"Ok dah jom." Ajak Taehyung apabila dia tiba di tempat mereka berkumpul.
"Ok jom. JHope macam mana?" Tanya Yoongi pada Taehyung.
"A---" Kata-kata Taehyung dipotong oleh seseorang.
"Aku ok je." Mereka semua pusing lalu memandang gerangan yang bersuara tadi.
"JHope? Kau dah ok ke?" Tanya Jimin.
Hoseok senyum. "Live must go on. Aku masih tak percaya yang Jiwoo dah tak ada. Tapi aku tetap kena teruskan hidup aku. Jiwoo nak tengok aku berjaya. Dia dah berjaya pulihkan hubungan aku dengan eomma aku. So, aku kenalah balas jasa dia dengan tunaikan impian dia untuk lihat aku berjaya. Aku akan usaha." Mereka semua tersenyum mendengar jawapan positif daripada Hoseok.
"Lagipun, aku kan ada sahabat yang selalu ada dengan aku time susah dan senang." Hoseok terus memeluk bahu Jungkook dan Jin lalu memulakan langkah. Mereka semua ikut memulakan langkah ke sekolah. Mereka tersenyum.
"JHope." Panggil Namjoon.
Hoseok pandang Namjoon. "Kita akan sama-sama usaha untuk capai kejayaan yang kita impikan selama ni." Kata Namjoon. Hoseok balas dengan senyuman.
"Aku rindu lah nak gila-gila dengan korang. Petang ni jom lepak dengan tempat lepak kita. Dah lama kita tak pergi sana kan." Kata Hoseok.
"Ok juga tu. Nanti kita beli makanan sikit." Cadang Jungkook.
"OK On." Balas Hoseok. Mereka sambung berbual sambil berjalan ke sekolah. Nampak bahagia je mereka dengan gelak tawa.
"OK class, harini saya akan pulangkan semula kertas periksa kamu yang lepas. Sebelum tu saya nak cakap yang saya bangga dengan kamu semua. Kamu semua dah buat yang terbaik untuk capai keputusan ni." Kata Seojun. Mereka mula rasakan debarannya.
Seojun menyerahkan kertas periksa mereka. Mereka semua tersenyum melihat keputusan masing-masing. "Tahniah semua. Kamu semua dah berjaya untuk tingkatkan keputusan kamu. Taehyung, tahniah sebab dah capai keputusan paling tinggi." Seojun. Taehyung tersenyum gembira. Mereka semua tepuk tangan.
"Saya dah agak kamu semua mesti pandai. Kamu semua boleh buat. Saya perasan kesungguhan kamu semua sepanjang kamu semua berada di kelas ni. Saya harap kamu semua kekalkan prestasi kamu yang sekarang ni. Kalau kamu nak ubah, ubah kepada yang lebih baik. Saya, cikgu Seojun, Soo Min, Myeong, Mi Cha, Yoora dan Hana akan sentiasa bantu kamu semua." Miss Suzy.
BTS tersenyum.
"Pandai lah V dapat markah paling tinggi." Puji Jungkook.
Taehyung ketawa kecil. "Alah korang pun apa kurangnya. Aku tak sabar nak sampai rumah sekarang ni. Harini eomma aku balik. Mesti dia happy tengok keputusan aku." Kata Taehyung.
"Of course lah dia happy. Eomma mana yang tak happy bila anak dia dapat keputusan cemerlang kan." Jin.
Taehyung tersenyum. Mereka berjalan ke rumah Taehyung. Plan mereka mahu ambil barang di rumah Taehyung dahulu sebelum ke tempat lepak mereka.
Tiba sahaja di hadapan rumah Taehyung, Taehyung menghentikan langkahnya apabila terdengar sesuatu perbualan. Rakan-rakannya turut berhenti apabila Taehyung menghentikan langkahnya. Taehyung mencuri-curi dengar perbualan itu.
"Kau dah gila ke? Taehyung macam mana? Kau nak tinggalkan dia macam tu je? Hei Taehyung tu anak kandung kau tau. Dia ada kau je lah. Aku ni cuma bapa tiri dia je lah. Kau tak kesian ke dekat dia?" Encik Kim.
Puan Kim mengeluh kecil. "Kau kata kau dah berbaik dengan dia kan. Aku percaya kau boleh jaga dia dengan baik."
"Ohh kau sanggup tinggalkan anak kandung kau sendiri untuk ikut lelaki yang entah apa-apa ni? Selamani kau tipu belakang aku? Kau kata kau pergi kerja tapi kau sibuk date dengan jantan tak guna ni?" Marah Encik Kim.
YOU ARE READING
BTS HIGH SCHOOL
FanficKisah kehidupan 7 orang sahabat yang berbeza. Sahabat yang sentiasa ada bila susah dan senang. Membantu antara satu sama lain. Salah seorang daripada mereka terpaksa berkerja Pada waktu malam untuk mencari duit tanpa pengetahuan sahabatnya yang lain...