2013
Seperti yang telah dimaklumkan di part 1, kedua ibubapa aku telah merujuk semula. Pada mulanya aku sedikit tidak selesa dengan keberadaan ayah aku di rumah. Bayangkan lah. 3 tahun hidup di rumah tanpa lelaki melainkan abang aku. Jadi aku mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Ayah aku masih bekerja di negeri lain sedangkan aku dan ibu tinggal di tengah bandar raya Kuala Lumpur yang sibuk. Perkahwinan jarak jauh menyebabkan ibu aku membuat keputusan untuk tinggal bersama ayah berdekatan kampung halaman mereka pada akhir tahun 2013. Pada mulanya aku menentang. Aku dah hidup di Kuala Lumpur sejak lahir. Terpaksa tinggalkan rakan - rakan sepermainan yang banyak membantu aku dalam keadaan susah dan senang. Tetapi siapakah aku untuk melawan keputusan ibubapa aku? Ada juga yang dilabel sebagai 'si tanggang'. Jadi,aku ikutkan sahaja kehendak ibubapa aku.Harinya sudah tiba. Hari dimana aku terpaksa berpisah dengan rakan-rakan baikku atau 'keluarga kedua' ku.
'Kau jangan lupakan kitaorang'
'Jangan pendam masalah kau.' 'Mesej kitaorang kalau kau dalam tekanan'
'Kitaorang sayangkan kau'Itulah kata-kata terakhir dari mereka ketika kami berpelukan sambil menangis teresak-esak.
' Jom gerak sekarang. Nanti lambat' - kata ibuku
Aku memasuki kereta dengan hati yang berat. Dekat 13 tahun aku tinggal disini. Akhirnya aku terpaksa meninggalkan negeri kelahiran ku.
2014
Sekolah baru. Rakan baru. Semua baru. Aku melangkah masuk ke sekolah dengan penuh keberanian walaupun dalam diri ni hanya tuhan sahaja yang tahu gemuruhnya. Pelajar- pelajar baru diasingkan ke sebuah bilik untuk 'diceramah' oleh seorang guru lelaki yang berjambang.' Ahhh baru sehari masuk sekolah dah kena dengar taklimat' keluh ku
Aku hanya mendengar 'taklimatnya' tetapi mestilah masuk telinga kanan,keluar telinga kiri. Siapa saja yang mahu mendengar taklimat di waktu pagi pada first day sekolah? Selepas diberikan taklimat, kami diasingkan mengikut kelas berdasarkan keputusan upsr. Alhamdulillah aku dapat masuk kelas pertama.
Hari-hari aku semuanya normal. Belajar dan bersosial. Tetapi ia tidak kekal lama. Aku dapat rasakan ada perkara yang berlaku dalam keluarga aku. Seperti ia disembunyikan daripada aku. Aku yang jenis i dont give a shit (maaf termencarut) membiarkan sahaja perasaan tu. Dan semunya terungkai satu persatu. Hubungan ibubapaku kembali retak dengan ada nya orang keempat. Kenapa bukan ketiga? Sebab ada empat orang la. Sekali lagi aku malas nak amik tau. Pandai-pandai mereka la settle sendiri. Baik aku tidur atau belajar walaupun aku malas.