih lamanya kepada Eddie terkubur begitu saja.

Bae, pelajar Universiti jurusan Diploma Perakaunan itu kini sedang berada di akhir puncak semester sebelum menamatkan pengajian sebagai seorang graduan. Dia terpaksa mengulangi beberapa subjek akibat gagal mencapai paras markah yang sepatutnya.

Ternyata gadis itu tidak dapat mengawal kesedihannya. Dia cuba untuk mendapatkan penjelasan dari Eddie.

"Kenapa???"

"Ko cari la lelaki yang lebih baik , Bae..."

"Sampai hati kau buat saya macam ni, Ed.. Kenapa? Apa sebab?"

Diam.

"Kami terlanjur...."

DUGGGG!!!!!!

Jantung Bae bagaikan dicarik-carik. Nafasnya tersekat. Dunia dirasakan begitu gelap. Dia sudah tidak larat untuk meneruskan pertanyaan. Air mata mencurah jatuh membasahi pipi. Esakan tangisannya sudah tidak tertahan lagi. Tubuhnya terkulai lemah meratapi keadaan.

2 TAHUN YANG LALU...

Buat pertama kalinya, Bae yang berusia 20 tahun itu mengorak langkah memasuki alam Menara Gading dan memulakan kehidupan sebagai seorang dewasa muda. Jurusan yang dipilih merupakan pilihan keluarga namun Bae tidak mempunyai sebarang masalah untuk menurutinya kerana baginya pilihan keluarga adalah yang terbaik.

Tahun pertama semester merupakan tahun yang begitu menyeronokkan bagi gadis itu. Ketika itulah dia cuba untuk mengenali dirinya sendiri dan membentuk keperibadian yang sepatutnya dimiliki oleh seorang Mahasiswi.

Keputusan CGPA Bae pada tahun pertama begitu memberangsangkan, pertama kali mendapat anugerah dekan, aktif dengan kelab persatuan dan menjadi antara pelajar elit di kelasnya. Bae tidak pernah melupakan asal-usulnya yang berasal dari kampung dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan nilai positif hasil didikan orangtuanya.

Masuk tahun kedua, Bae mula berkenalan dengan seorang pemuda bernama Alyan yang dikenalinya melalui sebuah laman sosial. Pemuda tersebut berusia 24 tahun dan sedang dalam tahun terakhir pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan di sebuah institusi tempatan di tanah Semenanjung.

Sepanjang perkenalan mereka, Alyan begitu mengambil berat akan diri Bae dan sering berkomunikasi melalui telefon. Mereka belum pernah bertemu atas sebab masing-masing masih fokus dengan pelajaran dan belum ada masa untuk bersua muka.

Sehinggalah pada suatu hari, Alyan akhirnya balik ke kampung halaman sempena cuti semester dan berhasrat untuk bertemu dengan Bae buat julung kalinya.

"Bae, sia di kampung sudah. Baru balik kemarin. Sia rindu ko, oh. Bila ko boleh jumpa sia?" tanya Alyan melalui telefon.

"Ko di Sabah sudah ka?"

Bae berasa sangat girang. Akhirnya dia bakal berhadapan dengan kekasih hati setelah hampir 6 bulan bercinta jarak jauh tidak bertemu.

JODOH ATAU TAKDIR Where stories live. Discover now