CHAPTER 51 : ARIZE KARZAI

821 77 2
                                    

*Nama Ayrise akan ditukar jadi Arize (Aqua Dragon)*

IKHWAN mengekori Darweez bersama Farhan,Alisa dan Fara juga turut menyusul. Aswandy pula diiringi anak sulungnya iaitu Zaffrey,mengekori lima orang berjalan di hadapan. Zaffrey menghela nafas pendek dan menoleh ke arah ayahnya.

"Ayah,kenapa mereka nak pergi tengok fosil tu?" Soal Zaffrey ingin tahu.

"Entah..." jawab Aswandy pendek dan Zaffrey tercengang.

"Bagaimana tu? Uncle Ikhwan kan adik ayah?" Soal Zaffrey lagi.

"Uncle Ikhwan kau tu,sukar nak diagak..dia tidak beritahu ayah apa yang dia nak buat.."  ujar Aswandy dan Zaffrey sedikit terkejut kemudian memandang ke arah Ikhwan.

"Bagaimana professor boleh jumpa bangkai dia?" Soal Farhan.

"Sebelum saya cipta formula itu,saya jumpa bangkai dia dan saya simpan di satu tempat..." ujar professor itu.

"Tapi bagaimana boleh sampai ke sini? Bangkai dia elok lagi pula?" Soal Fara.

"Seseorang menggelarkan dirinya Z membekukan dia dengan saiz ais yang besar..." jelas Darweez dan Ikhwan hanya tersenyum simpul.

"Z huh? Always show up out nowhere..." kata Farhan tersenyum sambil geleng kepala.

Sebaik tiba di hadapan pintu gergasi sebesar naga,Aswandy menghampiri pintu itu dan menekan pin kod serta sistem imbasan kemudian barulah pintu itu terbuka perlahan-lahan.

Semua menunggu dengan sabar,Alisa menelan air liur gemuruh. Ini kerana kuasa yang dia ada adalah milik seekor naga bernama Arize,genetiknya juga ada di dalam tubuhnya. Ikhwan sedar akan perkara itu,lantas dia pegang tangan Alisa.

"Ikhwan?" Alisa kehairanan dan terkejut kerana Ikhwan tersenyum kepadanya.

"I'm here alright?" Pujuk Ikhwan dan Alisa yang mulanya terkejut,kemudian tersenyum membalas pegangan erat tangannya.

Farhan hanya memerhatikan mereka berdua sekadar tersenyum,tangan Fara dipegang lembut olehnya. Fara sedikit terkejut tapi dia tersenyum,lalu meletakkan kepalanya pada bahu Farhan.

Pintu gergasi terbuka sepenuhnya,dan mereka nampak bekuan ais yang di mana ada naga di dalamnya. Seekor naga berwarna putih cerah,semua tergamam kecuali Ikhwan dan Farhan serta Aswandy.

"This is one of 5 Elements Dragon? Such powerful presence..." ujar Zaffrey menelan air liur,Megalodon spirit beast rakan Zaffrey iaitu Axe turut terasa menggigil.

"Ya...dia adalah antara naga yang bersama Iskandar melawan Marvus seribu tahun yang lalu...." kata Darweez.

Ikhwan pula dengan selamba berjalan ke arah Arize sambil diperhatikan oleh Farhan dan Aswandy,naga yang dibeku dalam ketulan ais dan Alisa ditarik lembut menghampiri ketulan ais gergasi.

"I'll revive her..." ujar Ikhwan.

"Dear?" Alisa terkejut.

Satu tempat di tanah lapang berhampiran istana Rembulan,beberapa askar mengawal dengan suasana tenang diganggu oleh kemunculan Ikhwan dan Alisa bersama ketulan ais gergasi. Mereka semua terkejut dan menghunus pedang,Ikhwan hanya memalingkan badan ke arah mereka dan Alisa sekadar menjadi pendengar.

"Awak..putera keenam negara Mentari,adik kepada Raja Rembulan.." ujar salah seorang askar,dari seragamnya dia adalah seorang berpangkat kapten.

"I'm borrowing this place for a while..." ujar Ikhwan dan menghalakan tangan pada ketulan ais itu.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now