Seram Sejuk

206 2 0
                                    

      Jam menunjukkan pukul 7 malam . Sara baru sampai dekat rumahnya , jarak sekolah dan rumahnya agak jauh . Dia balik rumah pun duduk sesorang je .  Ibu abahnya masih kerja . Selagi tak pukul 11 malam selagi tu sara duduk sesorang kat rumah . Nak dijadikan cerita lepas dia makan dia terus duduk dalam bilik buat kerja sekolah . Suatu hari dia terdengar tangisan bayi dari stor bawah rumah . Dia terus text ibunya . Ibu dia cakap jangan keluar dari bilik . Selagi dia tak sampai kat rumah jangan berani nak keluar . Tiba² terdengar dari tingkap macam kereta dah sampai . Sara jengguk dari tingkap tapi bukan ibu nya . Ada seorang perempuan yang keluar dari kereta putih dan menjerit² . Situasi dah macam kelam kabut dengan suara bayi yang masih tak behenti . Sara terus text ibunya sekali lagi . Dia dah rasa tak sedap hati . Ibunya terus membalas" adakah perempuan yang  datang tu menaiki kereta putih ? Kalau betul jangan kamu menampakkan diri kamu kepadanya , dia tu GILAA ". Sara berasa hairan bagaimana mana ibunya boleh berkata begitu .. Dalam pada masa yg sama suara bayi tadi sudah tidak kedengaran . Sara memberanikan diri keluar dari biliknya dan pergi ke ruang tamu . Dia menghantar text sekali lagi kepada ibunya untuk menelefon polis . Ibu sara menyuruhnya mengunci pintu di dalam bilik sahaja , jangan lakukan apa² . Sara rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan ibunya . 

                               ***

      Pada masa yang sama terdengar lagi sekali suara bayi tadi . Dia terus pergi ke stor bawah rumah dan mencari suara bayi tadi . Sampai di bilik stor dia cuba membuka lampu . " oh shit lampu rosak " sara berkata dalam hatinya . Bau bilik itu seperti darah hanyir yang sangat busuk . Dia memberanikan diri pergi kearah suara bayi tadi . Betapa terkejutnya sara apabila dia mendapati seorang bayi yang comel ada dekat situ . Bayi itu kelihatan kelaparan dan kesejukkan . Ibu sara memarahinya kerana tidak mendengar apa yang diarahnya . Sara asyik menghantar text kepada ibunya " bayi siapa ini ? Kenapa dalam rumah kita ada seorang bayi ? Bayi ini milik siapa ibu? ". Ibunya terpaksa menceritakan hal sebenar . Bayi yang dijumpai itu milik abah dan perempuan simpanannya . " Wtfff " marah sara dalam hatinya . Sara bertanya " dimana abah? ". ibunya membalas " sekarang ayah terpaksa tidur di hotel kerana runsing perempuan itu mencarinya, lagipun abah sara lagi sayangkan ibu dari perempuan tu ". Sara masih boleh dengar suara perempuan itu memanggil abah dan anaknya . Dia dalam ketakutan terus membawa bayi itu ke ruang tamu dan menyorok di belakang almari² besar dirumahnya . Bayi itu sudah tidak menangis mungkin dapat merasai pelukan hangat kakaknya .

                                ***

      Terdengar dari rang tamu , perempuan tadi cuba membuka pintu dapur . Sara mula rasa tidak sedap hati . Dia cuba menelifon abahnya , tiba² terdengar ringtone telefon abahnya di sebalik kain bayi yang didalam pelukannya . Dia terus membuka telefon abahnya , bertapa terkejutnya apabila sara membaca text abah dan ibunya yang bergaduh .

Abah : saya rasa kita dah takde keserasian ..

Ibu : apa maksud awak ? Awak jangan buat benda gila .

Abah : saya dah ada isteri baru dan kami dah ada anak .. saya rasa cukuplah sara dengar hari² kita gaduh , saya akan ceraikan awak ..

Ibu : apa semua ni ?! Kau jangan buat aku jadi gila !!

Abah : maafkan aku maria . Aku akan balik petang ni pukul 5 , untuk ambik semua barang² aku .

Ibu : kalau betul kau dah ada anak . Kau bawak anak kau jumpa aku petang ni . Aku janji lepas aku tengok anak kau tu , aku takkan ganggu kehidupan kau lagi ..

Bertapa sakitnya hati sara apabila tahu kebenarannya . Rupanya ada 1 text yang abahnya cuba menghantar kepadanya tapi text abahnya itu tidak sampai kepadanya .

Text pada pukul 5:48 petang itu berbunyi
Abah : sara jangan balik ke rumah . Pergi balai polis , bagitahu ada sesuatu telah terjadi di rumah *unsend*

Kenapa ibu perlu menipu !! Mana abah ?! Dia berasa sangat marah.

Sara : ibu saya dah tahu semuanya , saya jumpa telefon abah . Ibuu , abah dimana ?? Jangan macam ni ibu ". 

Ibu : bagusla sara dah tahu sekurang²nya ibu dah tak perlu berahsia . Sayang , sekarang pergi simpan baju² dalam bilik dan kita akan berpindah jauh dari sini . Ibu dah nak sampai rumah .

*Sara rasa tidak sedap hati*
Sara : ibuu mana abahh? Tolong bagitau dimana abah? Betul ke abah tidur di hotel ? Kenapa bayi ni masih disini?

Ibu : alang² sara dah tahu jalan cerita,  ibu akan bagitahu abah dimana. Abah tu tak pernah sayangkan kita. Ibu dah penat dengan dia. Ibu dah bunuh dia sara . Mayat dia ada dekat bilik stor . Jangan risau sara sebelum kita pindah jauh dari sini, ibu akan hapuskan semua bukti . Sara tahukan ibu buat semua ni demi masa depan sara .

Sara tidak membalas text ibunya . Terdengar dari dapur seperti pintu dah berjaya dibuka oleh perempuan itu . Sara terus berlari keluar melalui pintu ruang tamu dan berlari kearah balai polis . Jarak rumah sara dan balai polis agak jauh . Dia terdengar suara ibunya memanggil , dia tahu ibunya sedang mengejarnya dari belakang . dia terus menyorok disebalik semak samun .

                               ***

       Dah sebulan kejadian tu berlalu, sara dan adik tirinya tinggal dirumah anak yatim . Kehidupan mereka lebih terurus . Sara redha dengan apa yang terjadi . Dia redha dengan kematian abahnya . Dia juga redha dengan kematian ibu dan ibu tirinya . Semasa dia menyorok , ibu tirinya telah menembak ibunya . Selepas menembak ibunya , ibu tirinya menembak diri sendiri . Menyebabkan kedua²  mati ditempat kejadian .

   

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 10, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GilaWhere stories live. Discover now