Prolog
"Aku tau, aku tak patut masuk campur sangat masalah orang, tapi....."
Mataku merenungnya, menantikan ayat-ayat sambungan yang bakal keluar dari mulutnya. Sesekali kedengaran nafasnya dihela seakan-akan ada sesuatu yang berat untuk diucapkan.
"Kenapa kau suka sangat membisukan diri?...."
Kening kanan aku terangkat. Terkejut sedikit dengan soalan itu, namun seperti biasa, aku mengekalkan poker face pada wajahku.
Aku tersenyum simpul, tidak pasti ikhlas atau tidak, mungkin sekadar untuk menghilangkan kerunsingan yang terlakar di mukanya, atau sekadar menghilangkan rasa janggal.
"Tak ade apa-apalah. Kau je yang terlebih risau," aku memandang ke arah mukanya dengan senyuman palsu.
Malang sekali, topeng senyuman palsu aku tidak berjaya memperdayakannya. Aku dapat melihat keraguan remaja lelaki berkulit sawo matang ini melalui anak matanya yang coklat itu.
"Cuba kau ceritakan apa masalah kau yang sebenar. Kau sedar kan perangai kau ni buat ramai budak course kita kecik hati? Orang pun dah mula tuduh kau sombong." Bola matanya yang merenung tepat ke anak mataku, jelas membuatkan aku kelu sekejap. Entah kenapa aku tak boleh menipu renungan itu. Normal bagi mana-mana lelaki, susah untuk menipu bila direnung anak mata. Mesti budak ni ada baca buku psikologi ni, getus hatiku.
Aku sebenarnya cukup malas nak berkongsi pasal benda ni, lagi-lagi dengan spesis sejantinaku. Bagi aku, lelaki sering memandang enteng masalah yang dihadapi kawan sejantinanya. Aku deep down, tak mahu dipanggil lemah. Tapi who know if suddenly ada seseorang manusia yang boleh selesaikan masalah aku ni?
Mataku memandang matanya, seolah meminta keizinan berbicara. Matanya pula mempersilakan mulutku menjawab persoalan yang dikemukakan.
........
........
"Sebenarnya......."
YOU ARE READING
Bisu Seorang Extrovert
Fiksi RemajaIni adalah kisah, tentang seorang lelaki extrovert yang tiba-tiba menjadi si introvert, yang jengkel terhadap dunia yang bising, tetapi merindui tawanya sendiri.