" Nah!"
Terkejut Alisya bila tiba-tiba sahaja Neal menghulurkan jambangan bunga tulip yang entah bila lelaki ini beli. Alisya merenung Neal yang langsung tidak menatapnya, memandang ke sebelah kiri, sambil mukanya kelihatan merah padam. Dia malu ke?
Semacam bodoh, Alisya pula hanya merenung bunga tulip yang terhulur. Antara percaya dan tidak percaya. Ini reality ke ni? Neal ke ni?
" Ambiklah!" arah Neal, geram melihat kelakuan Alisya yang blur ni.
Pantas Alisya mengambilnya.
Secara spontan, dia menghidu bau dari bungaan itu, walaupun dia tahu bunga tulip mempunyai bau yang sangat lemah, hampir kepada tiada.
" Thanks." kata Alisya, perlahan.
" Haishh... saya datang sini nak buat projek, tapi jadi banyak pula kerja-kerja extra yang takde kaitan. Nampaknya, lamalah saya berada di sini." tiba-tiba Neal berkeluh- kesah, seakan tidak berpuas hati.
Rungutannya dan reaksi mukanya yang nampak sangat tidak puas hati itu; membuatkan Alisya pula yang makan hati. Ishh.. mamat nih.. Rugi cakap terima kasih pada Neal.
" Yerlah-yerlah! Saya menyusahkan awak kan?Ye, saya minta maaf. Sorrrrrrrrrrrriiiiiiiiiii buat awak susah-susahkan? Nah, ambil balik bunga ni, tak ikhlas langsung..ces!"
Belum sempat Alisya nak memulangkan bunga itu, dia lihat Neal sudah pun menunggang basikalnya, bersedia untuk blahkan diri, dan paling penting, Neal sengaja mempekakkan telinga, tidak mempedulikan Alisya yang dah panas hati dengan kelakuan Neal.
" Esok, saya akan bawa awak ke tempat special. A special place, a special memory." kata Neal, sambil tersenyum mesra, manis dengan lesung pipitnya yang jelas kelihatan. Tiba-tiba pula Neal berubah laku, adakah luahannya tadi telah melembutkan hati Neal yang keras ini?
Rasa tersinggung disebabkan rungutan Neal tadi, terus menghilang saat melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Neal.
"Saya harap awak akan dapat memori awak, seperti yang awak inginkan." kata Neal lagi sebelum beredar.
Alisya tersentak.
Bukan sebab dia terkejut bila Neal berubah sikap, atau disebabkan Neal tetiba memahami nya. Tapi disebabkan dia dapat merasakan keikhlasan dan kebenaran dari bicara Neal itu.
Keikhlasan dan kelembutan milik Neal..di dalam suara itu dan perilakunya. Sesuatu membuatkan dia terasa rindu. Mungkin ini Neal di dalam memorinya, Neal yang sebenar?
Sambil Neal yang semakin jauh beredar, bunga tulip di tangannya, Alisya genggam kemas. Setelah pasti Neal sudah tidak kelihatan lagi, Alisya masuk ke dalam rumahnya, tidak mengendahkan Mek Som yang sedang mengemas di ruang tamu, lalu terus masuk ke kamarnya.
Dia menguncinya dari dalam.
Bunga tulip digubah masuk ke dalam pasu bunga, lalu diletakkan di sebelah bingkai gambar kayu yang terletak di atas meja .
Kemudian, matanya beralih pula pada dinding biliknya yang penuh tertampal dengan gambar-gambar yang sering ditatapnya setiap hari; setiap minit,setiap nafasnya- Penuh hinggakan tidak ada ruang langsung di dinding ini untuk benda lain, selain gambar-gambar itu.
Gambar Neal dari pelbagai sudut- dari sejak kecil hingga kini.
Alisya tersenyum dan kemudian tertawa kecil.
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomanceApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...