"Dendam dendamku sacra, Aku bakal nampani paukuman, Aku bakal nyembah gunung-gunung Iblis mbusak kabeh desa Padang Kemunting"
Di sebuah taman permainan Kampung Padang Kemunting kelihatan sekumpulan remaja sedang berborak sesama sendiri.
"Ck,Helmi macam mana, kau ada dengar tak kisah penduduk kampung kita dikacau jembalang Bukit Terbelah?"soal Jut kepada kedua sahabatnya itu
"Kenapa kau tanya soalan macam tu?"tanya Ck yang diketahui kurang berminat akan kisah ini atas asbab yang masih menjadi misteri.
"Ah, kau ni Ck bagi la Jut cerita, kau ni takleh blah lansung." Helmi memarahi sahabatnya itu.
"Masalahnya aku tidak suka, kalau kau nak cerita aku balik dululah." Ck membuat gaya merajuk.
"Ck, dengar apa aku nak cakap ni, kau tahu tak orang kampung nampak hantu Tok Seman." Jawab Jut membuatkan Ck dan Helmi terkejut.
"Maksud kau?"soal Helmi pula.
"Syhh, kau ada dengar sesuatu tak?" soal Jut membuatkan ketiga sahabat itu terdiam.kedengaran satu suara garau sedang mendengus berhampiran belukar di sebelah mereka.
"Kau berdua duduk disini, biar aku intai."Jut menawarkan diri untuk mengintai apa yang berhampiran mereka.
"Lari!" jeritan suara Jut menyebabkan ketiga sahabat itu bertempirian beredar dari situ.
"Aduh!" satu suara lelaki tua mengaduh kesakitan akibat dilanggar sesuatu.
"Lah, kamu bertiga ni kenapa macam cacing kepanasan nje?' soal lelaki tua itu sambil menggosok pinggangnya yang sakit akibat rempuhan itu.
"Tok, kami nampak hantu!" Jut bersuara ketakutan.
"Hantu apa ni?" soal lelaki tua tu lagi.
"Lelaki kepala kambing tok, dia sedang makan jasad bang budin."
"Apa! hari ini berapa haribulan?" soal lelaki tua itu lagi
"27 jun tok." Jawab Jut sambil melihat kelendar di telefonnya.
"Allah, kamu semua pergi ke rumah Tok Maliq, bagitahu dia aku mahu adakah perjumpaan malam ini"
"Errr, baik tok" ketiga sahabat itu mengangguk perlahan lantas bergegas dari situ...
"Abang, kenapa saya lihat asyik kehulu kehilir je?" soal Nek Tima kepada suaminya yang kelihatan resah.
"Si Kitol, dia sudah muncul balik Tima, kampung kita dalam bahaya." Tok Maliq sambil membaca sesuatu.
"Apa, bukankah makhluk tu sudah dibunuh?" soal Nek Tima terkejut..
"Assalamualaikum!"kedengaran satu suara memberi salam dari luar rumahnya
"Jut,Ctk dan Helmi kamu buat apa datang senja-senja ni?" soal Tok Maliq selepas melihat tiga orang remaja sedang tersengih dihadapan rumahnya
"Tok Azam, dia suruh kami bagitahu malam ni ada mesyuarat apa entah." Ck memjawab pertanyaan Tok Maliq
"Okay, kamu semua pulang dulu sekejap lagi aku pergi." Tok Maliq terus bergegas masuk kedalam rumah.tidak lama kemudian sebuah motorsikal memasuki halam rumah Tok Maliq
"Tok,tolong tok."tanpa banyak bicara seorang anak muda memasuki rumah Tok Maliq dan mengheret tanngannya.ketiga-tiga sahabat itu hanaya memerhatikan insiden yang berlaku dihadapan mereka
"Kamu dah kenapa Faiz?"soal Tok Maliq
"Tolong tok,kakak saya tok."
"kenapa dengan kakak kamu Faiz."Soal Tok Maliq lagi.
"Kakak saya kena rasuk."jawab pemuda yang bernama Faiz dengan nada mengah
"Allah, kenapa boleh jadi macam tu?"
"Macam ni Tok, Kakak saya kena rasuk di jembalang bukit Botak semasa dia pulang dari basuh baju."
"Allah, sumpahan dah muncul balik, Tima kau pergi ke rumah budak Faiz ni"
"Kenapa bang, bukan abang nak ke rumah Azam ke?" soal Nek Tima kehairanan sambil melihat insan dihadapannya
"Macam ni Tima, si Hana kakak Faiz ni kena rasuk, jadi aku nak jumpa Azam sekejap dan kau buat apa yang patut, nanti jika berlarutan kau whatsapp je aku." Jawab Tok Maliq berseloroh.
"baik bang, hati-hati"
Tok Maliq dan ketiga remaja itu berjalan kaki menuju ke rumah Tok Azam, memandangkan ketiga remaja itu anak muridnya tanpa banyak dalih Tok Maliq senang mengajak mereka mengikutinya
"Tok,kalau saya tanya boleh?"
"Kamu mahu tanya apa Helmi."
"hmm,sumpahan apa yang melanda kampung kita tok."soal Helmi lagi.
"Kenapa,macammana kamu tahu soal sumpahan ini?" tanya Tok Maliq kehairanan.
"Alah, bukan Tok ke yang kata pasal Sumpahan masa borak dengan Nek Tima?" Jut menyampuk membuatkan Tok Maliq tersenyum sumbing..
"Emm, kalau Tok taknak cerita kami tak paksa."Ck membuat suara seperti sedang menutup rasa kecewa
Tok Maliq terdiam seketika sambil matanya melihat jalan dihadapan,lantas dikeluarkan sebatang rokok dan dicucuh lalu merenung kearah Helmi yang berada ditepinya.
"Betul kamu mahu tahu?"
"Betul tok,saya ingin tahu sangat."Jut menyampuk.
"Baiklah,cerita ini kisah zaman aku macam korang."Tok Maliq membuka bicara
Ketiga sahabat itu mendengar dengan teliti.
"kematian mengejut orang kampung ni berkaitan sumpahan ni ke tok?"
"Boleh jadi,tapi aku akan cerita asal usul sumpahan ini."
"40 tahun yang lalu semasa awal pembukaan kampung Padang Kemunting,suasana kampung kita begitu aman dengan sikap tolong menolong sesama jiran tertangga. Waktu tu usia Tok baru 23 tahun."
"Tok, ayah saya ada cakap kita terhutang budi dengan seorang bomoh, betul ke tok?" soal jut lagi.
"Benar, dan aku akan ceritakan sedikit demi sedikit kisah tu nanti," jawab Tok Maliq sambil merenung kearah bukit yang mengelilingi kampung Padang Kemunting.
YOU ARE READING
DENDAM IBLIS (Arjuna Tapa)
Mystery / Thrillerkisah satu perkampungan disebuah negeri di timur semenanjung malaysia, dimana dahulu perkampungan ini begitu aman damai tetapi akibat satu sumpahan maka kekacauan dan kematian mula berlaku, ditakhdirkan 3 orang remaja harus berganding bahu menyelama...