Setelah seminggu berada di luar negara , hari ini Safiya akan pulang ke Malaysia kembali . Segala urusannya untuk bekerja di Malaysia telah selesai . Pada mulanya , abah berkeras untuk dia bekerja disini . Kata abah , gaji dekat sini mahal berbanding Malaysia . Tetapi aku tetap berkeras mahu bekerja di Malaysia . Kalau mengalah bukan Alanna Safiya namanya .
Dirinya mahu merasai bekerja di Malaysia . Daripada kecil abah menghantarnya ke luar negara , walaupun abah bekerja disini . Katanya dia mahu aku berdikari , belajar hidup tanpa abah dan mak . Kalau diorang tak ada abah kata senang, dah biasa . Merepek je abah ni !
Lagipun lagi dua minggu dia akan menghadiri temu duga disebuah hospital swasta di Kuala Lumpur . So , dia ambil keputusan untuk balik awal, nak cari kondo untuk dirinya . Rumah abah jauh dari tempat kerja. Tak larat nak hadap jem tiap - tiap hari !
Seketika kedengaran pengumuman untuk pesawat yang dinaikinya akan berlepas sebentar lagi . Keluarganya dirapati.
"Fiya pergi dulu mak, abah . " kedua - dua ibubapanya disalam . Tidak lupa juga dirinya untuk mencium kedua - dua belah pipi maknya .
"Angah , acik and adik belajar rajin - rajin ya . Jangan main - main tau " nasihat Safiya . Dia sebagai along , dia bertanggungjawab untuk sentiasa memantau adik - adiknya . Kalau boleh dia mahu semua berjaya , dan tidak mengharapkan harta abahnya sahaja .
"Inshallah , along . Take care . And jangan lupa cari abang ipar untuk kita orang " balas Sufian , dan tidak lupa untuk mengusik perkara yang memang alongnya anti mendengar.Safiya menjeling . Tak habis - habis lagi ke ? Semalam bukan main lagi keluarganya memberi ceramah percuma tentang kahwin muda . Beriya betul ! Si acik pula memberi tips untuk mengorat . Dia ingat aku ni jenis perigi cari timba ke ?
Tangannya melambai - lambai sebelum memasuki balai pelepasan. Abah dan mak pulang ke Malaysia lambat sedikit kerana abah ada urusan bisnes di sana. So , hanya dia yang pulang.
**
Asyraf menghempas kasar tubuhnya ke atas sofa . Kalau mummy tahu ni mesti membebel , takut sangat sofa mahal dia ni rosak. Rasa macam di anak tirikan pulak dengan si sofa ni. Tiap - tiap hari suruh bibik bersihkan sofa dia . Over betul mummy ni.Belakang tapak tangannya diletakkan ke atas dahi . Penerbangan dari UK ke Kuala Lumpur mengambil masa berjam - jam. Naik gerutu punggungnya , nasib baik daddy tempah yang first class kalau tak esok juga aku claim dengan daddy .
"Asy, daddy ada benda nak bincang sekejap " ujar Tengku Ahmad. Asyraf terkejut . Sejak bila daddy berada di sini ? Baru je teringat , terus ada depan mata. Ajaib betul. Tubuhnya disandarkan ke sofa kesayangan mummy.
"Apa , dy ?" jawabnya , perlahan .
"Daddy akan transfer Asy dekat Kuala Lumpur . Yang Shah Alam sepupu Asy akan handle . " ujar Tengku Ahmad. Iphonenya dibelek - belek . Banyak dokumen yang dihantar oleh pekerjanya melalui e-mel.
"But --"
"Asy nak jawatan Ceo , right ? " laju Tengku Ahmad memotong. Suka membantah betul anaknya yang ini .
"Hari tu, daddy suruh Asy ke UK Asy ikut , tapi kenapa sampai transfer Asy ke sana pulak ? " bantah Asyraf , dengan nada tidak puas hati. Banyak celoteh betul daddy ni .
"Asy ingat senang ke nak jadi Ceo ? Daddy nak uji Asy , sehingga daddy rasa yang Asy mampu urus semua bisnes daddy . "
"Daddy --"
"Full stop ! Daddy tak nak dengar apa - apa . Kalau Asy membantah jugak , daddy akan terus kasi jawatan ini kepada Hairi . " tegas Tengku Ahmad , hanya dengan cara ini Asyraf akan mendengar cakapnya .
Asyraf mendengus . Ugut je tau ! Rasa muak pulak nak dapatkan jawatan daddy ! Tetapi dirinya belum hilang akal untuk memberi jawatan tersebut kepada sepupunya, Hairi. Terus dirinya melangkah naik ke tingkat atas. Dengan penat yang tak habis lagi , ditambah dengan ugutan daddy yang tak pernah habis . Betul - betul membuat dirinya tertekan !
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
ChickLitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...