Part 20

17.7K 607 46
                                    

🔞 Bab ni sedikit sensitif so sis warning dlu yang under 18 please jangan baca okehh!! Terlalu muda untuk dikotori bab seperti ni ... Sis dah warning awal ☝🏻

***********************************

"Kau macam mana dengan dania?" .

Selepas mereka berbincang tentang proposal perkapalan syarikat . Zaril tiba2 membuka topik mengenai isteri sahabatnya itu . Tengku adzmir yang sedang sibuk menulis sesuatu hanya buat tak endah dengan soalan itu .

"Bila kau nak suruh dania sign surat wasiat tu? Takkan nak tunggu sampai dia terjumpa hak dia? Payah kau nak explain nanti bro .." sambung zaril lagi .

Perbuatan tengku adzmir terhenti mendengarkan soalan zaril . Dia sudah menyandar dikerusi sambil memeluk tubuh . Difikir sejenak akan soalan itu .

"Habistu takkan aku nak suruh dia sign buta2? Kau fikir perempuan tu buta huruf ke haa?" Tengku adzmir menjulingkan matanya ke atas melihat sahabatnya itu .

Zaril sudah tergelak kecil mendengar .
Betul jugak kata sahabatnya .
"Habis kau nak buat apa?" Soalnya ingin tahu apa rancangan sebenar tengku adzmir .

" Plan aku sekarang .. aku cuba nak berbaik dengan dia .. biar dia betul2 jatuh hati dekat aku sebab aku betul2 curios macam mana dia boleh kenal papa aku and sejauh mana dah hubungan dorang !! Pasal sign tu kau jangan risau , pil khayal merata ada jual .. " tengku adzmir sudah tergelak sinis memikirkan rancangan tak masuk akalnya itu . Ahhh aku peduli apa!!

"Serious la adz sampai macam tu sekali? Perasaan manusia bukan mainan adz ! Kalau dia tahu kau pura2 macam mana? Kau ingat tak broken teruk ke dia nanti?". Ujar zaril . Risau pula mendengarkan rancangan itu . Fikirnya tengku adzmir akan terus meminta sign dari dania seusai menjerat wanita itu kekancah perkahwinan atas cinta palsu yang diberikan tengku adzmir . Namun lain pula yang terjadi , lelaki itu masih dengan dendam 7 petalanya itu .

"Hahaha .. memang aku nak buat dia broken teruk , macam mana mama and aku rasa akibat perangai murah dia tu !" Begitu sekali dendam tengku adzmir pada wanita itu . Kesian dania ..

"Dah teruk sangat dendam kau ni adz .. jangan makan diri dah ..aku keluar dulu lah . Keje banyak terbengkalai bila layan kau ni" ujar zaril sebelum berlalu dari bilik sahabatnya itu .

"Aik haritu kau yang sokong aku sangat .. aih pelik betul la kau kawan . Lantaklah janji rancangan aku on going" bisiknya sendiri sambil ketawa jahat . Lagak seperti orang kurang waras pun ada huhuhu

*************************************

Dhia Dania yang baru sahaja selesai mandi selamba beruk dengan berkembannya turun kebawah untuk membuat secawan milo panas. Hujan lebat diluar membuatkan badannya kesejukan lagi2 selepas mandi . Jam didinding berdetak ke angka 3 petang sahaja baru , jadi dia tidak perlu risau jika hanya berkemban di waktu begini . Dania tahu suaminya itu tidak akan pulang pada jam bekerja . Suaminya itu sangat workaholic! Kerana kerja juga lah dirinya selalu dijadikan tempat lelaki itu melempiaskan ammarahnya tempoh hari . Namun semakin hari perubahan yang ditunjukkan lelaki itu sedikit sebanyak telah memujuk hati wanitanya . Dania bersyukur kerana akhirnya kebahagiaan menjengah juga

Dania sudah terjengket2 ingin mengambil tin milo yang terletak diatas kabinet dapur , sesekali dia membetulkan tuala pinknya yang hampir terlucut .

"Aduh kenapa la tinggi sangat kabinet ni !!" Gumamnya sendiri . Dania sudah menarik kerusi untuk memanjat . Dia bukannya seorang yang bertubuh rendah namun kabinet itu yang terlalu tinggi baginya .

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now