Bunyi kereta diluar menandakan bahawa Hoseok baru saja pulang ke rumah. Min Hee yang sibuk membuat sandwich bersama Kyung tergesa-gesa berlari untuk membuka pintu.
"Hoseok!" sapa Min Hee mesra.
Tidak menjawab lantas jejaka itu terus memasuki rumah.
"Papa dah balik!" Kyung yang berada di dapur meluru kearah Hoseok.
Dipeluk pinggang papanya erat. Tinggi pun paras pinggang Hoseok je.
"Ah ah lepas lepas sakit!" Hoseok mengaduh kesakitan. Kyung terus meleraikan pelukan.
"Papa sakit?" soal anak kecil itu prihatin.
"Tak tak. Heee." Hoseok tersengih sumbing.
"Ahh!" sekali lagi dia cuba berjalan namun kakinya menjadi lemah.
Sempat Min Hee memaut lengan Hoseok.
"Duduk dulu." diletakkan tangan kanan Hoseok dibahunya lalu dirangkul pinggang jejaka itu bagi membantu dia berjalan.
Perlahan Hoseok terduduk lemah diatas sofa.
"Kenapa dengan kaki awak?" Min Hee cuba menyentuh namun ditepis kasar oleh Hoseok. Min Hee tersentak.
"T-tak takde apa." dalih Hoseok. Mukanya berkerut menahan perit.
"Tipu. Sini nak tengok. Baik awak bagi saya tengok sebelum saya patahkan terus kaki awak." Min Hee memberi amaran. Geram dengan sikap Hoseok.
Lama kelamaan dia mengalah. Diselak seluar jeans miliknya hingga paras lutut.
"Ya Tuhan kenapa ni?" terkejut Min Hee dan Kyung.
"Erm terjatuh time kat Showcase tadi." beritahu Hoseok.
"Ish habis luka. Kyung, ambilkan makcik pembalut dengan antiseptik dalam kotak first aid tu." arah Min Hee.
Kyung terus berlari ke dapur untuk mendapatkan apa yang Min Hee minta.
"Macam boleh jatuh? Kalau terkoyak ke apa kulit ni tak pasal kena jahit." bebel Min Hee sambil meneliti luka pada lutut dan betis Hoseok yang tercalar sedikit.
"Nah makcik." Kyung meletakkan pembalut berserta antiseptik diatas meja.
Min Hee mencapai kotak tisu yang sedia ada diatas meja tersebut lalu diletakkan pada lutut dan betis Hoseok. Diambil pula kapas dari dalam tas tangan miliknya.
Min Hee meniup perlahan lutut Hoseok yang luka.
"Dah siap!" dia tersenyum kearah Hoseok.
"Gomawo." ujar Hoseok.
"Emm baru nak ajak pergi picnic. Tapi sakit pulak." keluh Mim Hee.
Sebenarnya dia dengan Kyung sediakan sandwich tu sebab nak ajak Hoseok gi picnic memandangkan Kyung merengek nak spend time dengan bapak dia.
"Picnic?" Hoseok kehairanan.
"Awak tak baca ke mesej saya?" Min Hee mencebik.
"Ahh saya off phone. Jom la kita pergi." ajak Hoseok.
"Tapi kaki papa tu?" Kyung memandangnya risau.
"Aloh takat lagu nih takdok hal." hidung Kyung dicuit manja.
"Hak eleh kerek je. Tak sempat nak letak ubat pun dah beraduh." perli Min Hee.
"Jom la pergi!" Kyung terjun dari sofa dan menarik tangan Hoseok dan Min Hee serentak.
"Sabarla budak." dahi Kyung ditunjal menggunakan jari telunjuk.
Min Hee berlari ke dapur untuk mengambil sandwich yang dia buat tadi.

YOU ARE READING
[C] Mama || 정호석
FanfictionKisah kita tersimpan rahsia dan terkandung segala serpihan duka. Kisah kita bagaikan suatu jampi, yang cukup memukau. Sayang, dapatkah kita bersatu? p/s: Untuk sayangku yang comel, Jung Hoseok❤