03 장

1.6K 86 78
                                    

---

"June.. kawan tak sepatutnya ada rahsia , kan?"

Mendengar kenyataan Jinhwan yang seumpama suatu pujukan buat lelaki itu , Junhoe akhirnya mengalah.

Raut wajahnya yang serba tidak kena itu diraup kasar dengan kedua-dua belah tapak tangan. Fikirannya kusut memikirkan tentang masalah yang tidak dapat dia tangani seorang diri.

Bukan Junhoe tidak sudi untuk berkongsi masalahnya dengan sesiapa. Ia hanya memalukan. Masalah Junhoe lebih bersifat peribadi. Jadi , hanya dia yang seharusnya tahu tentang perkara tersebut.

Junhoe kembali menjatuhkan tangannya ke atas meja.

"Sejak kebelakangan ni... aku tak boleh kawal nafsu aku."

Jinhwan menjungkitkan sebelah keningnya. Barangkali kerana alkohol yang diminum , pandangannya sedikit kabur. Pendengaran Jinhwan juga menjadi tidak jelas gara-gara muzik yang terlalu kuat terus bergema tanpa henti.

"Apa... maksud kau?"

Junhoe tersengih.

"Kau bukan sex addict. Apa yang kau faham?"

Minuman keras tersebut diteguk figura genit itu lagi ㅡ cuba untuk menghadam setiap satu perkataan yang disebut oleh Junhoe dengan otaknya yang mula bergerak perlahan.

Sex addict?

Kenyataan itu umpama satu jenaka bagi Jinhwan. Selama mereka berkongsi bilik , Junhoe tidak pernah tertangkap menonton atau melakukan sesuatu yang tidak senonoh.

Tetapi bagi lelaki , nafsu itu adalah suatu lumrah buat mereka. Ada masanya Jinhwan terpaksa menguruskan nafsunya sendirian di bilik air. Jadi , tidak mustahil juga untuk Junhoe melakukan perkara yang sama.

"Kau tentu dah nampak semua CD dan pendrive yang aku simpan , bukan?"

Jinhwan terdiam seolah-olah dirinya telah ditangkap menyelongkar hak milik Junhoe petang tadi.

"Mungkin itu tandanya kau perlukan girlfriend?"

Jinhwan memberikan pandangan.

"Nonsense. Kau rasa semudah tu ke untuk ajak perempuan macam Yeeun tidur dengan aku?"

Junhoe tersenyum sinis. Gadis idaman ramai lelaki itu mula mengambil tempat di hati Junhoe sejak tahun lepas lagi. Jika dahulu Yeeun seorang yang pendiam , kini gadis itu sudah pandai bersosial.

Penampilannya pada majlis makan malam tahun lepas juga menyedarkan Junhoe bahawa dia tidak sepatutnya memandang rendah mana-mana perempuan sebelum ini.

Keimanan lelaki mana yang tidak menggedolak di saat melihat gadis itu berpakaian ketat dan singkat di majlis makan malam tempoh hari?

Kerana dia jugalah Junhoe berubah menjadi tidak lain dan tidak bukan seorang sex addict.

Kini Jinhwan faham. Sahabatnya itu meminati seorang gadis yang berpenampilan cantik dan seksi. Masalah Junhoe pada ketika ini hanyalah dia tidak berani untuk menyapa Yeeun kerana bimbang niatnya yang hanya mahu meniduri gadis itu diketahui.

"Aku rasa kau patut cuba dengan seseorang dulu. Sekurang-kurangnya kau dah ada cukup pengalaman sebelum buat semua tu. Taklah nanti dia rasa tak puas."

Junhoe menghentam meja itu dengan tapak tangannya. Kolar baju Jinhwan dicengkam.

"Kau perlekehkan aku ke?"

Nampaknya Junhoe terlalu mengambil serius gurauan Jinhwan itu. Lelaki bertubuh genit itu segera menggeleng perlahan.

Dia sama sekali tidak bermaksud untuk memperkecilkan sahabatnya itu. Bahkan menonton video berunsur dewasa sahaja sudah cukup untuk Junhoe.

Cengkaman tangan Junhoe akhirnya dilepaskan. Lelaki itu kembali duduk di tempatnya dan mengeluh.

"Jinhwan.. kau betul-betul kena tolong aku... aku asyik berimaginasi yang bukan-bukan tentang Yeeun sampaikan kau pun aku nampak macam dia."

---

Yeeun tu cuma random character. So terpulanglah if readers nak imagine Yeeun as diri sendiri :3

Lover's Lies [ JunHwan18+ ] ✔Where stories live. Discover now