Bab 7

7.2K 269 11
                                    

14 December 1941

Sudah hampir seminggu Kamal tidak pulang ke rumah sebaik saja heboh tentang kedatangan tentera Jepun.

Rasydan pula diarahkan oleh Major General untuk bertugas ibu pusat Markas tentera mereka untuk melindungi Gabenor.

"Lia!! Tutup tingkap!! Tentera Jepun datang!!"jerit Maryam kenapa Kamelia.

Mereka berdua segera menutup semua tingkap dan mengunci semua pintu seperti yang diarahkan oleh Kamal.

Tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang dengan kuat.

"Yam!! Lia!! Tolong buka pintu ni!"

Mereka berdua membuka pintu dan terlihat Kamal yang sedang berlumuran darah masuk ke dalam rumah.

"Ya Allah! Ayah!"Kamelia berlari kearah ayahnya yang lemah. Terdapat beberapa bekas tembakan pada bahu dan lengannya.

"Kamu berdua mesti lari dari sini!! Ada tali barut menyampaikan berita tentang gadis cantik dan gadis itu ialah kamu! Ketua tentera Jepun tu mahukan kamu!"beritahu Kamal kepada anaknya.

"Kami perlu lari ke mana? Ayah pun mesti ikut kami sekali!"

"Ayah tidak boleh ikut kamu, sayang. Ayah akan melambatkan perjalanan kamu. Sekarang ni, kamu berdua pergi ke kem!"

"Kami tidak boleh tinggalkan abang disini sendiri! Abang mesti ikut!"Maryam sudah mula menangis.

"Yam...Abang tidak akan dapat bertahan lama walaupun ikut kamu berdua. Darah abang sudah banyak hilang. Abang mohon sekarang kamu berdua mesti lari!"

Tiba-tiba pintu rumah mereka dipecahkan oleh seseorang dan ramai tentera Jepun berkumpul di luar rumah mereka.

"Jangan jadi bodoh! Kamal! Kenapa kau perlu seksa diri kau macam ni? Bukan susah arahan aku, serahkan anak perempuan kau kepada General Miyato!"Kamelia memandang gerun kearah lelaki itu. Dulu ayahnya dan lelaki itu merupakan sahabat baik.

"Adam! Kenapa kau sanggup buat macam ni? Apa yang kau dapat dengan jadi pengkhianat?!"soal Kamal dengan lemah.

"Kamal! Tolonglah sedar! Semua Mat Salih tu sebenarnya cuma mengambil kesempatan! Kau sebenarnya yang mengkhianati kaum kau sendiri!!"

"Sekurang-kurangnya aku tidak ikut arahan General bodoh kau ambil anak dara orang lain untuk dijadikan tempat memuaskan nafsu!"

Kamelia dan Maryam mula ketakutan dan memeluk antara satu sama lain.

"Berani kau hina general Miyato macam tu?!"Adam mengarahkan beberapa orang tentera untuk mengheret Kamal keluar rumah.

Kamelia dan Maryam juga turun di heret sekali untuk melihat Kamal termasuklah orang-orang kampung disana. Mereka semua juga ketakutan dan tidak dapat melakukan apa-apa untuk menyelamatkan Kamal.

"Orang kampung! Dengar sini! Inilah yang akan terjadi sekiranya kamu semua enggan mendengar arahan!"

Adam mengeluarkan samurai panjang dan berdiri betul-betul di belakang Kamal yang sedang menundukkan kepalanya.

"Adam tolonglah! Aku merayu! Jangan buat macam ni dekat Kamal!"Rayu Maryam namun tidak diendahkan oleh lelaki kejam itu malah dia hanya di tendang seperti seekor binatang.

"Kamu semua tengok betul-betul!!"

Adam tanpa belas kasihan menghayunkan samurai itu ke kepala Kamal. Semua orang kampung hanya menjerit ketakutan dan ada diantara mereka sudah melarikan diri.

"Ayah!!"Kamelia berlari kearah jasad tubuh ayahnya yang sudah tidak berkepala.

"Kau memang binatang!! Adam!!"jerit Maryam seperti orang gila.

"Bawa dia!"arah Adam kepada askarnya untuk membawa Kamelia.

"Tidak! Langkah mayat aku dulu!!!"Maryam cuba mempertahankan Kamelia dari dibawa masuk ke lori.

"Nampaknya kau pun bodoh macam suami kau."menembak kepala Maryam betul-betul dihadapan Kamelia. Dalam sehari ni, Kamelia sudah menyaksikan 2 kematian orang yang dia sayangi.

Tiada lagi daya untuk Kamelia melawan mereka. Dia tahu walauapapun yang dia lakukan, dia tetap akan gagal. Mereka ada sepuluh orang manakala dia hanya seorang diri.

Apabila dia diheret masuk ke lori, tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan. Seorang demi seorang tentera Jepun itu rebah ke lantai.

"Binatang mana pula ni?!"Adam keluar semula dari lori mereka. Kini tinggal 3 orang sahaja tenteranya.

Matanya meliar mencari siapakah yang menembak tenteranya dari jarak dekat itu. Dia yakin orang yang menyerang mereka tadi bukan calang-calang orang!

Tiba-tiba belakangnya ditendang oleh seseorang. Dia cuba untuk melawan namun orang tersebut telah mengunci kedua-dua tangannya.

"Apa kau cuba buat ni?"

"Oh! Rasydan! Ataupun patut saya panggil Lieutenant Rasydan?"ucap Adam sinis.

"Berani kau kacau bakal isteri aku?"

"Wah...Dia tu teman wanita Lieutenant? Maaflah...Saya tidak tahu. Patutlah Lieutenant yang merupakan bekas pasukan khas Elite sanggup datang sini untuk selamatkan perempuan tu!"

Tenteranya mula berlari kearah mereka berdua dan sedia untuk menembak Rasydan.

"What? All of you want to shoot me? Then, shoot me! I'm gonna shoot this snake head too!!"ugut Rasydan lalu meletakkan pistol dibelakang kepala Adam namun semua tentera itu masih belum menurunkan senjata mereka.

"Turunkan senjata!!"jerit Adam kepada mereka semua.

Akhirnya mereka bertiga akur dan meletakkan senjata mereka diatas tanah. Dia berdiri dari mengunci Adam dan menendang jauh senjata mereka bertiga

"Stupid."bisik Rasydan lalu menembak mereka sekaligus.

Dia kembali kearah Adam semula namun lelaki itu sudah menghilangkan diri.

"Bodohnya kau, Rasydan..."

Rasydan memusingkan badannya dan terlihat Adam sedang memeluk leher Kamelia dan mengacukan pistol dikepalanya.

Hampir sahaja jantung Rasydan terhenti apabila melihat teman wanitanya diperlakukan seperti itu.

"Rasydan! Awak buat apa disini? Awak pergi la..."Rayu Kamelia sambil menangis. Dia sudah tidak sanggup melihat sesiapa lagi mati di depan matanya. Cukuplah dia sudah kehilangan kedua-dua ibu bapanya.

"Saya tidak akan biarkan awak dengan lelaki tidak guna ni!"

"Rasydan...Sekarang ni bahaya! Tolonglah dengar cakap saya....Pergilah..."

"Habis tu? Awak mahu saya tinggalkan awak disini? Kamelia...I won't do that!"Rasydan tidak percaya yang Kamelia sudah mengalah.

Dia memandang sekelilingnya dan terdapat mayat Maryam dan Kamal yang terletak beberapa meter sahaja dari mereka.

Hampir saja telinga Kamelia pekak apabila Adam melepaskan tembakan kearah Rasydan. Dia memegang bahunya sambil menahan sakit.

Rasydan dengan tangkas berlari ke arah kiri dan melepaskan tembakan tepat-tepat mengenai lengan dan kaki Adam. Dia segera menarik Kamelia dari lelaki durjana itu.

"Kamelia! Kita perlu pergi dari sini!!"

~~~
Ala... Rasydan kena tembak😔😭 Korang rasa apa yang akan terjadi dekat dorang berdua? Ke mana mereka perlu lari?

Takdir Cinta✔️Where stories live. Discover now