Bahagian 1

54 1 0
                                    

Stesen Alor Setar, 2012.

"Stesen selepas ini adalah stesen Alor Setar......Alor Setar. Kepada para penumpang yang akan turun di stesen ini, sila awasi barangan anda. Keretapi akan berhenti sebentar lagi........ting! ting! ting!"

Bunyi pengumuman yang keluar dari corong pembesar suara kereta api mengejutkan aku daripada tidur yang lena. Cepat-cepat aku menyeka mulutku kalau-kalau ada tumpahan yang mengalir secara tidak sengaja semasa aku terlelap. Sesekali, aku menggosokkan mata aku untuk menyedarkan diriku dari mamai. Pemandangan  sawah  padi  di  luar  tingkap  menjadi  objek  pertama  yang  menjengah  ke  anak  mata.

"Ehh, dah sampai Kedah rupanya. Aku rasa macam baru sat tadi ja kat Penang...." aku bermonolog  sendirian. Silau mentari pagi menerjah masuk melalui jendela keretapi tersebut. Aku mengecilkan mata kerana merasa silau dengan cahaya yang menusuk mataku. Mana taknya, cahaya last sekali yang aku nampak adalah sewaktu kereta api ini berhenti di stesen Butterworth, yang mana terdapat cahaya dari jeti yang aku sendiri tak berapa nak pasti puncanya. 

Aku melihat ke luar jendela dengan kepala yang pening. Ini adalah perjalanan yang paling jauh pernah aku lalui. Sebelum ini, aku menyangkakan bahawa Gurun itu sudah cukup jauh bagi aku, rupa-rupanya ada yang lebih jauh daripada itu. Perjalanan selama enam jam itu memang betul-betul membosankan bagi aku. Ramai orang fikir, oh, naik kereta api ni best, nampak cahaya malam-malam. Diorang tak tau yang aku kena bangun pukul 2 pagi tiap kali nak balik asrama untuk naik train pukul 3 pagi, dengan mengantuknya lagi. OK fine, aku tipu, tak tidur pun.

Perjalanan jauh itu dah jadi asam garam hidup aku sepanjang bergelar pelajar universiti. Bapak aku – yang lebih mesra dipanggil aku sebagai Abah - mahukan aku bawak motor je kat uni. Masalahnya, aku still gugup dan fobia nak naik motor lepas dapat tau ada bekas student kolej lama aku meninggal atas jalan raya lepas accident dengan lori. Kesudahannya, motor aku tu hanya duduk saja di rumah, kadang-kadang jadi peneman Abah ke masjid atau digunakan aku bila nak melatih dan membuang rasa takut itu. Walaupun rasa gugup dan takut itu berjaya diubati sedikit demi sedikit, namun aku masih cuak nak bawaknya sampai ke Perlis.

Aku melihat sekelilingku. Budak Cina yang berusia hampir sebaya aku di seat sebelah nampaknya dah tiada. Mungkin dia turun waktu kat Penang tadi. Seat-seat yang penuh dengan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang sarat dengan bagasi macam gelandangan di baris depan pun dah tak ada. Biasalah, dah sampai hujung-hujung Malaysia ni, memang kereta api jadi macam lengang sikit.

Biasanya, aku akan memasang earphone untuk menghilangkan boring, tapi memandangkan aku terpaksa alert disebabkan aku kena turun kat stesen Arau, stesen selepas ini, jadi aku memilih untuk membuka mata luas-luas dengan menyegarkan diri. Keropok  yang  aku  simpan di  dalam  beg, aku  keluarkan  buat  mengisi  perut. Sambil itu, aku  memandang  rumah-rumah  kampung  dan  sawah-sawah  terbentang  yang  bersempadan  dengan  landasan  dengan  pandangan  yang  kosong. Terasa  lama  sungguh  perjalanan  yang  aku  hadapi  disebabkan  kelajuan  keretapi  yang  berjaya  dipintas  beberapa  kereta  di  jalan  raya  berhampiran. Pada  ketika  itu, masih  belum  wujud  perkhidmatan  keretapi  eletrik  dan  komuter  di  laluan  utara, yang  mana  ketika  itu  hanyalah  hak  ekslusif  warga  Lembah  Klang  sahaja. Permandangan  bendang yang  asalnya  bagai  laut  terbentang  luas,  kini  mula diisi  dengan  bukit-bukit  batu  kapur  seakan-akan  pulau-pulau  yang  terapung  di  atas  hamparan  yang  menghijau.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 22, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bisu Seorang ExtrovertWhere stories live. Discover now