02

32 4 4
                                    

Taehyung tidak dapat fokus semasa menolong Mr Lee iaitu staff PA sistem sekolah. Dia asyik memikirkan tentang kata2 Jungkook kelmarin.

"Taehyung, awak okey? Dari tadi saya tengok kamu termenung. Ada apa2 tak kena?" Tanya Mr.Lee risau. Taehyung mengeluh kali kedua sebelum menggeleng.

"Kalau macam tu. Awak boleh balik. Terima kasih ya" Taehyung tersenyum lalu menunduk hormat. Kemudian melangkah keluar dari bilik tersebut.

++++

Hujan lebat membasahi bumi pada petang itu. Hana yang baru selesai mencari maklumat di pusat sumber terperangkap di perhentian bas. Dia hanya menggoyangkan kaki sambil mata mendongak ke langit. Tiada sebarang tanda untuk berteduh. 'Memang bermalam dekat sini lah aku'
B

eberapa minit kemudian, Taehyung berjalan dengan tangannya di dalam poket. Taehyung perasan bahawa Hana berada di bangku tersebut terus dia berhenti di hadapan Hana. Hana yang dari tadi mendongak, terganggu akibat Taehyung menghadangnya.


"Aku ingat kau sudah balik" Taehyung masih kekal dengan wajah cool. Tapi, kebelakangan ini, apabila dia berdiri berdekatan dengan Hana, jantung dia tidak akan berhenti berdegup laju.

"Tak. Aku tolong Mr Lee tadi." Hana mengangguk tanda faham. Taehyung terus duduk bersebelahan Hana. Hana berasa hairan. Kenapa dia tidak balik sedangkan dorm tidak jauh?

"Kenapa kau tak balik?"

"Sebab kau tak berteman"

"Ada. Hujan yang temankan aku"

"Hujan ditemani awan. Dan aku ditugaskan untuk temankan kau" Taehyung memandang anak mata hazel Hana. Sungguh cantik!. Matanya yang bersinar, dan sedikit kebiruan. Tiba2 Hana berdehem membuatkan Taehyung mengalihkan pandangan. Malu! Itu dirasakan oleh Taehyung

"K-kau baliklah. Aku okey" kata Hana yang sedikit gementar. Lain pula yang dirasai setelah dipandang sebegitu rupa oleh Taehyung. Taehyung mula berdiri dan matanya tidak lepas memandang Hana.

"Betul? Tengok kau kesejukan." Taehyung menanya untuk kepastian. Hana mengangguk kepalanya. Dia taknak menyusahkan Taehyung.

"Huh. Degil" desis Taehyung perlahan sebelum pergi. Hana juga tidak sangka Taehyung akan meninggalkannya.

GRUM

Panahan kilat memancar di langit menyebabkan Hana menggigil ketakutan. Sungguh dia menyesal menyuruh Taehyung pergi. Dia keseorangan, kesejukan. Hatinya terdetik untuk singgah ke dorm Taehyung. Tapi setelah difikirkan risikonya, memang sukar. Dia hanya menunduk. Dia sangat phobia akan petir. Tidak lama kemudian, sebuah kereta berhenti di hadapan perhentian bas. Seseorang keluar dari kereta lalu mendekati Hana.

"Hana."seseorang menyapa Hana. Hana mengangkat kepalanya untuk melihat tuan punya suara. Senyuman kelat terukir.

"Oh awak rupanya Junhoe." Kecewa. Ya. Dia sangkakan Taehyung akan berpatah balik.

"Kenapa awak tak call saya? Nasib baik saya ada tengok awak . Jum saya hantarkan awak balik" Junhoe menghulurkan tangannya. Serta merta Hana menyambut.

Dreams +kthWhere stories live. Discover now