02 장

1.8K 90 13
                                    

---

"Happy birthday , One!"

Ternyata lantang dan jelas sorakan mereka itu sehingga mampu menyaingi dentuman irama muzik yang cukup membingitkan telinga si pendengar. Namun , apa yang perlu dihiraukan? Suasana kelab malam di bandar Seoul sememangnya begini. Meriah dan bingit , tidak begitu?

Jangan disebut tentang Jiwon yang kini berdiri di atas meja bar sambil membuat bunyi-bunyian pelik bersama Hanbin.

"Cheers!"

Masing-masing menjulang tinggi gelas kaca yang dipegang oleh mereka sebelum diteguk serentak umpama satu tradisi keluarga.

Satu-persatu di antara mereka yang dijemput ke parti itu kemudiannya datang merapati Jaewon lalu secara spontan saling melagakan telapak tangan mereka dengan miliknya.

Begitu juga yang dilakukan oleh Jinhwan sebelum mendepakan tangannya ke sisi untuk memeluk figura itu.

"Hey , tak ada hadiah ke?"

Jaewon mengintai kedua-dua belah tangan kecil Jinhwan untuk melihat apa yang mungkin dibawakan oleh lelaki itu untuknya. Tetapi tiada. Kosong.

Jinhwan menggigit bawah bibirnya lalu menunduk. Raut wajahnya jelas menandakan rasa serba salah. Jinhwan sendiri pernah berjanji dengan Jaewon. Mana mungkin salah seorang daripada mereka akan terlupa , bukan?

"Ah , itu...."

Kini , Jinhwan pula yang berasa menyesal kerana terlalu mudah mengungkapkan janji.

"Kau tak sempat beli hadiah tu?"

Jinhwan menggeleng.

"Bukan... aku cuma tak ingat di mana aku letakkannya."

Sekali lagi , dia menunduk kesal.

"Boleh aku tau apa yang kau nak bagi?"

Jaewon tersenyum ㅡ menyandarkan punggungnya pada meja bar.

"Friendship ring dalam kotak kelabu dengan ribbon pink. Memandangkan aku dah beri pada yang lain , aku tempah satu lagi , untuk kau." Jawab Jinhwan tenang.

Jaewon memusingkan tubuhnya. Tangan bertatu lelaki itu ligat mencari sesuatu di bawah timbunan kotak hadiah yang diterimanya. Kotak kecil dengan riben merah jambu diambil.

"Maksud kau , yang ini?"

Mata Jinhwan membuntang luas. Bagaimana hadiah yang sepatutnya dia berikan boleh sampai terlebih dahulu ke tangan Jaewon?

"Siapa yang bagi ni?"

"Junhoe."

---

Mata Jinhwan meliar ke setiap sudut kelab malam itu ㅡ hanya untuk mencari kelibat Junhoe yang langsung tidak memperlihatkan batang hidungnya sejak pagi tadi.

Melihat susuk tubuh Junhoe yang sedang duduk berseorangan di salah satu sudut gelap tempat itu , Jinhwan segera membuka langkahnya.

"Yah!!"

Suasana yang terlalu bingit pada ketika itu memaksa Jinhwan untuk menjerit. Punggungnya dihenyakkan ke atas kerusi ㅡ bertentangan dengan tempat duduk Junhoe.

"Perlu ke kau ambil hadiah aku , huh? Atau kau tak ada duit untuk beli hadiah sendiri?"

Junhoe meneguk minumannya. Soalan Jinhwan dibiarkan tidak berjawab.

"Hoi! Kau dengar tak ni?"

Junhoe terus mendiamkan diri. Rambutnya dikusutkan dengan jari-jemari sendiri. Melihat keadaan sahabatnya yang seperti sedang dilanda masalah itu , Jinhwan mengeluh. Mati niatnya untuk memarahi Junhoe kerana kotak hadiah itu.

"Kenapa dengan kau ni , huh?"

Jinhwan menuang cecair memabukkan dari botol yang dipilih Junhoe ke dalam gelasnya lalu diteguk. Tanpa dia sedar , alkohol yang diminum Junhoe itu mampu membuatkannya mabuk berat.

"Tak ada apa.."

Junhoe menatap mata Jinhwan sambil tersenyum kelat. Lelaki bertubuh genit itu juga sudah mati akal hendak memujuk Junhoe bercerita tentang masalahnya.

"June.. kawan tak sepatutnya ada rahsia , kan?"

---

Lover's Lies [ JunHwan18+ ] ✔Where stories live. Discover now