Rasa

2 0 0
                                    

Jika kau tahu,
Betapa sakitnya menahan rasa.
Sumpah aku katakan,
Kau pasti mahu minta hati untuk dihancurkan.

Jika kau tahu,
Betapa sakitnya pabila cinta kau terhadap tuhan tidak sehebat cinta kau pada si dia.
Pasti kau minta dilupakan cara bagaimana cara untuk menyayangi seorang manusia.

Kerana hati.
Hati aku jadi begini.
Emosi aku bercelaru.
Fikiran aku tak menentu.

Aku berharap,
Cinta bukan seperti ini.
Hati aku ibarat bola yang dimainkan oleh anak anak kecil.
Dilempar ke sana  sini.
Dan pada akhirnya ,
Bola itu hancur dan ditinggalkan begitu sahaja.

Ingin sahaja aku pinta.
Dilahirkan seorang insan.
Yang tidak punya rasa apa apa.
Yang hanya dia tahu,
Mencintai Rabbnya.
Tolong aku,
Ya Rabb.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 23, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hati.Where stories live. Discover now