Keputusan ujian kemasukan ke Sekolah Menengah Elit Diraja Sri Tiara akan diumumkan hari ini. Yang pastinya, Laily orang pertama yang datang ke sekolah hari ini semata-mata nak dengar keputusan ujian dia. Dia datang terlalu awal sehinggakan makcik cleaner pun belum sampai. Hanya ada pak guard aje. Nampak tak betapa semangatnya dia?
"Result keluar pukul 10 nanti. Kau dah tak sabar?" soal Khairy sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut. Hm. Nasi lemak makcik kantin memang sedap.
Dia pun pelik dengan perangai Laily hari ini. Jika selama ini Laily tak pernah keluar dari kelas untuk rehat, tapi hari ini Laily sendiri yang mengajak dia ke kantin untuk makan.
Tak apalah. Mungkin Laily dah insaf. Dah tak mahu ikat perut semata-mata untuk belajar rasanya.
"Memanglah aku tak sabar. Punyalah aku datang awal kat sekolah tadi. Tengok-tengok result keluar pukul 10 jugak. Menyesal aku." itulah padah over confident sangat.
"Kau ni memanglah, Lai. Dungu betul." Khairy pula yang geram bila dengar cerita Laily. Tak menyempat betul!
"Tapi kan Khai. Aku tahu aku dapat biasiswa tu." memang berlagak sangat. Heh.
"Kalau kau dapat, kau tak sedih ke Lai?" soal Khairy tiba-tiba. Dia cuba mengorek isi hati seorang Laily Quraisya.
"Nak sedih buat apa? Of course aku gembira. Soalan kau ni kalau tanya dekat anjing pun dia rasa nak sepak kau, Khai." air sirap disisip sedikit.
Muka dibuat-buat comel. Laily tahu Khairy takkan marah dia kalau dia buat macam ni.
Khairy mengeluh perlahan. Aura kecewa begitu kuat menyelubungi dirinya. Jadi dia tak ada mood nak marah Laily.
"Nanti kau tinggalkan aku. Aku dah tak ada sesiapa nak bantu aku belajar."
Choi sangat alasan. Padahal dia tak nak Laily pergi.
"Kau ingat sekolah ni tak ada cikgu ke mangkuk? Sampaikan tak ada sesiapa nak bantu kau belajar hah?" Laily tayang wajah beku.
Khairy tergamam. Nampaknya Laily memang betul-betul dah marah ni. Jarang betul Laily tunjukkan emosi marah. Kalau ada pun, hanya terjadi bila Puan Mastura nak ambil alih waktu pendidikan jasmani secara tiba-tiba. Patutnya fizikal para pelajar pun perlu dititikberatkan, bukan setakat ilmu duniawi sahaja. Kena balance!
"Kau dah strong, Khai. Kau dah boleh faham semua subjek yang kita belajar. Kadang-kadang aku yang belajar dengan kau. Khai, kalau aku dah tak ada, diri kau sendiri boleh bantu kau."
Tak guna betul Laily ni. Sengaja nak buat dia tiba-tiba menangis kat sini. Tadi macam nak maki dia, sekarang dah lain pulak. Sebak tu memang sebak. Tapi tak macho lah kalau lelaki menangis.
"Kau ni memanglah. Kau tak faham-faham lagi ke aku tak nak kau pindah. Aku tak suka. Kau ni dalam pelajaran memang kau pandai tapi bila masuk bab hati dan perasaan, kau memang lembap lah Laily!"
Dia tak sengaja cakap semua tu. Betul. Dia tak sengaja.
Habis semua pelajar kat kantin pandang mereka berdua. Suasana kantin menjadi sunyi seketika. Khairy jadi kekok untuk terus duduk di hadapan Laily.
"Aku mintak maaf, Lai."
Khairy terus berlalu pergi. Tak sanggup rasanya terus berhadapan dengan Laily di situ. Malu, sakit hati, kecewa dan marah. Semua perasaan bercampur baur. Dan yang paling penting, dia tak suka rasa macam ni.
☆☆☆
"Tahniah, Laily! You won the scholarship."
Rasa gembira sangat masa ni sampai tak tahu nak cakap apa. Laily hanya mampu tersenyum je bila Puan Juliana cakap macam tu pada dia.
"Memang rezeki awaklah. Sekolah Sri Tiara tu ada 3 kekosongan untuk student aliran medic dan awak-- dapat."
Biasiswa Tengku Haider itu hanya terhad kepada 5 orang pelajar sahaja. Bukan selalu biasiswa itu ditaja, hanya 24 tahun sekali sahaja. Tawaran itu terbuka kepada mana-mana pelajar yang layak setelah menduduki ujian yang dikhaskan. Biasiswa itu juga boleh dirujuk kepada mana-mana sekolah yang terkenal dan juga elit dengan syarat kena terus cemerlang dalam akademik mahupun kurikulum.
"Alhamdulillah. Usaha saya selama ni terbalas juga akhirnya."
"Kenapa awak tak pilih sekolah Alam Indah? Situ pun boleh belajar medic, siap ada hospital pengajar sendiri dan juga ranking nombor 5 dunia."
"Dekat Sri Tiara pun boleh terus masuk kolej perubatan persendirian di bawah kelolaan Prof Emiritus Awang Yahya yang merupskan pakar bedah yang disegani seluruh dunia. In shaa Allah, Dalam usia 25 tahun mungkin saya dah habiskan pengajian saya. Saya nak cepat-cepat capai impian saya. Saya tak nak lengahkan masa."
"Depan cikgu ni, bakal doktor rupanya." Puan Juliana senyum.
"In shaa Allah, cikgu."
"Semua dokumen yang berkaitan awak boleh mintak kat kerani pejabat petang esok. Cikgu akan susun dan uruskan perpindahan kamu ke sana nanti."
"Cikgu nak tolong?" Bersinar mata Laily. Sinar harapan yang tinggi.
"Ya, cikgu nak tolong. Ibu abah kamu dah mintak tolong cikgu uruskan semuanya. Pasal pengangkutan, daftar sekolah, daftar asrama... Biar cikgu aje yang tolong bereskan."
"Susahkan cikgu aje. Ibu abah dan saya dah susahkan cikgu ya? Maafkan kami." Laily tunduk memandang lantai. Rasa bersalah pada Puan Juliana.
"Tak mengapa. Cikgu tolong mana yang mampu aje. Nanti mana tahu, Lai dah jadi doktor lepas tu tolong cikgu yang dah sakit tua."
"Apa pulak cikgu cakap macam tu. Tua-tua pun rasanya cikgu makin cantik. Gorgeous gitu!"
"Haa... ni puji-puji ada makna kan?"
"Eh mana adalah cikgu. Cikgu tu yang buruk sangka." Sengih.
"So, minggu depan is your last week to stay at this school right?"
Angguk. Dia sebak sebenarnya. Tapi dia tahan.
"Awak tak sedih ke tinggalkan Khairy? Dia dah macam kembar awak kat dalam kelas tu." Puan Juliana tanya tiba-tiba.
Puan Juliana merupakan guru kelas Laily. Mestilah dia tahu betapa rapatnya Laily dengan Khairy.
"Sedih lah jugak. Tapi masa depan saya lagi penting, cikgu. Saya nak belajar sungguh-sungguh sebab saya sara ibu abah saya pulak. Saya kesian tengok diorang kerja berhempas pulas setiap hari. Saya nak tolong mereka. Dengan bantuan biasiswa ni, saya dah ringankan sedikit beban ibu abah nak sara saya. Duit tu nanti diorang boleh bagi kat adik-adik saya yang lain. Mereka semua lebih perlukan duit tu dari saya." ikhlas Laily cakap. Dia bukan orang berada. Tapi tak dapat disangkal lagi bahawa keluarga mereka begitu kaya dengan kasih sayang.
Puan Juliana tersenyum. Perasaan bangga begitu membuak-buak dalam hati sebab dah berjaya didik anak muridnya sampai tahap yang macam ni. Gila tak terharu?
"Awak ni baik sangat, Lai. Beruntung ibu abah awak ada anak macam awak."
"Tak, cikgu. Saya yang beruntung sebab dapat ibu abah macam mereka."
Puan Juliana senyum lagi. Senang apabila mendengarkan jawapan yang keluar dari mulut Laily.
"Moga awak memperoleh kebaikan di dunia dan di akhirat, Lai. Cikgu sayang awak." Puan Juliana mendepangkan tangannya.
"Saya pun sama. Saya sayang cikgu." Laily memeluk Puan Juliana, erat.
"Nanti dah berjaya, jangan lupakan cikgu. Cikgu pencen lambat lagi kalau umur cikgu masih panjang." ujar Puan Juliana setelah pelukan dirungkaikan.
"In shaa Allah, cikgu."
YOU ARE READING
Tolong Kekal Dalam Hidupku
Teen FictionKisah bermula di mana seorang Laily Quraisya yang gigih untuk mendapatkan biasiswa bagi memenuhi impiannya untuk menjadi seorang doktor. Berkat usahanya selama ini, dia akhirnya menerima keputusan yang cemerlang dan memasuki Sekolah Menengah Elit Sr...