CHAPTER 18:AWKWARD

17 5 0
                                    

AFTER 4 YEARS LATER...

   Suasana New York City kelihatan sibuk sekali.Seluruh penduduk menjalankan tugas mereka masing-masing.Ahli BTS yang berada dalam MPV kelihatan sangat teruja.Suasananya memang menarik perhatian.V dan Jimin berebut snek yang diberikan Jungkook.

   Member yang lain hanya ketawa.Kelakar melihat gelagat Jimin dan V.Sengihan tak pernah lengkang dari muka J-Hope.Sejak kapal terbang berlepas sampai naik MPV.Apa yang teruja sangat?

   "Wei,jangan tunggu aku tau.Ada satu event aku kena hadir."ujar J-Hope.Member yang lain menjadi pelik.Nak pergi mana?

   "Hyung nak pergi mana?"Jungkook mewakili member yang lain untuk bertanya.J-Hope hanya tersenyum.

   "Adalah....Rahsia~"

______________ //______________

   "Blackpink!Come on in."jemput MC yang bertanggungjawab untuk melaksanakan satu reality show.Ahli-ahli Blackpink semua masuk ke ruang studio.MC bertepuk tangan.Mereka berempat menunduk hormat sebagai tanda terima kasih.Kemudian serentak mereka duduk di tempat yang telah disediakan.

   MC mula mempersilakan ahli Blackpink untuk memperkenalkan diri masing-masing.Kemudian menceritakan hasil usaha mereka sampai yang membolehkan mereka berjaya sekarang.

   "Oh ya!Hari ni sebenarnya ada tetamu istimewa yang join sama."

   Hye Seok terkejut.Tetamu?Ingatkan khas untuk groupnya.Joo Hye,Nahun dan Minhan hanya berpura-pura terkejut.Bukan diorang tak tahu siapa.Tapi just nak berlakon depan Hye Seok.Bagi suprise sikit.

   "Saya menjemput tetamu istimewa kita untuk masuk."umum MC.

   Joo Hye,Nahun dan Minhan memandang tetamu yang masuk.Hye Seok bermain dengan jarinya.Malas nak tahu siapa sebenarnya.Lambat-lambat dia memusingkan kepalanya dan ini seriously terkejut.

  "We've J-Hope from BTS!!!"umum MC dengan teruja.Iyelah...World-wide korean band kot!Hye Seok menjadi speechless.Dia mula berasa overwhelmed.

  "Hai adik!Lama tak jumpa!"J-Hope tersengih lalu melambai tangannya.Segera dia bangun dan menekup mulutnya.Tak percaya J-Hope berada di New York!Matanya mula berair.Mana taknya...4 tahun total dia tak jumpa abang kesayangannya.Sibuk dengan jadual nyanyian kumpulannya.

   Joo Hye,Nahun dan Minhan memandang Hye Seok sambil tersenyum.Mereka tahu Hye Seok sangat rindukan J-Hope.J-Hope mendepakan tangannya.Sedia untuk memeluk adik yang dirindui.Air mata Hye Seok mula tumpah.Terus dia berlari dan memeluk J-Hope.

   Dia menangis dalam pelukkan J-Hope.J-Hope hanya mengusap belakang Hye Seok dengan lembut.

   "Sorryla...Adik saya ni cengeng sikit kalau tak jumpa oppa dia."gurau J-Hope.Terus Hye Seok mencebik dan memukul bahu J-Hope.J-Hope mengaduh sakit.Ala...Koya je lebih...Bukan sakit pon...

  "It's okay.Rasa overwhelmed pulak."ujar MC sambil mengambil tisu.Joo Hye,Nahun dan Minhan cuba menahan air mata daripada tumpah.

   Hye Seok dan J-Hope pun mengambil tempat duduk masing-masing selepas habis menangis.MC menghulurkan tisu kepada Hye Seok.

   "Tahun ni 4 tahun total kan awak tak jumpa oppa awak?"soal MC.Hye Seok mengangguk sambil mengelap air matanya.

  "Yes.Biasanya omma dan appa je yang datang melawat.Dia ni sibuk sangat sampai nak melawat saya pon takde masa."

Math formula : girl x friend = girlfriendWhere stories live. Discover now