Bab 1

19 0 0
                                    

Bola mata Farwizah tidak beralih memandang kerusi yang tidak berpenghuni di hadapannya. Sesekali, dia mengerling ke muka pintu. Berharap agar si pemilik kerusi itu segara memanculkan diri, namun hampa kerana bayang itu masih lagi tidak muncul.

"Mana dia pergi ni? Dia tak tahu ke hari ni kita ada mensyuarat?" wajah Farwizah sudah mencuka. Langsung tidak tercalit senyuman di bibir.

Masing-masing sudah menggaru-garu kepala. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan pada Farwizah. Berulang kali mereka meneguk liur tatkala melihat kemarahan Farwizah. Sungguh, mereka jadi gerun apabila melihat ekspresi muka sang ketua.

Farwizah mendengus marah. "Saya ni cukup pantang kalau ada orang yang tak pandai nak tepati masa! Apa, dia ingat dia tu bos ke? Hah, saya pulak yang kena tunggu dia kat sini? Saya ni bukan tunggul kayu tau!" Api kemarahannya semakin mencanak naik.

Bisu, tiada seorang pun yang berani mencelah. Bila Miss Singa naik angin, memang haru biru jadinya. Silap hari bulan, bangunan yang kukuh ini pun boleh tumbang dikerjakan Farwizah.

Farwizah menoleh memandang Afika "Afika?"

"Ya, bos?" jawab Afika.

"I nak you call dia sekarang! Suruh dia cepat-cepat datang ke bilik mensyuarat!" arah Farwizah.

"Baik,bos"

Gagang telefon diangkat, lalu diletakkan ke telinga. Satu nombor telefon didail. Seminit dua berlalu, tiada tanda-tanda untuk si pemilik nombor itu menjawab panggilannya. Hanya suara operator yang menjadi peneman setiap walau di mana berada itu sahaja yang menjawab.

"Tak dapat bos," beritahu Afika.

"Cuba sekali lagi!" arah Farwizah.

Sekali lagi Afika mencuba, namun sekali lagi juga jawapan sama yang diterimanya. "Masih tak dapat, Bos!"

Farwizah semakin bengang. " Tak apalah, Afika. Kita tunggu aje sampai dia datang."

Afika hanya mengangguk. Gagang terletak semula ke tempatnya. Dia mengerling sekilas memandang Farwizah. Tidak barani hendak menjawab panjang-panjang. Bimbang kalau-kalau mengundang kemarahan ketuanya itu. Angin Wanita di hadapannya itu bukan boleh diduga. Angin puting beliung!

Sementara itu, Hazim yang sedang duduk di sebelah salah seorang staf syarikat dari Jabatan Operasi, bertubi-tubi menghantar Whatsapp dan mesej pada sahabatnya, namun langsung tidak berbalas. Dia mendengus perlahan. Sakit hatinya apabila mengenangkan kecuaian lelaki itu. Bukannya lelaki itu tidak tahu bahawa hari ini mereka ada mensyuarat, tapi dia sengaja buat-buat lupa. Yang menyakitkan hati, lelaki itu boleh menayang muka selamba dan sengihan di bibir. Seolah-olah dirinya itu tidak melaku sebarang kesalahan.

Dia mendongak memandang Farwizah yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh. " Saya mintak izin untuk keluar sebentar." suaranya memohon keizinan sambil menunjuk telefon.

"Hmm..." balas Farwizah tanpa menoleh ke arah Hazim. Lantas, Hazim bangun, lalu menyusun langkah keluar dari bilik mensyuarat. Laju langkahnya diayun menuju ke kuantar di hadapan pejabat. Sesudah sampai di kuanter di hadapan pejabat, Segera dia mendail nombor telefon seseorang. Seminit dua, akhirnya kedengaran nada bersambut.

"Hello?"

"We bro, kau kat mana sekarang ni? Apasal lambat sangat? Miss Singa tu dah naik angin tau! Kau memang sengaja nak buat pejabat kita ni jadi tunggang-langgang ke apa?" Hazim menengkin dengan suara keras.

Ajmal terkesima. Tatkala mendengar kata-kata Hazim. " Kau asal bro? Yang nak marah aku kenapa? Aku ada buat salah apa?" Dia menanya rakan dengan sedikit geram.

Miss Singa & Mr Selamba Where stories live. Discover now