CHAPTER 55 : YOU HOLDING BACK,DAMN IT!

827 65 0
                                    

Put the headphones for the immersive experience

Farhan duduk bersila di atas batu besar,dia meletakkan pedang lengkap bersarung di atas ribanya. Matanya dipejam rapat dan Farhan merasai tiupan angin sekeliling kawasan,dia mengingati kembali pahlawan bernama Modred itu bukanlah sembarangan.

"Aku kena tajamkan fokus aku..." Farhan menghela nafas pendek.

Fara memerhatikan suaminya itu dari jauh,dia tidak lari dari risaukan Farhan dan Alisa yang berada di sebelahnya memegang bahunya. Fara menoleh ke arahnya,Alisa mengangguk tanda faham perasaannya.

"Percayakan suami awak Fara,Farhan tahu apa yang ingin dia lakukan..." Alisa berkata sambil menoleh ke arah lain.

Alisa memandang Ikhwan menyilangkan tangan pada dada,memerhatikan Farhan yang masih bermeditasi. Ikhwan tersenyum dan bersila,dia turut bermeditasi. Khaizo yang berdiri tidak jauh dari mereka berdua,bertanggungjawab untuk melindungi mereka jika ada musuh ingin menyerang.

Farhan kini bersama Ikhwan berada di dimensi lain,mereka dalam bentuk semangat dan Farhan menarik nafas pendek. Suasana menjadi sunyi sepi,mereka memasang kekuda dan terus meluru ke arah satu sama lain. Penumbuk mereka berlaga dan impak angin terhasil dengan begitu kuat.

Farhan tersengih dan Ikhwan tersenyum,api menyala di tangan Ikhwan dan terus dilibaskan ke arah Farhan. Si naga angin menarik pedangnya,lalu membelah api marak dengan mudah. Farhan terus bergerak ke belakang Ikhwan dengan pantas,manakala Ikhwan sedar akan gerakan Farhan.

Farhan melibas sepakan deras bertalu-talu,Ikhwan mengelak dengan pantas juga dan menepis setiap serangan yang datang. Mereka melibas satu hayunan pukulan,lalu tercampak ke belakang akibat impak lagaan serangan mereka. Farhan mengimbangkan badan dan kembali mara ke hadapan,Ikhwan yang masih belum stabil kedudukan badannya sedar akan tindakan Farhan.

DUSH!!

Ikhwan tercampak apabila tumbukan dari Farhan,pedang bernama Wyvern Fang diseru kemudian dia melepaskan libasan tanpa henti. Ikhwan yang masih tercampak pada mulanya,tersengih teruja dan badan dia dipusingkan lalu mendarat dengan kasar.

Ikhwan menghasilkan pedang jenis katana dari api birunya,kemudian dia menarik nafas pendek. Ikhwan melibas satu persatu libasan yang datang,Farhan mula menambahkan kelajuan hayunannya.

"Ouhoo kau nak main ya?" soal Ikhwan menarik pedang dihasilkan dari api ke belakang.

Farhan kehairanan dengan apa yang bakal dilakukan oleh Ikhwan,dia segera menambahkan kelajuan libasannya. Ikhwan menarik nafas pendek,kemudian dihelakan dan api biru mula marak di tangan Ikhwan.

"Secret Technique!! CROSSING BLADE!!" Ikhwan melancarkan serangan balas.

ZRASSHH!!

"Teknik itu,mana mungkin!" Farhan terkejut sebelum tersedar dan segera mengelak sedikit ke tepi.

Farhan mengetap gigi melihat libasan pedang tersebut,itu adalah teknik bermain pedang ajaran ayahnya Tuzeman Al'Syufa. Ikhwan meluru ke arah Farhan,dia memberi asakan hebat pada Farhan.

Gerakan Ikhwan umpama tarian,Farhan mendecih dan mengikut rentak Ikhwan. Alisa dan Fara yang menyaksikan pertarungan itu,turut tergamam dengan pertembungan dua pahlawan naga.

ZRASHH!!

PRAK!!

"HIAH!!" Farhan melibas dan tanah bergegar.

ZRASHH!!

KRAKK!!

"Heh!..." Ikhwan menangkis dan tanah menjadi retak dengan dahsyat.

Farhan menggenggam kuat hulu pedang,Ikhwan pula menangkis tetakan Farhan. Mereka melibas serentak dan tanah meretak merekah dengan teruk sekali,debu-debu berterbangan dan Ikhwan serta Ikhwan terseret ke belakang.

"Nice bro...tak sangka ayah aku ajar kau bermain pedang..." Farhan berkata kagum termengah-mengah.

"Thanks,sama pada kau gak..." Ikhwan membalas pujian,dia juga nampak termengah-mengah.

Farhan tersengih dan Ikhwan menghela nafas pendek,mereka berdua memejamkan mata dan aura elemen angin terhasil pada sekeliling tubuh Farhan. Aura elemen api pula pada seluruh tubuh Ikhwan,Fara teruja melihat perlawanan latihan itu.

"Suami saya dan suami akak sama handal! Saya teruja!" Fara berkata sambil mata bersinar-sinar,Alisa tersengih dan ketawa kecil.

"Ya..akak pun fikir macam tu.." balas Alisa tersenyum kelat,dia tahu Ikhwan tidak kuasa penuh.

Aura kuat terhasil dari semua pihak,aura mereka seakan bertembung di antara satu sama lain. Farhan pegang erat hulu pedang dan Ikhwan juga menarik pedang ke belakang,mereka berbalas renungan dan nafas ditarik dalam-dalam.

"Secret Hidden Technique..." Farhan mengatur nafas.

"Secret Hidden Technique..." Ikhwan juga sudah bersiap sedia.

"Macam teknik sama bakal bertembung sahaja.." Alisa menduga dan Fara terkejut.

Farhan dan Ikhwan mula melibas,seakan masa menjadi perlahan dan dua aura hijau cerah serta biru laut bertembung. Sebaik dua bilah melakukan libasan,masa kembali normal dan gegaran serta impak yang kuat berlaku.

"DRAGON STYLE!! CUTTING THE DEMON...!!!"

Teknik mereka bertembung dan gegaran dahsyat berlaku,serpihan rekahan tanah terapung dan Farhan serta Ikhwan mengetap gigi. Libasan cahaya mereka bertembung,cahaya yang berbentuk bilah pedang bergeser.

"Come on Farhan! Its that all you got?!!" Ikhwan melakukan provokasi.

"Ergh!!...." Farhan memegang erat hulu pedangnya,rambutnya berubah warna hijau kecerahan.

"Show me the true power of 5 Elements Dragon!!!" Ikhwan memberikan cabaran.

"FINE YOU WANT THIS!!? TAKE THIS!! HAAA.....!!!!" semakin lama semakin kuat tekanan datang dari Farhan,Ikhwan terkejut sebelum tersenyum simpul.

"That's it bro..."

Permandangan menjadi putih selepas itu,Alisa dan Fara terkejut kemudian Farhan sedar dari bermeditasi. Ikhwan pula hanya menghela nafas pendek,kemudian tanpa disangka dia terus melutut sebelah kaki.

"Nice technique bro..its my lose.." Ikhwan menyerah kalah,kemudian dia terus duduk.

Alisa segera mendapatkan Ikhwan,Fara pula menghampiri Farhan yang tersenyum. Farhan memejamkan matanya,peluh mengalir dan dia buka semula matanya serta memandang ke arah Ikhwan yang bangun sambil dibantu oleh Alisa.

"Fuck it,you holding bro..." Farhan berkata tidak puas hati,Ikhwan tersengih sahaja.



















" Farhan berkata tidak puas hati,Ikhwan tersengih sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now