Sreet...
Kerusi di meja makan di tarik lalu melabuhkan duduk.Tangan naik memangku kepala.Pening.
"Kenapa dua dua muka macam Zombie tertelan biawak ni?"
"Diam la Abang! orang pening ni...!!"
Haris Irshad tersengih.Cawan yang berisi kopi panas di sua ke mulut.Lalu di hirup perlahan. "Jangan cakap yang korang tak tidur semalam..."
"Errrr....kitorang tidur la..tapi lewat sikit Ermm..sebab Rasya...Errr Rasya suruh teman dia cakap dengan boyfriend dia"
Mencerlung Irasya memandang Myrah yang berada di sebelahnya.Yela tu.. padahal dia yang ajak Irasya marathon drama korea malam tadi.
"Woi!! bila masa pulak ni? padahal kau yang ajak aku Tengok drama sampai pukul 5 pagi...Eiii geramnya!!!" Lengan Myrah di cubit geram.Padan muka siapa suruh cari pasal!
"Adoi! sakit! Sorry sorry...aku mengaku salah! ampun bukk!"
Haris Irshad hanya memerhati,mulut mengukir senyuman seraya kepala di geleng perlahan.Ada ada saja budak dua orang ini.
"Bergayut dengan Abang Aryan ke dik? jangan buat macam ni selalu tau..Karang tak pasal pasal pulak T.D.A Holdings bankrup sebab CEO selalu tertidur masa buat kerja..."
"Mengarut laa dia ni...bila masa pulak orang bergayut! Orang pun tak hinginlah!"
Haris Irshad tergelak kuat.yela tu tak hingin.Padahal dalam hati ada taman.
Haris Irshad yang seronok bergelak ketawa itu di hadapannya di pandang tajam.Kalau abangnya itu berada di sebelah sudah lama dia cubit sampai lebam."Tak hingin konon! padahal dalam hati ada taman bunga.Siap terukir lagi nama Aryan dekat hati tu..." Makin galak lelaki itu ketawa
Sejak bila dia dan Darrish ada hubungan istimewa entah!
Sudu yang berada di atas pingan di ambil.Kalau tak sayang dah lama sudu besi itu di lancar ke kerongkong Haris Irshad."Apa bising bising ni? Abang?" Datin Hanina menghampiri meja makan sambil membawa satu kotak susu lalu di letakkan di hadapan Irasya.Punggung di labuhkan di sebelah anak terunanya.
"Mama...tengok abang ni! tak habis habis nak kenakan Rasya!" Adu Irasya.
"Abang...? Ingat sikit awak tu dah 28 tahun bukan 18... dah tua.Dah pandai fikir baik buruk..Ini tidak, depan rezeki pun nak gaduh? kalau Papa ada ni dah bernanah telinga kamu kena bebel dengan dia..."Nasib baik Dato' Ziad tiada di rumah tika ini, kalau tidak mahu tercabut telinga dia kena bebel.Irasya menjelirkan lidah.Mengejek.Werk!
Padan muka!"Dah! pergi kerja...tadi kata pagi ni ada meeting..."Haris Irshad tayang muka cemberut. "Yela...nak pergi la ni..Nak salam..."Tangan Datin Hanina di cium lembut.
Irasya pula di hampiri.Tangan yang di hulurkan di sambut.Myrah hanya memerhati.Nak salam tak boleh mereka bukan Mahram.
"Nanti Abang sayang call...cakap bakal abang ipar dia kirim salam..."
"Abang!!!! Mama! tengok Abang ni!"
"Haris Irshad......"
"Yela yela...Sorry.Gurau sikit pun tak boleh" katanya sebelum berlalu
Irasya dan Myrah tergelak.Merajukla tu.
"Hah! kamu berdua.Gelak, gelak jugak lepas makan jangan lupa cuci pingan and kemas meja tu.Jangan nak susahkan Mak Timah"
"Ala...ma Rasya pening laa"
"Haip! No excuse!"
YOU ARE READING
Penipuan Hati♥ [HIATUS]
Dla nastolatkówBerita mengenai Khairul Akil yang telah berkahwin menyebabkan Hani Irasya tertekan.Lelaki yang selama ini di cintai sepenuh hati telah menipu dirinya dan dia terpaksa berpura pura kuat di hadapan keluarganya.Di sebabkan hal itu dia memaksa dirinya u...