---
"Ishh... ke mana pula perginya hadiah tu?"
Jinhwan mula mengeluh resah. Setiap satu barang yang disimpan di dalam laci kayunya dipunggah. Jinhwan amat yakin dan pasti , di sinilah tempat dia menyimpan kotak kecil itu malam tadi.
Dan objek itu sepatutnya dihadiahkan kepada Jaewon pada sambutan hari lahirnya malam nanti.
Tanpa sedar , Jinhwan sudahpun mengusutkan rambut coklat keperangannya yang baru sahaja disisir kemas sebentar tadi.
"Ah , mungkin aku salah letak agaknya."
Mata Jinhwan meliar ke setiap sudut ruang yang agak luas itu dan kemudiannya mengerling ke arah laci Junhoe.
Memandangkan mereka saling berkongsi bilik tidur dan laci mereka juga hampir sama coraknya , tidak mustahil jika Jinhwan tersalah letak barang miliknya di mana-mana.
Sedangkan pakaian Jinhwan dan Junhoe juga sentiasa tertukar , jangan disebut tentang barang peribadi mereka.
Jinhwan menarik laci pertama dari bahagian paling atas kepunyaan Junhoe. Barang yang elok tersimpan di dalam ruang kecil itu kini habis bersepah gara-gara ulah tangan kecilnya.
Untunglah , Junhoe tiada hak untuk memarahinya nanti kerana laci itu tetap hak milik Jinhwan.
Ya , lelaki bertubuh genit itulah yang membeli kedua-dua buah laci tersebut beberapa bulan lepas.
"Di bawah ni agaknya.."
Laci kedua yang berada di antara ketiga-tiganya ditarik. Tiada. Laci yang terakhir pula dibuka. Kali ini , Jinhwan tidak sengaja menariknya dengan terlalu kuat.
Laci itu terjatuh menghempap lantai. Mujurlah tiada kerosakkan di mana-mana. Matanya kini tertancap pada setiap satu barang yang berada di dalamnya.
Tetapi lain yang dicari , lain pula yang dia temui.
Beberapa biji pendrive dan berpuluh-puluh keping CD dilihat tersusun kemas. Tidak seperti objek lain yang seolah-olah hanya dicampak ke dalam laci tersebut.
Filem? Sayang sekali , Junhoe tidak menganggap aktiviti menonton filem atau drama itu sesuatu yang menyeronokkan.
"Porn?"
Jinhwan masih kaku di tempatnya. Mata sepetnya terus terkebil-kebil tidak percaya. Otaknya masih tidak cekap untuk mentafsir apa yang baru sahaja dilihat olehnya.
Junhoe menyimpan bahan pornografi sebanyak ini?
Jinhwan sendiri pun tidak banyak menonton. Apatah lagi menyimpan bahan-bahan ini dalam jumlah yang tidak terkira seperti itu. Kebanyakannya pun hanya dipinjam dari Hanbin dan Jiwon.
"Jinhwan hyung! Dah siap ke? Jomlah.. nanti jalan sesak."
Jinhwan hampir melatah tatkala mendengar pekikan dari luar. Mujurlah , pintu bilik itu telah ditutup rapat.
"Donghyuk , ada nampak Junhoe tak?"
Tangan Jinhwan ligat menyimpan semula barang-barang Junhoe yang telah dipunggahnya tadi.
"Dia dah pergi dulu."
"Oh , baiklah. Suruh yang lain tunggu sekejap."
"Nae..."
---
Continue or unpublish? :3
YOU ARE READING
Lover's Lies [ JunHwan18+ ] ✔
RomanceRindu? Tidak pernah sesekali pun mereka ungkapkan. Sayang? Semakin tebal dinding ego kedua-dua mereka untuk mengakuinya. Cinta? Hanya nafsu yang akan mengikat mereka selamanya. || 구준회 ft. 김진환 ||