CHAPTER 54 : ITS A PROMISE

791 72 1
                                    

*Imej Ikhwan pada media*

Asap tebal berkepul seluruh kawasan,Aswandy dan Khaizo menekup mulut. Karma pula mendiamkan diri sahaja,manakala Ikhwan pula mengibaskan tangan dan asap itu terus lenyap. Ikhwan terkejut apabila melihat Farhan melutut sebelah kaki,dadanya cedera akibat serangan daripada Modred.

Ikhwan menoleh ke arah Modred,lelaki itu meletakkan bilah pedang pada bahu. Dia tersenyum sinis dan pipinya sahaja cedera,dia memandang Farhan dengan penuh penghinaan.

"Kau orang pertama mampu cederakan aku..." Modred tersenyum sinis.

"Terima kasih atas pujian kau aku rasa..." Farhan membalas kemudian bangun,dia menekup lukanya.

"Masa untuk mati.." Modred cuba menghayunkan pedangnya.

Namun sebilah pedang tercacak di hadapannya,membuatkan Modred tersentak melihat pedang tersebut. Dia mengenali pedang itu,kerana pedang itulah yang pernah menewaskannya suatu masa dahulu.

 Dia mengenali pedang itu,kerana pedang itulah yang pernah menewaskannya suatu masa dahulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SACRED ROYAL BLADE...." Modred mengetap gigi dan Ikhwan muncul di hadapannya.

"Kau kenal pedang ni? Aku kagum..." soal Ikhwan mengangkat pedang tersebut.

"Pedang itulah yang mampu menembusi zirah aku...mana mungkin aku lupa!" Modred berkata geram dan Ikhwan memaparkan reaksi terkejut.

"Aku kagum...kau beritahu kelemahan kau.." Ikhwan berkata tersenyum selamba.

"Kau berani menghina aku?" Modred bersuara lantang.

"Rasanya tiada sebab untuk aku menghormati kau...." Ikhwan membidas.

Modred mula berang dan terus meluru ke arahnya dengan pantas,Farhan hanya diam dan melihat Ikhwan menangkis serangan pahlawan kegelapan itu. Modred terkejut Ikhwan menepis tetakan demi tetakan tanpa sebarang riak air muka tertekan.

Ikhwan segera mengangkat pedang dan dijulang ke langit,aura dilepaskan dengan daya kuasa yang kuat. Modred tersentak apabila merasai daya kuasa itu,malah dia dapat nampak jelas seperti seekor naga cuba membelahnya dengan cakarnya.

"Kau cederakan sepupu aku..." Ikhwan mula kembali berbicara.

"Ikhwan...." Farhan nafasnya lemah.

"Go to hell Greed!"

ZRAASHH!!!

BRAAMM!!!

Letusan kuat terhasil dan menghasilkan impak yang kuat,Ikhwan menyedari Modred sempat melarikan diri. Farhan pandangannya mula kabur dan rebag,Aswandy segera memanggil medic untuk merawat Farhan.

Fara memeluk Alisa sedih melihat keadaan yang terjadi pada suaminya,lukanya parah namun Ikhwan sempat membantu sedikit. Menjadikannya tidak terlalu serius,Farhan diletakkan dalam Hospital Utama Rembulan. Aswandy mundar-mandir di bilik menghadap raja,Ikhwan muncul dan Aswandy segera mendekati adiknya.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now