MENCINTAIMU-alvin chong
Nadhirah POV
HARI ini Khairul mengajak aku keluar. Hari minggukan?biasalah. Tapi katanya ada surprise menanti diriku. Surprise apa tu? Aku pun tak tahu. Kereta Audi milik Khairul mula memarking di hadapan Butik D'Lessa.
"Dah sampai. Jom keluar!" Seatbelt ditanggalkan sambil mengerling ke arah ku.
"Buat apa kat sini?"soalku sambil tangan membuka pimtu kereta.
Khairul hanya tersenyum. Dia menghampiriku dan bahuku dipegang.
"Surprise. Jom kita masuk."
Kami mula melangkah masuk ke dalam butik. Setibanya di dalam butik, mataku tidak lepas melihat design-design jubah, baju kurung, kebaya dan macam-macam lagi ada. Khairul melepaskan pegangan dibahuku.
"Pergi la tengok apa-apa dulu. Abang nak pergi kat kaunter jap." Khairul terus berlalu ke kaunter.
Aku bergerak ke arah rak-rak baju di hadapanku. Aku membelek jubah-jubah yang tergantung di rak tersebut.
Aku mula tertarik dengan satu jubah moden. Tak terlalu ketat, tak terlalu labuh. Jubah itu ku sua ke badanku. Memang menarik minatku dengan warna maroon dan design yang simple.
"Kalau berkenan pergi la try. Abang belanja." Aku menoleh ke arah suara garau itu. Khairul tersenyum nipis melihat aku bersama jubah di tanganku.
"Betul ni?" Soalku untuk mendapat kepastian. Mana tahu dia gurau je kan?
Khairul angguk perlahan. Senyuman ku mula melebar. Dengan sepantas kilat, aku berlari ke arah fitting room.
15 minit kemudian, aku keluar dari fitting room. Aku nampak senyuman Khairul apabila aku memakai jubah itu. Khairul bangun dari duduknya dan menghampiriku. Perbuatannya mengingatkan ku ketika aku dan dia fitting baju kahwin ketika dulu. Ah, moment yang tak dapat dilupakan.
"Cantik isteri abang. Tapi lagi cantik dengan satu lagi baju." Tangan ditepuk 2 kali. Muncullah 2 orang pekerja yang memegang baju kurung dan baju melayu berwarna royal blue.
Aku terpegun. Lawa lagi dari jubah yang aku pakai sekarang. Walaupun hanya baju kurung biasa tapi tetap cantik dengan design yang terkini.
Aku memandang Khairul. Dia mengenyitkan matanya dan tersenyum manis ke arah ku. Dia memegang bahuju sambil berbisik sesuatu di telingaku.
"Try baju kurung ni pulak. Jubah ni kita beli sekali."
Aku memandang dirinya disebelahku. Tiba-tiba terasa sebak dan terharu. Bila dia tempah baju ni? Untuk aku dan dia? Aku mengangguk dan tersenyum nipis.
Khairul mengambil baju kurung dari pekerja itu dan sua kepadaku. Aku mengambilnya dan berlalu ke arah fitting room.
Khairul POV
AKU melihat kepergian Nadhirah ke fitting room. Teruja benar gadis itu. Aku tersenyum bahagia. Itu yang aku harapkan bila dia dapat baju kurungnya. Aku melangkah ke arah fitting room untuk mencuba baju melayu yang ditempah beberapa minggu yang lalu.
Kurang dari 10 minit aku keluar dari fitting room. Aku mencari susuk badan Nadhirah. Masih belum keluar dari fitting room. Aku faham sangat. Perempuan tak pernah bersiap cepat.
Cermin di hadapan aku, aku pandang. Samping berwarna hitam emas tu aku kemas lagi. Songkok dikepala aku betulkan sikit.
KREKKKK....
Aku melihat pintu fitting room berhampiranku. Aku terpegun melihat keayuan Nadhirah bersama baju kurung royal blue itu. Memang padan dengannya.
"Cantik isteri abang." Aku memberi senyuman indah kepadanya.
Nadhirah kelihatan blushing. Mungkin bangga dengan pujian yang aku lontar sebentar tadi.
"Abang pun handsome dengan baju melayu ni." Dia memeluk erat lenganku sambil menayang senyuman manis.
Aku menariknya ke arah sofa yang berdekatan kami. Ada sesuatu yang perlu aku jelaskan kepadanya.
"Actually, abang tempah baju ni time tu Dee gastrik. Ingat tak hari tu?"
Aku melihat anggukan kepalanya. Nampaknya dia ambil fokus dengan cerita ku ini.
"Abang balik lewat hari tu pun sebab nak tempah baju ni la kat isteri abang yang tercinta ni. Bukan senang nak pilih baju ni. Sebab tu abang ambik masa yang lama nak pilih baju ni. Abang siap call mama dan umi tanya pasal baju yang Dee minat.
Tapi disebabkan kelewatan abang , Dee sakit di rumah. Itu yang buat abang rasa bersalah sehingga sekarang. Maafkan abang, sayang."
Tangannya aku capai lalu dibawa ke bibir. Rasa bersalah masih lagi ada di hati. Kalau diputarkan masa, mahu saja dia pulang awal dan tidak mahu melihat isteri kesayangannya sakit.
Nadhirah hanya tersenyum manis. Dia mengusap pipiku.
"Tak apa. Benda dah terjadikan? Terima kasih abang untuk baju ni. Dee terharu sangat dengan apa yang abang buat kat Dee ni. Thank you, abang!"
Nadhirah memeluk ku erat. Aku membalas pelukannya. Aku harap jodohku dan dia berrkekalan panjang hingga ke anak cucu. Ameen!
------_-----_--------_----------_---
Assalamualaikum. Hai everyone! Lama dah tak jumpa. Kehkeh. First at all, sorry sebab dah sebulan lebih tak update. Seriusly, sis sibuk dengan homework yang selalu bertambung dan sibuk dengan asrama benda tah. Huh! Insha Allah, nanti cuti raya cina ni, sis akan ringankan tangan untuk update selalu cerita ni. Tolong ingatkan eh, dan tolong doakan sis dapat result pt3 gempak nanti. Hoho, biarpun exam pt3 8 bulan lagi. Hahah. Ok, bye! Esok atau lusa insha Allah sis update lagi. Sincerely, najwain.
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
RomanceFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...