BAB 28

211 10 4
                                    

Selepas kejadian pada malam itu, akhirnya Ayuni dan Zahiem mengambil keputusan untuk berbaik dan berjanji untuk meneruskan perkahwinan mereka hingga ke Jannah, InshaaAllah. Mereka juga saling jujur dengan perasaan masing-masing.

"Ayuni Zahira, aku sayang kau..... dah lama, tapi aku ego... Aku tak percaya apa yang Allah takdirkan untuk aku. Aku sendiri yang tak reti bezakan yang kau sedang ikhlas atau kau sedang mempermainkan aku..." -ucap Zahiem penuh ikhlas dan kasih sayang buat Ayuni terkelu dan hanya mendengar luahan suaminya.

"Aku pernah sukakan dan cintakan kau masa kita kenal dulu..... tapi kau tolak. Kau ingat aku mainkan kau kan? Tapi aku sedang ikhlas waktu tu nak berkawan dengan kau. Kau cakap kau tak minat polis sebab polis hensem, takut nanti cepat curang. Aku terhibur waktu tu, aku happy dapat berkenalan dengan kau...." -cerita Zahiem sambil mengengam jari-jemari Ayuni.

"Satu hari, aku dah putus asa ambil hati kau. Kau tetap tolak aku. Kecewa? Waktu tu aku tak rasa sangat sebab kau sombong. Kemudian, aku dapat seorang wanita yang so-so kecantikkan dia, perangai dia pun kadang-kadang buat aku bosan iaitu Fariha, perempuan yang kita jumpa di McD Penang haritu." -sambung Zahiem.

"Ye, saya tahu. Saya tahu yang dia bukan sekadar bekas girlfriend awak, tapi bekas tunang awak jugak kan? Kenapa putus?" -tanya Ayuni dalam nada selamber, tapi tekankan perkataan bekas.

"Wow, mana kau tahu? Kau stalk aku ke?" -tanya Zahiem terkejut sebab isterinya tahu pasal bertunang padahal dia tidak pernah bagitahu orang luar.

"Selepas awak update moment gambar awak dengan Fariha, saya terus stop kacau awak. Saya takut saya jadi perampas sebab masa tu saya simpan perasaan dekat awak. Macam awak sedia tahu, saya akan dapatkan apa yang saya nak. Tapi selepas awak 'macam' warning saya yang awak dah ada girlfriend, saya terus hide everything dari awak." -terang Ayuni jelas.

"Lepas berbulan jugak lah kita tak contact each other dan saya sure masa tu awak sedang bahagia bersama dia, ibu dan Zamira datang berjumpa dengan saya dekat cafe. Sebelum berjumpa tu, Zamira ada contact saya melalui Wechat dan katanya dia ambil ID Wechat saya dalam phone awak. Siap stalk lagi apa kita pernah chatting. Siap cerita lagi awak selalu merungut yang saya tak balas chat awak sebab busy belajar." -jelas Ayuni sambil mengejek suaminya.

"Ibu dan Zamira datang cara yang baik dan mereka terus terang dengan saya apa yang terjadi. Saya tak sampai hati nak tolak permintaan ibu, saya bagi alamat rumah abah dan mama. Saya juga minta masa dekat ibu nak buat solat istikarah dan awaklah jawapan istikarah saya." -cerita Ayuni tenang dan tersenyum.

Zahiem yang sebak mendengar isterinya bercerita, kemudian memeluk isterinya dengan erat.

"Abang... abang minta maaf sayang...... kalau abang tak ego, kita mesti dah bahagia. Abang minta maaf..." -terburai air mata seorang lelaki. Zahiem menangis teresak-esak sambil meminta maaf pada isterinya. Ayuni juga turut sebak dan tersenyum melihat keadaan suaminya yang menyesal. Dia bahagia.

Kringggg!!! Kringggg!!! Kring!!!

Ayuni mengesat matanya sambil mencapai Iphone 7Plusnya melihat siapa yang sedang menghubunginya awal pagi buta ni. Padahal mata hari sudah terbit 2 jam dah.

"Hello babe. Hang kat mana? Aku Whatsapp hang semalam hang bluetick? Lepastu aku call, baru sekarang jawab? Hang pi mana? Tak sihat ka? Hang kat mana sekarang? Hang ok dak? Kan aku dah pesan apa-apa call aku, hang tak sayang aku ka? -sembur Nina geram dengan sahabat baiknya itu. Sampai hati Ayuni buat tak tahu dengan dia.

"Woi, apa ni? Pukul berapa dah sekarang?" -tanya Ayuni ringkas.

"Wahai sahabatku, its 8.32am!! Where are you going from last night?!" -tanya Nina berbaur marah sebab sahabatnya seperti mamun lagi.

"Seriously? Ya Allah terlajak tidur! By the way, aku okay je lah. Aku kat rumah kondo lah sekarang dengan suami aku. Aku balik semalam, nanti aku cerita dekat hang everything. Dont worry okay?" -pesan Ayuni.

"Ohh patutlah aku dipinggirkan, ada suami di sisi. Tak sabar aku nak kahwin. Yelah, hang memang kena cerita semua benda dekat aku nanti!" -balas Nina gatal versus serius.

"Ye sayang, nanti aku cerita ye? Izinkan aku pergi mandi boleh? Anddddd boleh tak aku tak pergi cafe harini? Please... cover aku?" -pujuk Ayuni manja.

"Tutt.... Tuttt... Tut..." -Nina sengaja.

"Ala, tak boleh takpe la, sejam lagi aku masuk kerja." -rajuk Ayuni.

"Mengada lah hang. Tak bankrupt pun cafe tu kalau hang tak masuk sehari lagi.... Tapi lusa hang kena datang jugak sebab ada client nak jumpa, ingat?" -pesan Nina.

"Thanks ingatkan. I love you. See you lusa okay? Muah! Assalamualaikum." -ucap Ayuni mengada dan terus matikan telefonnya.

Em......muahhh!!

"Ape awak ni, bangun-bangun kiss orang?" -rajuk Ayuni sambil mengelap pipinya.

"Awak? Orang? Biarlah, abang dah dapat lebih dari kiss tu malam tadi. Terima kasih sayang, thanks for everything, thanks terima abang semula, dan sentiasa menghormati abang. Semoga Allah memberkati perjalanan dan hubungan kita berdua hingga ke syurga. Tak sabar nak jadi papa!" -ujar Zahiem ikhlas dan teruja.

"Terima kasih juga sudi terima baik buruk diri saya, saya sedar saya tak sempurna mana dan tak macam isteri yang lain tapi saya akan cuba sedaya upaya saya untuk sempurna di mata awak okay. Saya juga doakan hubungan kita hingga ke Jannah!"-ujar Ayuni sayu sambil mencium tangan suaminya.

"Lepas ni abang taknak sayang bahasa diri saya awak. Just call me Abang, and you as Sayang. Baru suami isteri."  -ujar Zahiem sambil tersenyum bahagia. Mereka bahagia.


CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now